KUALA LUMPUR: Sejumlah 128,124 permohonan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) diterima Kementerian Ekonomi setakat 5 Okt 2023, dan daripada jumlah tersebut, sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.
Menurut kementerian, tiga inisiatif rintis iaitu Inisiatif Usahawan Tani (INTAN), Inisiatif Usahawan Makanan (INSAN) dan Inisiatif Operator Perkhidmatan (IKHSAN) telah dikenal pasti dapat membantu mengatasi isu utama seperti keterjaminan makanan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi.
"Pelaksanaan IPR telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan melalui permohonan yang direkodkan menerusi laman sesawang IPR (www.ipr.ekonomi.gov.my).
"Senarai pemohon akan disemak silang dengan data eKasih, iDamak dan Sumbangan TunaiRahmah (STR) bagi memastikan pelaksanaan program ini benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar iaitu miskin tegar, miskin dan B40," menurut kementerian itu dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, pada Selasa.
Kementerian Ekonomi menjawab soalan Dr Richard Rapu @Aman Anak Begri (GPS-Betong) mengenai sumbangan IPR kepada peningkatan pendapatan golongan B40 serta jumlah penerima projek dan dana yang telah diluluskan bagi Sarawak pada tahun ini.
Menurut kementerian, menerusi inisiatif INTAN, sebanyak 1,020 peserta telah diluluskan bagi 16 lokasi berkeluasan 818 ekar dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM92,552,738 dengan tumpuan diberikan kepada tanaman strategik seperti cili dan jagung bijirin sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah import.
"Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bersedia untuk memberikan bantuan berbentuk input dan peralatan moden pertanian, latihan dan khidmat nasihat teknikal serta elaun sara hidup tempoh menunggu penuaian hasil tanaman," jelasnya.
Bagi inisiatif INSAN, kerajaan menyediakan geran berbentuk bayaran sewaan mesin layan diri untuktempoh dua tahun dan sehingga 5 Okt 2023, sejumlah 81 peserta telah mendapat manfaat dan meraih purata jualan harian RM150 hingga RM400.
Kerajaan juga mengambil langkah untuk memperkenalkan IKHSAN bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap syarikat penyedia perkhidmatan serta pekerja asing dalam sektor yang dikenali sebagai 3D iaitu Dirty, Dangerous and Difficult (Kotor, Bahaya dan Sukar).
Melalui inisiatif ini, Kementerian Ekonomi akan bekerjasama dengan semua kerajaan negeridan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mewujudkan peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal bagi kerja-kerja pembersihan di premis awam.
Usaha ini sekali gus bertindak sebagai pemudah cara dalam urusan pelantikan pekerja, menyediakan peralatan dan kelengkapan serta memberi bantuan elaun tambahan kepada peserta dengan kadar maksimum RM850, tambahnya.
"Sejumlah 1,032 peserta telah diluluskan bagi pelaksanaan program ini dengan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM14,179,320," menurutnya.
Selain itu, menurut kementerian, pendekatan membasmi kemiskinan tegar menerusi pelaksanaan program secara bersasar sama ada secara individu, komuniti atau hibrid juga turut diteruskan berdasarkan profil ketua dan ahli isi rumah miskin tegar serta potensi lokaliti yang dipilih di seluruh negara.
Program yang dicadangkan merangkumi aktiviti penjanaan pendapatan, kemahiran teknikal serta peluang pekerjaan bagi membolehkan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar menjana pendapatan secara mampan.
Kementerian itu menjelaskan sehingga kini, sejumlah 1,744 KIR miskin tegar telah diluluskan bagi projek itu dengan peruntukan sebanyak RM24.7 juta telah dibelanjakan bagi pelaksanaan pendekatan ini di seluruh negara.
Sementara itu, sehingga 30 Sept 2023, sebanyak 110,663 KIR miskin tegar direkodkan dalam sistem eKasih dan daripada jumlah itu, sebanyak 23,728 KIR miskin tegar direkodkan bagi Sarawak, menurut kementerian itu.
Pelaksanaan IPR-BMT (Basmi Miskin Tegar) bagi golongan miskin tegar di Sarawak juga telah memberi manfaat kepada 211 KIR miskin tegar dengan peruntukan keseluruhan kira-kira RM2.8 juta, jelasnya.
Kementerian itu memaklumkan khusus di Sarawak, kerajaan telah mewujudkan projek pembangunan bagi Rolling Plan 3 dengan kos sekitar RM5 bilion yang merangkumi pembinaan dan menaik taraf pembangunan sekolah, infrastruktur seperti jalan, jambatan, bekalan air bersih dan elektrik, serta perubatan dan kesihatan.
- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

Tiga inisiatif rintis iaitu INTAN, INSAN dan IKHSAN telah dikenal pasti dapat membantu mengatasi isu utama seperti keterjaminan makanan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup yang tinggi. - Gambar hiasan

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Program IPR-INTAN bantu atasi kemiskinan bandar, PKPS puji inisiatif Kementerian Ekonomi
Hasil pertama projek cili fertigasi yang kini dalam proses penuaian menandakan pelancaran Program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) di bawah Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.

Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.

Hanya 49,687 daripada 132,404 permohonan layak sertai Inisiatif Pendapatan Rakyat
Sejumlah 49,687 individu daripada 132,404 permohonan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) layak menyertai program itu.

4,100 isi rumah berpendapatan rendah terima manfaat IPR - Rafizi
Pelaksanaan Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) yang menyasarkan peningkatan pendapatan golongan miskin tegar dan kumpulan B40 telah memberikan manfaat kepada 4,100 isi rumah sehingga kini.

Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023
Sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.

Menoktah kemiskinan: IPR serampang dua mata struktur semula ekonomi negara
Program dilaksana bukan hanya membantu golongan rentan mengubah nasib hidup, tetapi limpahan manfaatnya turut dinikmati rakyat kebanyakan.

Separuh peruntukan IPR diagih kepada inisiatif usahawan tani - Kementerian Ekonomi
Kementerian Ekonomi menjelaskan sebanyak 50 peratus daripada RM750 juta peruntukan di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), diperuntukkan kepada Inisiatif Usahawan Tani (INTAN).

Kerajaan sasar inflasi 2.8 - 3.3 peratus, harga barangan lebih melegakan tidak lama lagi - Rafizi
Rafizi Ramli berkata, sejurus sasaran kadar inflasi itu tercapai, rakyat akan merasai tekanan kenaikan harga barang mula reda.

Projek perintis INTAN bakal manfaatkan 240 peserta - Rafizi
IPR menyasarkan 100,000 penerima pada tahun ini dan daripada jumlah itu, sebanyak 30 peratus daripada pemohon mahu terlibat dalam komponen pertanian.