JOHOR BAHRU: Pelaksanaan Ops Terjah dalam tempoh sebulan di seluruh negara dilihat dapat membantu mengesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi di pasaran.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata berdasarkan laporan Kementerian Kewangan (MOF) dan data kementeriannya, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan dan ia seharusnya mencukupi untuk menampung keperluan rakyat di seluruh negara.
Justeru itu beliau berkata Ops Terjah harus dilaksanakan memandangkan terdapat pasar raya yang mengamalkan kawalan dalaman, dengan mengeluarkan sebahagian sahaja minyak masak bagi memastikan bekalan bertahan lama.
"Kita dapati ada pasar raya mengamalkan kawalan dalaman dengan alasan, kalau keluarkan banyak iaitu sekali gus, mungkin bekalan itu tidak bertahan lama, jadi mereka keluarkan sedikit demi sedikit.
"Ini membuktikan bahawa bekalan ini dari segi rantaian bekalan, masih lagi tidak dapat memenuhi kehendak rakyat, khususnya isi rumah yang sepatutnya mendapat bekalan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sumbangan Bencana Mangsa Ribut Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri Perling di sini semalam.
Turut hadir Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling Liew Chin Tong.
Salahuddin berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan Ops Terjah yang dilancarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup pada Jumaat.
Beliau berkata selain mengenal pasti punca masalah bekalan, penguatkuasaan undang-undang juga diharapkan dapat dikuatkuasakan sekiranya terdapat penyalahgunaan kuasa atau penyelewengan, termasuk kebarangkalian penyeludupan ke luar negara.
Ahli Parlimen Pulai itu berkata kementerian itu akan terus berusaha memastikan bekalan minyak masak sentiasa mencukupi, agar ia sampai kepada golongan sasar yang diberikan kerajaan untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40).
Mengenai skim harga maksimum musim perayaan sempena Krismas, Salahuddin berkata terdapat 11 barangan yang telah dikenal pasti dan perkara itu akan diumumkan pada 20 Dis ini.
"Bagi skim harga maksimum musim perayaan sempena Tahun Baharu Cina pula akan diumumkan sama ada 17 atau 18 Jan tahun depan," katanya.
Pada Jumaat, Salahuddin dilaporkan berkata Ops Terjah melibatkan 2,200 pegawai penguat kuasa kementerian itu di seluruh negara yang akan bertindak melaporkan situasi sebenar kedudukan bekalan dan harga barangan asas.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 17 2022

Salahuddin menyampaikan sumbangan kepada Heng Gee Peng pada Majlis Sumbangan Bencana Mangsa Ribut Parlimen Pulai dan DUN Perling di Balai Raya Kg Pasir Tampoi, Johor Bahru. Turut hadir, Chin Tong (kiri). -- fotoBERNAMA
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Ops Terjah bantu kesan punca masalah kekurangan bekalan minyak masak
Salahuddin berkata, berdasarkan laporan dan data, kuota minyak masak yang dibekalkan adalah 60,000 tan sebulan.