KUALA NERUS: Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Azman Mohd Yusof berkata masalah teknikal seperti penghantaran lambat dan pesanan tidak dibuat mengikut waktu sepatutnya, dikenal pasti menjadi punca masalah tersebut.
"Memang baru-baru ini ada kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan seperti Langkawi, Hulu Terengganu dan Jerantut, tetapi penguat kuasa kita segera turun menyiasat selepas mendapat maklumat.
"Masalah yang berlaku berjaya diselesaikan dengan cepat hasil kerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Contohnya, jika aduan kehabisan telur pada sebelah pagi, sebelah petang dah ada bekalan balik, tidak berlaku dalam tempoh yang panjang," katanya.
Beliau berkata demikian selepas meninjau Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (PJMKM) di Seberang Takir di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengarah KPDNHEP Terengganu Saharuddin Mohd Kia.
Sementara itu, Azman berkata pelaksanaan PJMKM di 2,000 lokasi seluruh negara berjaya memberi manfaat kepada 3.4 juta rakyat berpendapatan rendah.
Menurutnya program itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang meningkat.
"Setakat 31 Julai lepas rekod jualan seluruh negara ialah RM63 juta, manakala di Terengganu sahaja setakat 18 Sept lepas adalah RM2.5 juta.
"Saya juga difahamkan di Terengganu setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) telah diperuntukkan RM25,000 sebulan untuk pelaksanaan PJMKM dua kali sebulan bagi tempoh 15 Ogos hingga Disember depan," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Azman (dua, kiri) meninjau jualan ayam menerusi program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Pasar Segar Taif, Kampung Duyong hari ini. - Foto BERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

22.6 juta telur diedarkan FAMA sejak November lalu
FAMA telah mengedarkan sejumlah 22.6 juta biji telur melalui 369 outlet pemasarannya di seluruh negara bermula November lalu sehingga hari ini bagi menampung bekalan telur ayam di pasaran.

Bekalan telur ayam di Pantai Timur mencukupi menjelang Aidilfitri esok - Salahuddin
KPDN juga sentiasa melakukan pemantauan berkala berhubung keberadaan bekalan telur ayam ke atas 225 premis pengedar peruncit terpilih di seluruh Kelantan.

Kekurangan pekerja antara punca bekalan telur ayam terganggu - Mohamad
Tiga kementerian sedang berusaha untuk menambahkan pekerja dalam sektor pertanian dan sektor yang lain bagi tujuan itu.

Bekalan telur di Pulau Pinang mencukupi - KPDN
OP Terjah yang dijalankan KPDN mendapati bekalan telur ayam mencukupi iaitu sebanyak 50 hingga 60 peratus berbanding sebelum ini.

40 premis di Selangor kekurangan bekalan telur ayam
Ia dikesan hasil pemeriksaan ke atas 110 premis membabitkan pasar awam, pasar mini, kedai runcit, gerai penjaja kecil dan kedai makan di negeri itu.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.

65 peratus bekalan telur di Selangor masih ada - KPDNKSH
Ketua penguat kuasa KPDNKSH Selangor berkata, kekurangan bekalan telur secara fizikal di Selangor ketika ini hanya bersifat sementara.

Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.

Kekurangan bekalan telur ayam bersifat sementara - KPDNHEP
Kekurangan bekalan telur ayam di beberapa kawasan di seluruh negara baru-baru ini hanya bersifat sementara dan berjaya diselesaikan dalam waktu yang singkat.

Bekalan telur ayam pelbagai gred di N. Sembilan masih cukup
Bekalan telur ayam pelbagai gred di Negeri Sembilan masih mencukupi dan mudah diperoleh orang awam.