Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata sebanyak 17 penduduk daripada empat keluarga dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, manakala lapan sekeluarga berlindung di PPS Balai Raya Kampung Jabi.
Sebelum ini, sebuah PPS dibuka di Mersing iaitu PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin susulan hujan lebat berterusan.
"Jumlah mangsa banjir di Kampung Orang Asli Peta kekal 83 orang daripada 25 keluarga yang kesemuanya ditempatkan di PPS Kompleks Taman Negara Endau Rompin," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata laluan masuk ke Kampung Orang Asli Peta masih terputus hubungan sejak semalam dan pemantauan giat dilakukan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sementara itu, paras air sungai di Sungai Lenik di Ladang Chaah, Segamat, berada pada paras amaran iaitu 5.62 meter.
-- BERNAMA