Sejumlah 7,900 daripada 8,750 kuota perjawatan pelbagai pangkat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah diisi di 72 cawangan jabatan itu di seluruh negara, kata Ketua Pengarahnya Datuk Seri Ismail Ahmad.
Beliau berkata baki kuota perjawatan itu akan diisi JPJ dalam masa terdekat selaras dengan hasrat memenuhi keperluan semasa pengguna kenderaan yang semakin bertambah.
Katanya JPJ memerlukan antara 20 dan 30 anggota untuk ditempatkan di sesebuah cawangan bagi memastikan kelancaran sistem perkhidmatan dan penyampaian jabatan itu kepada pengguna.
"Apabila negara berkembang pesat bilangan kenderaan bertambah sehingga 1.5 juta setahun, bilangan pemandu baharu turut bertambah menjadikan bilangan urus niaga turut meningkat," katanya dalam sidang akhbar di Akademi Pengangkutan Jalan Tiang Dua pada Jumaat.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Penutup Kursus Asas Penolong Pegawai Penguat Kuasa (PPP)dan Kursus Asas Pemeriksa Kereta Motor (PKM) di sini.
Ismail juga berkata JPJ akan membuka cawangan baharu di Cameron Highlands, Pahang dan Baling, Kedah tahun depan.
Pembukaan cawangan itu bertujuan memastikan pengguna kenderaan di kawasan berkenaan dapat menggunakan perkhidmatan JPJ dengan mudah dan cepat.
"Bilangan penduduk di kawasan itu semakin meningkat, contohnya sekarang ini penduduk di Cameron Highlands terpaksa turun ke Ipoh dan Tapah untuk mendapatkan perkhidmatan JPJ seperti memperbaharui lesen dan cukai jalan," katanya.
Sementara itu, Ismail berkata sistem pengkomputeran baharu mySIKAP yang digunakan jabatan itu sejak 1 Nov lepas masih dalam proses pembangunan dan pihaknya akan memastikan sistem itu stabil digunakan dalam tempoh dua tahun.
"Ia adalah proses penambahbaikan berterusan kerana turut melibatkan pengujian, projek perintis bagi produk yang hendak dibangunkan melalui sistem itu, walaupun ada gangguan namun masih mampu ditangani dan aduan penggunaannya juga semakin berkurangan," katanya.
Mengulas mengenai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), beliau berkata JPJ hanya akan terlibat dalam urusan menyenarai hitam, penggantungan dan pembatalan lesen pesalah sebaik kerajaan mengambil alih pengurusan sistem berkenaan.
Bernama
Fri Dec 27 2013
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Ismail Ahmad (kanan) beramah mesra dengan anggota baharu jabatan. --fotoBERNAMA
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Pemilik kenderaan boleh pertikai saman ekor
Nik Ahmad Kamal berkata penerima notis atau pemilik kenderaan yang tidak melakukan kesalahan boleh mempertikaikan saman di mahkamah.
Kerajaan berhasrat tambah kamera AWAS
Kajian yang dijalankan oleh MIROS mendapati, tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99 peratus.
PAC kesal laporan jawatankuasa berkaitan AES tidak dinyahklasifikasi sepenuhnya
Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata pihaknya telah mengesyorkan agar laporan yang diletakkan sebagai 'Rahsia Besar' itu dinyahfklasifikasi pada 23 Nov tahun lepas.
Penyumberluaran projek AES kepada swasta tidak wajar - PAC
Wong Kah Woh berkata projek itu sepatutnya dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sendiri dan bukan ATES serta Beta Tegap.
ASEAN, EAS perlu rumus hala tuju baharu bagi hadapi pandemik akan datang - PM
ASEAN dan negara peserta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) seharusnya merangka hala tuju masa depan baharu sebagai persiapan menghadapi pandemik akan datang, kata Perdana Menteri.
PAC akan mula prosiding tiga isu baharu
PAC Parlimen berpendapat terdapat merit dalam ketiga-tiga isu untuk dibawa dalam prosiding Jawatankuasa ini.
UNSC perlu jujur tangani konflik Israel-Palestin - Muhyiddin
Perkara itu disuarakan perdana menteri pada Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-15 hari ini.
Lebih 100 kanak-kanak di India mati akibat 'radang otak' selepas makan buah laici
Lebih 100 kanak-kanak di Bihar, India mati akibat daripada radang otak yang dipercayai berpunca daripada toksin yang terdapat pada buah laici.
Deklarasi Bangkok banteras bahan buangan laut dalam ASEAN
- Dalam usaha untuk membanteras bahan buangan marin di rantau ini, negara-negara anggota ASEAN hari ini bersetuju mengemukakan Deklarasi Bangkok untuk pertimbangan dan kelulusan pemimpin-pemimpin ASEA
Kementerian Pertahanan lapor SPRM berhubung projek AES
Satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berkenaan pelaksanaan projek Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh kerajaan terdahulu.