Sat Mar 15 2025
BN umum calon 5 atau 6 April
BN umum calon lebih awal pada PRK Ayer Kuning dan sudah menyenarai pendek calon yang bakal bertanding.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas
Satu lagi lubang benam di Jalan Gua Musang–Lojing, laluan ditutup sepenuhnya
Satu lagi lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang–Lojing berhampiran Kampung Jekjok pada awal pagi tadi, hanya tujuh meter dari lokasi kejadian sebelumnya.
Polis tumpas sindiket dadah sasar nelayan, 24 ditahan
Seramai 24 individu termasuk seorang wanita disyaki pengedar dadah ditahan dan pelbagai jenis dadah dirampas dalam Ops Penyu 1.0 di sekitar Dungun, Setiu dan Besut di Terengganu serta Pasir Puteh, Kelantan pada 6 hingga 12 Mac lepas.
Rentap kepala pelajar autisme, polis buka kertas siasatan
Polis membuka kertas siasatan berhubung insiden seorang pembantu pengurusan pelajar yang didakwa mengasari seorang pelajar autisme berusia tujuh tahun di sebuah sekolah rendah di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Wanita maut terjatuh jejambat, dilanggar kenderaan
Seorang wanita ditemukan mati selepas dipercayai terjatuh daripada jejambat berhampiran i-City di Kilometer 6.5 Lebuhraya Persekutuan dari Shah Alam menghala ke Klang sebelum dilanggar kenderaan yag melalui kawasan itu.
Gelandangan, miskin bandar untuk untuk konten semata-mata - FFG
Di tengah-tengah kesibukan kota, Lorong Haji Taib menjadi saksi kepada perjuangan tanpa henti. Azizan Zainal Abidin, pengasas Food for Gelandangan.
beliau mengabdikan dirinya untuk membantu golongan miskin bandar dan gelandangan yang sering terpinggir dan ditelan arus kemajuan
Bersama wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil, Azizan berkongsi kisah inspirasi dan cabaran yang dihadapinya dalam usaha mengubah nasib gelandangan.
beliau mengabdikan dirinya untuk membantu golongan miskin bandar dan gelandangan yang sering terpinggir dan ditelan arus kemajuan
Bersama wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil, Azizan berkongsi kisah inspirasi dan cabaran yang dihadapinya dalam usaha mengubah nasib gelandangan.
Beliawanis Gagasan Rakyat dekati pengundi muda
Ketua penerangan gagasan rakyat datuk nizam abu bakar titingan berkata menyedari perkara itu, jentera beliawanis gagasan rakyat telah melaksanakan pelbagai program bagi memastikan golongan ini tidak terpinggir daripada pembangunan negara.
Kerajaan Sabah sedia pelbagai inisiatif bantu generasi muda
Kerajaan sabah dalam menyediakan pelbagai inisiatif bagi memperkasakan generasi muda termasuklah menyediakan bantuan modal keusahawanan bagi membantu belia memulakan perniagaan mereka.
PGA tumpaskan penyeludupan mercun bernilai RM1.4 juta
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara merampas mercun dan bunga api bernilai hampir RM1.4 juta dalam serbuan di Kampung Bunohan, Tumpat, pada Jumaat.
Raymon Ram dilpilih sebagai Presiden TI-M baharu
Pakar pengurusan jenayah ekonomi, Raymon Ram dipilih sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) yang baharu bagi penggal 2025-2027 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-27 di Petaling Jaya.
Nurul Izzah Izzati terus bersinar, lebur rekod kebangsaan miliknya
Ratu berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri terus menyinar apabila sekali lagi melebur rekod kebangsaan miliknya sendiri dengan catatan 10.578 saat (s) dalam acara pecut individu di Kejohanan Piala Negara-Negara di Konya, Turkiye.
Tumpuan Ahad – 16 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.