KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebih GBP9.45 juta wang pinjaman 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2014.
Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan, 29, berkata wang itu daripada dua syarikat asing, Blackrock Commodities (Global) Ltd dan Vista Equity International Partners, dikuasai Eric Tan Kim Loong, yang didakwa sebagai rakan perniagaan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan "880", antara 23 Jun 2014 hingga 17 Dis 2014.
"Blackrock memindahkan GBP750,000 juta (RM4,093,500 mengikut kadar pertukaran ketika itu) pada 19 Jun 2014, manakala Vista Equity memindahkan GBP8,706,021.92 juta (RM45,825,918.13 pada kadar pertukaran ketika itu) ke dalam akaun yang sama melalui lima transaksi," katanya.
Menurut pernyataan pembukaan pihak pendakwaan pada permulaan perbicaraan pada 2019, ia menyatakan jumlah tersebut (GBP9.45 juta) asalnya daripada 1MDB melalui anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Ltd, yang memperoleh dua pinjaman berjumlah US$1.225 bilion daripada Deutsche Bank Singapura.
Adam Ariff berkata akaun "880" Najib mempunyai RM100,000 sebelum GBP750,000 (RM4,093,500) didepositkan.
Saksi itu berkata demikian ketika mengesahkan laporan jejak wang pada perbicaraan Najib membabitkan dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Najib, 70, hadir di mahkamah memakai sut biru dan bertali leher. Beberapa penyokongnya dilihat duduk di galeri awam di mahkamah.
Bekas perdana menteri itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung pada 9 Okt.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 21 2023

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan berkaitan dana 1MDB. - Foto Bernama
Dua rakan bebas hukuman gantung sampai mati
Pesuruhjaya Kehakiman, Kan Weng Hin menyatakan dalam penghakiman pihak pendakwaan gagal membuktikan hubungan antara bot menyimpan dadah dengan kedua-dua tertuduh dan bot itu boleh juga diakses orang lain.

Dua rakan terlepas hukuman mati, dibebaskan tuduhan edar dadah
Dua lelaki yang berdepan pertuduhan mengedar lebih 32.15 kilogram dadah lima tahun lepas, dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi.

Krisis kebuluran di kem Zamzam, Sudan semakin meruncing
Keluarga yang kelaparan di sebuah kem yang dilanda kebuluran di barat Sudan terpaksa memakan makanan ternakan, menurut petugas kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

'Syukur Alhamdulillah' - Faisal Halim teruja kembali sarung jersi kebangsaan
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, mendedahkan kegembiraan apabila namanya kembali tersenarai dalam skuad kebangsaan menjelang aksi kelayakan Piala Asia 2027 bertemu Nepal.

Kes bunuh pelajar kolej vokasional: Tertuduh tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu Mahkamah Tinggi dia tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.

'Zarul Solo' samun kedai emas ditahan
Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan kerugian RM12,000 di sebuah kedai emas di Taman Paya Rumput Utama, Melaka.

Bapa didakwa tampar pipi, cederakan jari anak 4 tahun guna pisau
Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menampar pipi anak berusia empat tahun dan mencederakan ibu jari tangannya menggunakan pisau.
Kematian Burung Skua di Antartika meningkat akibat jangkitan H5N1
Penyelidik dari Chile telah menemui kematian burung skua yang ketara di Antartika akibat selesema burung yang patogenik iaitu H5N1. Kajian yang dikeluarkan pada Rabu, mendedahkan kadar kematian yang belum pernah berlaku sebelum ini di kalangan skua, burung laut pemangsa yang berasal dari ekosistem Antartika.

Sarimah rakam penghargaan, hasrat bertemu PM Anwar
Seniwati Datuk Sarimah Ahmad merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri yang membantu mendapatkan semula empat filem beliau daripada sebuah syarikat produksi.
Indonesia dijangka alami kemarau biasa sepanjang 2025 - BMKG
Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) bagaimanapun turut memberi penekanan kepada risiko kebakaran hutan dan kemarau di beberapa kawasan.

Tiada arahan untuk dakwa pegawai kanan 1MDB - Rajagopal
Bekas Pegawai Penyiasat kes 1MDB R Rajagopal memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menerima arahan untuk mendakwa beberapa pegawai kanan syarikat itu.

Kes 1MDB: Pihak berkuasa masih tidak tahu keberadaan Casey Tang - Saksi
Sehingga kini, pihak berkuasa tidak mengetahui keberadaan bekas Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Casey Tang Keng Chee.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Dr Dzulkefly, Najib masih bincang untuk selesaikan kes saman
Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan Datuk Seri Najib Tun Razak sedang berbincang untuk menyelesaikan kes saman yang difailkan Menteri Kesihatan itu.

Bukan kroni atau proksi, saya di sini untuk bercakap benar - Bekas Pengerusi 1MDB
Saksi turut disoal mengenai dakwaan pendekatan top-down Najib dalam mengarahkan lembaga pengarah untuk mengikut arahannya.

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.

"Titah Adendum di bawah proses undang-undang, sila hormati" - Sultan Pahang
Sultan Pahang bertitah meminta semua pihak tidak berterusan membahaskan soal Titah Adendum.

1MDB: SPRM ambil masa lebih sebulan rakam keterangan - Saksi
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi SPRM mengambil masa lebih sebulan untuk melengkapkan rakaman percakapannya.

Dokumen tambahan Najib: Rayuan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan 24 Mac
24 Mac ditetapkan sebagai tarikh pendengaran permohonan kebenaran merayu yang difailkan AGC terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung dokumen tambahan dalam kes Najib Razak.