Kerajaan bersedia mendengar bantahan pengusaha bas ekspres yang tidak bersetuju dengan syarat mewajibkan pemandu bas kedua bagi perjalanan melebihi empat jam atau 300 kilometer.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai bagaimanapun menegaskan bantahan itu mesti disertakan dengan cadangan dan pandangan bersesuaian yang boleh menjamin keselamatan penumpang serta pengguna jalan raya.
"Kita tidak mahu mereka (pengusaha bas ekspres) sekadar membuat bantahan. Saya tegaskan keputusan mewajibkan pemandu bas kedua oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awm Darat (SPAD) dan kementerian adalah standard praktis di banyak negara.
"Pemandu bagi perjalanan jauh perlu ditukar kerana pemandu memerlukan rehat selepas letih yang membolehkan mereka hilang fokus, " katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Melawat Pahang 2017 di Plaza Tol Bentong di sini, hari ini.
Turut hadir ialah Pengurus Besar Tourism Pahang, Datuk Ishak Mokhtar Pengarah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan negeri Idros Yahaya.
Liow mengulas bantahan Pengerusi Persatuan Pemandu Bas Semenanjung Malaysia, Sa'adan Man yang mendakwa perkara itu sukar dilaksanakan ekoran kekurangan pemandu bas ekspres.
Bantahan itu dikemukakan selepas Liow mengumumkan syarikat bas ekspres akan dikenakan penalti RM200 selain berkemungkinan digantung permit jika gagal mematuhi peraturan tersebut.
Liow menambah kementerian juga bersedia membantu mengatasi kekurangan pemandu kedua bas ekspres menerusi pelaksanaan kursus kepada pemandu baharu sebagai tarikan kepada golongan muda untuk menceburi bidang berkenaan.
"Kursus ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia. Kerjaya sebagai pemandu ekspres perlu latihan profesional kerana ia melibatkan pemahaman aspek teknikal yang memerlukan latihan khusus.
"Sesiapa sahaja boleh memohon untuk menyertai kursus ini. Bayaran yang dikenakan juga adalah tidak terlalu tinggi dan mereka boleh memohon dana latihan di bawah kementerian terbabit," katanya.
Liow menambah kementerian juga bercadang menaik taraf kursus latihan sedia ada kepada pemandu pengangkutan awam termasuk pemandu bas dan lori bagi memastikan mereka sentiasa peka dengan peraturan dan keselamatan jalan raya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2017
Keputusan mewajibkan pemandu bas kedua oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awm Darat (SPAD) dan kementerian adalah standard praktis di banyak negara. - Gambar hiasan/Bernama
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Jika benda asas gagal kuasai, usah berangan hapus rasuah
Antara cara menangani rasuah adalah dengan pegawai kerajaan tertinggi menunjukkan contoh kepada anak buah mereka, misalnya menawarkan kontrak besar perlu melalui tender terbuka.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
Presiden Pertubuhan Integriti dan Governan Malaysia (MIG), Datuk Seri Dr Akhbar Satar berkata, jika perkara semudah itu tidak dapat diamalkan, maka agenda negara menghapuskan rasuah sukar tercapai.
SPRM tumpu siasatan kenal pasti aset diperoleh FashionValet
Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika ini menjurus ke arah mengenal pasti aset dan pemilikan serta sumber kewangan yang diperoleh pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, fokus siasatan tertumpu kepada cara syarikat terbabit membelanjakan wang pelaburan diterima daripada Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).
[TERKINI] Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung dekat Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, pada lewat Khamis.
Jantung mangsa terhenti sebelum diberi CPR - Saksi
Penolong Pegawai Perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memberitahu Mahkamah Tinggi Ipoh pada Jumaat bahawa jantung Muhammad Zaharif Affendi telah terhenti sebelum bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan kepada mangsa berkenaan.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Mohammad Nor Shazree Shahrun Nizam, 31, membuat kenyataan itu ketika disoal balas Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz pada hari keempat perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah pada Disember tahun lepas.
Tumpuan Sabtu – 9 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Wanita dkhuatiri lemas, motosikal ditemui di tebing sungai
Seorang pembantu kedai makan dikhuatiri lemas selepas dilapor terjatuh dalam Sungai Titi Haji Idris di Alor Setar, Kedah pada Jumaat.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 8 November 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway
Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.
Soket elektrik di bas ekspres tiada piawaian tersendiri - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) akan meneliti prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi menetapkan piawaian untuk soket tersebut.
Renjatan elektrik dalam bas: Menteri beri tempoh 2 minggu sediakan laporan lengkap
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, sebarang tindakan hanya akan diputuskan selepas laporan lengkap dikemukakan.
Tak sangka gurauan 'nak berjalan jauh' jadi kenangan terakhir arwah - Nenek
Jenazah Mohamad Nur Asymawi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Puyu selepas Asar semalam.
Remaja maut terkena renjatan elektrik ketika cas telefon bimbit dalam bas ekspres
Mangsa, Mohamad Nur Asymawi Jasmadi, 18, maut di tempat kejadian dengan kecederaan pada jari tangan sebelah kiri.
Lelaki maut, kemalangan kereta dan bas ekspres
Seorang lelaki maut apabila kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di kilometer 24 Jalan Bahau.
17 bas ekspres dan persiaran disaman kerana tiada pemandu kedua
Menurut JPJ Pulau Pinang, operasi khas yang menyasarkan bas ekspres dan bas persiaran itu berlangsung empat jam bermula tengah malam tadi.
Bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Lahad Datu
Sebuah bas ekspres terbabas ke dalam gaung di Batu 9 Jalan Silam malam ini.
Penumpang kereta maut dalam nahas babitkan bas ekspres
Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta berusia 30 tahun manakala pemandu berusia 40 tahun cedera di bahagian muka.
Sindiket hantar PATI dari Kelantan ke KL guna bas ekspres tumpas
Menempatkan PATI di sebuah rumah transit sebelum dibawa menggunakan bas ekspres ke Kuala Lumpur antara taktik dibongkar susulan operasi dijalankan sekitar Kota Bharu.
Lima cedera, bas ekspres rempuh belakang treler
Terdapat seramai 26 orang dalam bas ekspres itu iaitu 11 wanita, 10 lelaki, tiga kanak-kanak perempuan dan seorang bayi lelaki.