KAPAR: Sebanyak 40 premis jualan barangan keperluan asas di Selangor didapati mengalami kekurangan bekalan telur ayam menerusi Ops Terjah oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri itu, sejak 17 Dis hingga semalam.
Pengarah KPDN Selangor Mohd Zuhairi Mat Radey berkata ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.
Beliau berkata tiga premis turut dikesan mengalami kekurangan bekalan ayam, manakala 26 premis dikenal pasti kurang bekalan minyak masak paket bersubsidi dan hanya sebuah premis tidak mempunyai stok minyak tersebut.
"Kami mendapati bekalan telur ayam dan minyak masak paket bersubsidi kebanyakannya berkurangan di Petaling Jaya, bagaimanapun bekalan barangan keperluan asas lain seperti minyak masak botol dan tepung gandum stabil," katanya kepada pemberita selepas Ops Terjah di sebuah pasar raya, di sini hari ini.
Menurutnya fokus utama Ops Terjah adalah terhadap barangan tumpuan pengguna seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras, barang basah (termasuk ayam dan telur ayam) serta barang untuk membuat kuih-muih
Beliau berkata KPDN Selangor juga menggunakan sistem mekanisme lampu isyarat bagi memantau bekalan barangan keperluan asas seperti ayam, telur ayam dan minyak masak.
"Sistem tersebut menggunakan kod warna hijau (bekalan cukup), kuning (kurang bekalan) dan merah (tiada bekalan) bagi memudahkan kami mengambil tindakan menyeluruh sekali gus memastikan bekalan keperluan tersebut tidak terjejas disebabkan faktor tertentu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 21 2022

Sebanyak 40 premis jualan barangan keperluan asas di Selangor didapati mengalami kekurangan bekalan telur ayam menerusi Ops Terjah oleh KPDN negeri itu, sejak 17 Dis hingga semalam. - Gambar fail/BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

Bekalan telur ayam di Pantai Timur mencukupi menjelang Aidilfitri esok - Salahuddin
KPDN juga sentiasa melakukan pemantauan berkala berhubung keberadaan bekalan telur ayam ke atas 225 premis pengedar peruncit terpilih di seluruh Kelantan.

Kekurangan pekerja antara punca bekalan telur ayam terganggu - Mohamad
Tiga kementerian sedang berusaha untuk menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor yang lain bagi tujuan itu.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

65 peratus bekalan telur di Selangor masih ada - KPDNKSH
Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Kekurangan bekalan telur ayam bersifat sementara - KPDNHEP
Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.

Bekalan telur ayam pelbagai gred di N. Sembilan masih cukup
Bekalan telur ayam pelbagai gred di Negeri Sembilan masih mencukupi dan mudah diperoleh orang awam.