Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) menerusi kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Batu Badak yang menempatkan 23 penduduk daripada tujuh keluarga itu ditutup pada 5 petang.
Bagaimanapun, menurut jawatankuasa itu, Jalan Kampung Orang Asli Peta di Mersing masih terputus hubungan.
"Laluan alternatif yang boleh digunakan adalah melalui Ladang Mutiara-Paloh," menurut jawatankuasa itu.
Mersing dan Segamat dilanda banjir bermula 26 Dis lepas dengan tiga PPS dibuka bagi menempatkan 137 mangsa daripada 39 keluarga.
-- BERNAMA