KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang dari Langkawi, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah hari ini mempersoalkan sejak bila 'bah kut teh' tersenarai dalam kategori makanan tradisi Malaysia.
Perkara itu dibangkitkan susulan soalan Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai usaha kementerian itu untuk memastikan makanan tradisi rakyat Malaysia seperti nasi lemak, bah kut teh, dan laksa diangkat martabat sebagai makanan kebangsaan.
Mempersoalkan perkara itu, Mohd Suhaimi daripada Perikatan Nasional (PN) berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bah kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut.
"30 makanan tradisional kaum-kaum di Malaysia, tidak ada bah kut teh. Soalan saya, sejak bila bak kut teh dimasukkan dalam makanan ini, dan adakah menteri bersetuju nak masukkan seperti mana permohonan oleh YB Tebrau itu?," soalnya ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Berdasarkan carian di Google, bak kut teh merujuk kepada sejenis hidangan sup berserta daging rusuk (terutamanya babi) yang dimasak dalam herba tradisi Cina dan dilaporkan berasal dari Klang.
Sebelum itu, Puah ketika bangkit mengajukan soalan tambahan menjelaskan beliau mengajukan soalan tersebut selepas menonton sebuah dokumentari yang disiarkan stesen televisyen negara jiran, yang seolah-olah mempertikaikan asal usul sajian bak kut teh adalah dari negara jiran, dan bukan Klang.
Justeru, beliau meminta pandangan sama ada kerajaan akan mengubah persepsi tersebut, dan mencadangkan agar Institusi Makanan Kebangsaan ditubuhkan bagi memperkasakan makanan tradisi.
Sementara itu, menjawab soalan Mohd Suhaimi, Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, untuk memasukkan sesuatu jenis makanan dalam kategori tradisi, ia perlulah boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.
"Saya sedikit sebanyak bersetuju dengan pandangan Langkawi, kerana ia memerlukan satu prospek makanan yang boleh dimakan oleh semua rakyat Malaysia.
"Kalau bak kut teh itu menyediakan bak kut teh ayam, boleh lah (dipertimbangkan sebagai makanan tradisi) YB Langkawi.
"Tetapi bak kut teh yang dibangkit oleh YB Tebrau, dia tak bagi secara spesifik bak kut teh jenis apa, dan saya pun tak boleh jawab spesifik. Tetapi pokoknya di sini, untuk kita masukkan dalam makanan warisan, ianya harus dimakan dan dirasai oleh kaum di negara kita," jelas beliau.
Hasimi Muhamad
Wed Jun 07 2023

Mohd Suhaimi berkata, berdasarkan semakan 10 makanan tradisional Malaysia, bah kut teh tidak pun tersenarai dalam kategori tersebut. - Foto tangkap layar video RTM
AWANI 7:45 [15/3/2025] – Jangan perkecilkan orang melayu | Hari antarabangsa memerangi islamofobia | Kebencian terhadap Islam meningkat | Lelaki tahan sakit
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Jangan halang usaha martabatkan orang Melayu, kata PM
- Perangi Islamofobia, Malaysia gesa segarakan lantikan wakil khas PBB
- PBB akui benci dan diskrimasi terhadap umat Islam meningkat
- Tahan sakit lebih tiga jam, kepala tertusuk besi
![[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO [KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718858816_Zafrul.jpg)
[KOLUMNIS] Masa depan Tengku Zafrul dan hala tuju UMNO
Timbul ura-ura semenjak hujung tahun lepas yang mengatakan Tengku Zafrul bakal meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.
Agenda AWANI Asia: akses produk elektronik yang sihat untuk kanak-kanak
Diskusi dan analisis mengenai penggunaan peranti elektronik di kalangan kanak-kanak serta akses maklumat yang tidak benar dalam Agenda AWANI Asia jam 9 malam ini.
63,000 tan makanan masih menanti kebenaran masuk ke Gaza - PBB
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) melaporkan bahawa sebanyak 63,000 tan metrik makanan masih menanti kebenaran untuk masuk ke Gaza, mencukupi bagi menyokong 1.1 juta orang selama dua hingga tiga bulan.
JAKIM panggil individu kaitkan kronisme, nepotisme dengan nabi
JAKIM memanggil seorang individu dikesan membuat hantaran dalam laman sosial berhubung isu kronisme dan nepotisme, dipercayai mengaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.
AWANI Ringkas: 'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BN umum calon 5 atau 6 April
BN umum calon lebih awal pada PRK Ayer Kuning dan sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.

Wanita maut, dua cedera kereta jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 81, Jalan Kota Bharu-Gua Musang, berhampiran Bukit Ah Kim, hari ini.
'Atok' rentung kebakaran tiga rumah
Seorang lelaki warga emas rentung dalam kebakaran membabitkan tiga rumah teres di Johor Bahru.

Nurul Izzah Izzati lebur rekod kebangsaan acara pecut di Turkiye
Atlet berusia 22 tahun itu memadam rekod 10.658s yang diciptanya pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025 di Nilai bulan lepas.
![[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab [KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/61680513107_TBorangramai.jpg)
[KOLUMNIS] Kontrak sosial: Antara polemik dan tanggungjawab
Tanggungjawab dalam menjayakan agenda kontrak sosial perlu dipenuhi oleh semua warganegara Malaysia.

Pengiktirafan bak kut teh hidangan warisan tiada kaitan isu agama, bangsa - King Sing
King Sing berkata, pengiktirafan berkenaan dibuat mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

UMNO Putrajaya bantah 'bak kut teh' disenarai makanan warisan negara
UMNO Bahagian Putrajaya membantah tindakan kerajaan yang menyenaraikan 'bak kut teh' sebagai makanan warisan negara.

Tiada masalah terima 'bak kut teh' kalau benar-benar halal - Misbahul Munir
Teresa Kok antara yang membawakan isu tersebut, menegaskan pengiktirafan itu tidak harus dipertikai kerana ia dijangka mampu menarik ramai pelancong ke Malaysia.

Jawatankuasa bantah bak kut teh sebagai makanan tradisi
Satu jawatankuasa akan dipanggil bagi tujuan membantah cadangan memperkenalkan bak kut teh sebagai salah satu makanan warisan rakyat Malaysia.

Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.

Kes Alvin dan Vivian persenda umat Islam di mahkamah disebut semula 14 April
Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 14 April untuk sebutan semula kes pasangan blogger kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee yang menghadapi tiga pertuduhan mempersenda umat Islam dan bulan Ramadan.