Semua pihak perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta menyediakan laluan selamat dan perlindungan kepada orang awam yang akan meninggalkan Aleppo timur, Syria, kata Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata persatuan itu bimbang tentang keselamatan orang awam yang terperangkap di Aleppo timur berikutan laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembunuhan secara hukuman mati yang berlaku di sana, walaupun kerajaan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata.
"Kami amat sedih dan gerun apabila mendengar laporan bahawa pihak yang berperang gagal menunaikan tanggungjawab mereka melindungi orang awam ketika berlaku peperangan dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Pihak berperang perlu menjamin keselamatan orang yang mencari perlindungan dan memudahkan pemberian pertolongan serta bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terperangkap di barisan hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusia mengisytiharkan pada Selasa bahawa peperangan selama empat tahun di Aleppo, bandar raya terbesar di Syria, sudah berakhir apabila saki baki pejuang pemberontak bersetuju untuk menyerahkan wilayah mereka kepada kerajaan Syria.
Menurut Dr Ahmad Faizal, Mercy Malaysia mempunyai satu Pasukan Penilaian Pantas (RAT) terdiri daripada lima anggota yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan akan dikerah sebaik sahaja akses ke kawasan berkenaan terjamin selamat.
"Kami berganding bahu dengan masyarakat kemanusiaan antarabangsa dan Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, menggesa agar disediakan akses selamat secara terus ke Aleppo untuk menyampaikan bantuan yang diperlukan dengan segera.
"Pasukan RAT kami akan berada di sana untuk menilai keperluan kecemasan oleh orang awam yang masih berada di bandar raya Aleppo, termasuk ubat-ubatan, makanan dan barangan selain daripada makanan, barangan untuk musim sejuk serta keperluan lain. Kami berharap dapat mengerahkan mereka pada minggu akan datang," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 15 2016
![Sediakan laluan selamat kepada orang awam untuk tinggalkan Aleppo - Mercy Malaysia Sediakan laluan selamat kepada orang awam untuk tinggalkan Aleppo - Mercy Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-12/41481591497_Syria.jpg)
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan berlaku pembunuhan secara hukuman mati yang berlaku di sana, walaupun kerajaan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata. - Foto AFP
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now? Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737890235_poster.jpg)
Bashar al-Assad has fallen, what’s the story of Syria now?
Astro AWANI's Social Media Editor, Hilal Azmi shares his reflections from the ground in Aleppo, Syria, following the fall of Bashar al-Assad.
![Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41732982887_TBaleppo.jpg)
Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.
![Israel lancar serangan udara di utara Syria Israel lancar serangan udara di utara Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723547027_TBSyria.jpg)
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
!['Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria 'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81675816741_TBmangsakanak.jpg)
'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.
![Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41616300034_TBSYAHRIRALEPPO.jpg)
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
![Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/81586761117_davidnott.jpg)
Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.
![34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria 34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-02/41582862353_jpg.jpg)
34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.
![Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin' Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/41530895281_MayaMeri.jpg)
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.
![Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81520549894_Egeland.jpg)
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
![Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81517386364_DisplacedSyrian.jpg)
Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.