Mahkamah Sesyen di sini, pada Rabu diberitahu bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik blogger kontroversi, Alvin Tan.
Bekas Penolong Pengarah Bahagian Digital Forensik Analisis SKMM Hafizullah Fikrie Rahman berkata ketiga-tiga gambar yang dijumpai pada 11 Julai 2013 adalah gambar sebelum dan selepas disunting berserta kapsyen.
Beliau turut menemui sekeping lagi gambar sama tetapi telah disunting berserta kapsyen baharu iaitu 'Ampunkanlah kami', 'Selamat berbuka puasa dengan rendang ayam' pada keesokannya.
Hasil analisis mendapati gambar-gambar itu dimuat naik ke akaun Facebook Tan, yang hanya boleh diakses olehnya kerana dia merupakan pemilik akaun itu.
Hafizullah merupakan saksi ke-10 dalam perbicaraan kes Alvin Tan atau Tan Jye Yee dan bekas teman wanitanya Vivian Lee atau Lee May Ling yang didakwa menyiarkan gambar mereka sedang menikmati hidangan dengan kapsyen bertajuk 'Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising)' dan mengandungi logo halal di laman Facebook mereka.
Mereka didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan.
Mereka turut didakwa terhadap pertuduhan menyiarkan gambar pornografi dalam laman Facebook sama mengikut subseksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 antara 9 malam 6 Julai 2013 dan 2 pagi 7 Julai 2013.
Pada prosiding perbicaraan kes itu yang masuk hari ketiga, hanya Lee yang hadir manakala Tan telah melarikan diri ke luar negara.
Hafizullah dalam keterangannya berkata beliau juga menjumpai satu klip video permohonan maaf pasangan itu atas kesilapan yang dilakukan terhadap rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.
Saksi itu kemudian menayangkan klip video itu pada skrin putih selama tiga minit kepada mahkamah.
Perbicaraan di hadapan Hakim Abdul Rashid Daud bersambung esok.
Bernama
Wed Nov 25 2015

Alvin Tan dan Vivian Lee (gambar) didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu pada 9 pagi 12 Julai 2013 mengikut Subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan. - Gambar fail

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Persenda Islam: Teman wanita Alvin Tan, Vivian Lee tak perlu ke penjara
Pada 27 Mei 2016, mahkamah sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima bulan dan 22 hari terhadap Vivian selepas wanita tersebut didapati bersalah atas pertuduhan itu.

Vivian Lee letak semua kesalahan terhadap bekas teman lelakinya - Pendakwaan
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa bekas teman wanita kepada Alvin Tan, meletakkan semua kesalahan terhadap lelaki itu berhubung pertuduhan menyiarkan gambar mereka berserta kapsyen kontroversi.

Empat keping gambar ditemui dalam komputer riba Alvin Tan - Saksi
SKMM temui tiga keping gambar dengan kapsyen "Selamat Berbuka Puasa (with Bak Kut Teh...fragrant, delicious and appetising) dalam komputer riba milik Alvin Tan.

Tindakan Alvin Tan, Vivian Lee hina agama Islam - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa tindakan blogger kontroversi, Alvin Tan dan Vivian Lee, yang didakwa mempersenda umat Islam pada Ramadan dua tahun lepas adalah perbuatan menghina.

Ahmad Zahid arah PDRM tangkap Alvin Tan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk mengambil tindakan terhadap Alvin Tan.

Akaun Facebook ditutup, Alvin Tan umum masih hidup dalam akaun baru
Blogger kontroversi, Alvin Tan yang kini menetap di Amerika Syarikat dikatakan telah mati akibat ditembak.

Segera ekstradisi Alvin Tan ke Malaysia - KKMM
Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Jailani Johari berkata Alvin Tan yang kini dipercayai berada di Amerika Syarikat, perlu diesktradisi segera agar tindakan undang-undang boleh diambil.

Isu Alvin: Berdepan provokasi dengan bijak dan waras - Jamil Khir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata tidak semestinya sesuatu kejahatan harus dibalas dengan kejahatan.

SKMM minta YouTube sekat akaun Alvin Tan - Jailani
SKMM telah menghantar surat kepada YouTube untuk menyekat akaun blogger Alvin Tan.

Heret Alvin Tan ke muka pengadilan - Presiden PPM
Laporan polis telah dibuat pada Rabu terhadap blogger kontroversi Alvin Tan berhubung tindakannya yang menghina laungan azan.