SEPANG: Penduduk di Kondominium Masreca19, Cyberjaya meluahkan rasa sedih apabila melihat sekurang-kurangnya 12 van jenazah didakwa membawa jenazah COVID-19 memasuki Tanah Perkuburan Cyber 10, di sini yang terletak berhadapan kediaman mereka.
Tinjauan Sinar Harian pada Isnin mendapati, van jenazah yang didakwa membawa jenazah COVID-19 itu memasuki tanah perkuburan sekitar jam 1.20 petang.
Tinjauan juga mendapati hanya dua orang waris jenazah dibenarkan untuk memasuki kawasan tersebut, manakala ahli keluarga lain hanya menunggu di luar pagar tanah perkuburan.
Salah seorang penduduk, Faizulia Shahari, 41, berkata, dia berasa insaf setelah melihat sendiri hampir 12 jenazah COVID-19 dikebumikan setiap hari di tanah perkuburan di hadapan rumahnya.
Dia yang tinggal di kondominium tersebut sejak empat tahun lalu sering memuat naik video kemasukan van jenazah dalam media sosial untuk memberi ingatan kepada orang lain tentang bahaya COVID-19.
"Rumah saya di tingkat tiga menghadap tanah perkuburan, jadi saya boleh lihat dengan jelas prosedur pengebumian dijalankan.
"Pada saya, peluang untuk melihat pengebumian jenazah COVID-19 adalah saat yang sukar didapatkan oleh orang lain selain daripada petugas yang menguruskan jenazah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Jayaletccumi Duraisingam, 38, berkata, ini merupakan kali pertama dia melihat proses pengebumian jenazah COVID-19 dari rumahnya di tingkat sembilan.
"Sudah lebih seminggu saya lihat van jenazah memasuki tanah perkuburan di sini dan bila saya nampak ada van yang membawa jenazah, saya rasa sayu.
"Pada awalnya memang sukar untuk saya terima kenyataan setelah melihat banyak jenazah COVID-19 dikebumikan, tapi lepas beberapa hari saya mula sedar bahawa COVID-19 adalah benar," katanya.
Nor Syafira Ainoor, 28, yang juga seorang peniaga pula berkata, dia sedih melihat van jenazah yang sering lalu-lalang di hadapan kedainya setiap hari.
Katanya, hatinya bertambah pilu setelah mendapat tahu salah seorang pelanggannya yang meninggal akibat COVID-19 dikebumikan di sini baru-baru ini.
"Saya doakan proses pengebumian berjalan lancar kerana kasihan melihat anggota barisan hadapan yang meredah cuaca hujan dan panas terik demi menguruskan jenazah COVID-19," katanya.
Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 10 2021

Faizulia sering memuat naik video kemasukan van jenazah dalam media sosial untuk memberi ingatan kepada orang lain tentang bahaya COVID-19. -Gambar hiasan

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.