YAN: Mana-mana rakyat Malaysia yang berkahwin di selatan Thailand diingatkan supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan mereka apabila kembali ke tanah air.
Pegawai Agama Daerah Kota Setar, Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pendaftaran itu perlu dilakukan bagi mengelakkan tercetus sebarang masalah pada masa depan.
Menurut Syeikh Ahmad Faisol, pendaftaran segera ini penting kerana terdapat sebilangan kes pernikahan di negara jiran yang tidak sah termasuk ada lelaki yang berkahwin dengan isteri orang yang masih di dalam edah.
“Sah atau tidak sah itu bergantung kepada siasatan oleh pendaftar nikah. Kita (akan) tengok keterangan dari segi wali, jurunikah di sana… adakah dia bertauliah.
“Perkahwinan itu akan diputuskan oleh pendaftar nikah, kebanyakkannya (pernikahan) sah, cuma ada dalam kes kahwin di sana ada lima hingga enam peratus tidak sah.
“(Perkahwinan tidak sah) itu berkaitan dengan wali atau wali hakim yang tidak bertauliah. Ini antara perkara yang tak sah dan ada setengah kes juga kahwin bini orang yang tidak habis edah lagi,” jelas Syeikh Ahmad Faisol.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Menuai Padi Musim 1/2023 Smart Sawah Berskala Besar Asnaf (SSBA) Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) di Kampung Padang Lumat, di sini, hari ini.
Majlis itu dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga Pengerusi LZNK, Datuk Norizan Khazali.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Datuk Syeikh Zakaria Othman.
Mengulas lanjut, Syeikh Ahmad Faisol berkata, selepas pandemik COVID-19 dalam tempoh dua tahun, kes pendaftaran nikah di pejabat itu kembali meningkat secara purata 15 kes sebulan.
Katanya, kes-kes membabitkan pernikahan di Thailand terbahagi kepada tiga kesalahan iaitu kesalahan bernikah tanpa kebenaran bagi individu yang belum berkahwin atau bujang.
Sementara bagi kesalahan kedua pula adalah berpoligami tanpa kebenaran dan lewat mendaftarkan pernikahan.
Mereka yang melakukan kesalahan ini akan didenda sebanyak RM1,000 melainkan yang berpoligami tanpa kebenaran akan didenda RM3,000.
“Mereka yang nikah poligami ini orang banyak duit, dia mampu bayar tetapi secara kesimpulannya orang (lelaki) yang pilih bernikah di Siam ini orang yang tidak tahu malu sebab dia membelakangkan ibu bapa dan isteri pertama,” tegas beliau lagi.
Dalam masa sama, Syeikh Ahmad Faisol turut menasihati orang ramai berwaspada dengan tawaran oleh sindiket pernikahan supaya tidak tertipu dan menyebabkan perkahwinan mereka tidak sah.
Katanya, pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di Thailand perlu membuat perancangan supaya perkahwinan itu sah dari segi undang-undang agama negeri masing-masing.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 16 2023

Datuk Syeikh Ahmad Faisol Omar berkata, pendaftaran pernikahan perlu dilakukan di Malaysia bagi mengelakkan tercetus sebarang masalah pada masa depan.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Pasangan bernikah di Thailand perlu daftar, denda tetap dikenakan - MB Perak
Sekiranya perkahwinan didaftarkan dengan JAIPk, anak yang lahir boleh mendapat sijil kelahiran mengikut undang-undang.

Segera daftar di Malaysia selepas bernikah di Thailand
Lelaki yang memilih bernikah di Siam adalah orang yang tidak tahu malu sebab membelakangkan ibu bapa dan isteri pertama.