Pihak berkuasa diminta melakukan segera kajian cerun di kawasan hutan simpan Bukit Nanas.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga sebelum kejadian tanah runtuh lebih teruk berlaku.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas, Datin Seri Ismalina Ismail berkata tumpuan utama kajian ialah aspek kepadatan di atas Bukit Nanas ketika ini.

Ini kerana terdapat enam buah sekolah dengan 3,000 pelajar belajar di situ.

Beliau mengulas kejadian tanah runtuh di hutan simpan Bukit Nanas pada Isnin malam.

Runtuhan kecil yang mengambil masa tiga jam untuk dibersihkan itu dipercayai berpunca akibat hujan lebat yang berterusan melanda ibu kota.

Susulan itu, Ismalina memaklumkan enam sekolah terbabit akan mengambil langkah bagi memastikan keselamatan semua pelajarnya.

Hasil mesyuarat itu, katanya akan dibawa untuk proses perbincangan bersama pihak berkuasa untuk tindakan susulan.