Sejarah Melaka dalam buku teks sekolah berkemungkinan perlu dirombak semula berdasarkan penemuan baharu Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP).
Pengurus Besar IKSEP Datuk Aziz Ujang berkata penemuan itu dibuat hasil kajian institut itu yang dalam proses menyiapkan lapan jilid Buku Sejarah Nasional Malaysia, yang kini masuk 80 peratus siap.
Sejarah kegemilangan Melaka dirujuk 100 tahun sebelum kejatuhan empayar itu pada 1511 tetapi melalui kajian terbaharu IKSEP, ia sebenarnya bermula lebih awal iaitu pada 1262, katanya dalam sidang media selepas merasmikan Kem Rakan Remaja Patriotik 2014 peringkat negeri di Pusat Latihan Khidmat Negara Nasuha di Pagoh pada Selasa.
Katanya beliau akan bertemu Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pendidikan berhubung perkara itu.
Beliau berkata empat jilid pertama Buku Sejarah Nasional Malaysia yang menelan belanja RM4 juta itu bakal dilancar November depan.
Aziz berkata buku sejarah itu merupakan hasil kajian lima tahun, membabitkan 18 orang pakar sejarah negara termasuk dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia.
Sebelum empat jilid pertama itu diterbitkan, IKSEP akan menganjurkan bengkel kepada mana-mana pihak yang berminat untuk menambah baik isi kandungan buku sejarah berkenaan.
Aziz berkata untuk mengelak daripada fakta sejarah dalam buku tersebut dipertikai, kesemua pakar sejarah yang terlibat dalam membantu pengisian buku tersebut adalah daripada ahli-ahli akademik pelbagai bangsa bagi menentukan kesahihannya dan tidak terpesong daripada kebenarannya.
Antara kandungan buku itu termasuk menjejaki sejarah negara di antara prasejarah daripada zaman Paleolitik iaitu zaman batu awal, Mesolitik (zaman batu pertengahan), Neolitik (zaman batu baharu), ke rentas era kegemilangan Empayar Melayu Melaka, pra dan pasca Merdeka sehingga era globalisasi yang membentuk Malaysia moden.
Katanya, sumber buku sejarah Nasional Malaysia adalah berdasarkan daripada rekod, dokumen serta hikayat-hikayat Melayu dan Cina termasuk arkib, muzium dan pusat sejarah terutama di Malaysia, Indonesia dan Brunei Darussalam.
Bernama
Tue May 27 2014

Pengurus Besar IKSEP, Datuk Aziz Ujang

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sejarah kegemilangan Melaka seawal 1262, buku teks mungkin perlu dirombak - IKSEP
Penemuan baharu Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme (IKSEP) memungkinkan buku teks sejarah perlu dirombak.