SHAH ALAM: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menggesa agar kerajaan memperkasakan penguatkuasaan mengenai penjualan dan pembelian minyak masak peket dengan serta-merta.
Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, ini kerana terdapat kebimbangan dalam kalangan masyarakat berkenaan keberadaan minyak masak peket yang mencukupi di pasaran.
Menurutnya, dikhuatiri juga golongan bukan sasar mengambil kesempatan untuk membeli minyak masak peket tersebut.
“Dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi, sebarang ketirisan dalam memastikan manfaat untuk golongan sasar tidak boleh dikompromi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya pada Ahad.
Mengulas lanjut, katanya, pihak kerajaan juga perlu memastikan bekalan minyak masak peket bersubsidi mencukupi di pasaran dan penjualannya menepati sasaran.
Pada 22 Jun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, subsidi minyak masak berpeket masih dikekalkan dengan peruntukan RM4 bilion sepanjang tahun ini.
Menurut Ismail Sabri, peruntukan subsidi minyak masak tahun adalah jauh lebih tinggi berbanding RM500 juta yang diperuntukkan pada 2020 serta RM2.2 bilion pada 2021. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 26 2022
Ahmad Zahid menggesa agar kerajaan memperkasakan penguatkuasaan mengenai penjualan dan pembelian minyak masak peket dengan serta-merta. -Foto fail/BERNAMA
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [23 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
- Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
- Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
- Pendekkan waktu bekerja tidak jejas produktiviti sektor awam - CUEPACS
Banjir Melaka: 264 mangsa dipindah ke tiga PPS
Setakat jam 8 pagi ini, seramai 264 mangsa membabitkan 71 keluarga telah dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Jika Man City dihukum, saya akan tetap kekal bersama pasukan -- Guardiola
Guardiola tandatangani lanjutan kontrak baru dua tahun, menamatkan spekulasi mengenai perjanjian semasa yang akan tamat akhir musim ini.
FFM berpotensi diangkat sebagai festival filem bertaraf antarabangsa - Fahmi
Fahmi berkata FFM setanding Festival Filem Antarabangsa lain seperti yang diadakan di Singapura, Cannes, Locarno, Jogja-NETPAC, Busan, Goa dan Tokyo.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
KPDN serbu kedai sorok minyak masak peket, hanya jual kepada warga asing
Aktiviti itu berjaya dibongkar setelah penguat kuasa KPDN melakukan serbuan di premis perniagaan tersebut pada jam 12.04 tengah hari pada Ahad.
Guna ID cetus pelbagai persoalan
Penganalisis ekonomi menyifatkan idea tersebut menimbulkan pelbagai persoalan selain sukar untuk dilaksanakan.
Syed Saddiq terjah pasar raya, kedai 'cari' beras, minyak peket
Syed Saddiq bertanya peruncit mengenai minyak masak peket bersubsidi dan menggesa bekalan tersebut diletakkan untuk dibeli pengguna.
Dakwa tiada stok, peruncit sorok 1.6 tan minyak masak di rumah sendiri
Tindakan seorang peruncit menyorok 1.6 tan minyak masak bersubsidi di dalam rumahnya kerana mahu menjual di pasaran luar dengan harga tinggi akhirnya terbongkar.
KPDN Pulau Pinang bongkar kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang, berjaya membongkar taktik menjadikan sebuah sauna terbiar untuk menyembunyikan minyak masak paket subsidi satu kilogram.
Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.
KPDN Negeri Sembilan rampas 5,015kg minyak peket
Empat warga tempatan berumur antara 22 hingga 46 tahun ditahan bagi membantu siasatan.
Polis patahkan cubaan seludup 13,260 peket minyak masak bersubsidi
Tiga lelaki tempatan berumur antara 21 hingga 53 tahun ditahan untuk membantu siasatan.
Lelaki ditahan bersama 595kg minyak masak peket
Rampasan itu dilakukan selepas pihaknya mengesan sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback yang dipandu dalam keadaan mencurigakan.