KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) memohon supaya Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mempercepatkan siasatan berhubung kes penipuan beberapa syarikat melibatkan kerugian dipercayai hampir RM1 bilion, memandangkan aduan mengenainya telah dibuat sejak April lepas.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata pihaknya bimbang sekiranya semua wang pelaburan yang telah diseleweng itu akan dilesapkan oleh pihak syarikat berkenaan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap aduan itu.
"Berdasarkan pengalaman MHO menentangkan scammer (penipu) ini, kebanyakan scammer akan menjelma dengan episod baharu dan muka baharu sebab mereka dah nampak cara mudah untuk mendapatkan pendapatan.
"Sehubungan itu MHO mohon SC supaya mempercepatkan hasil siasatan dan bawa kepada Jabatan Peguam Negara sekiranya terdapat kes untuk pendakwaan," katanya pada sidang media selepas hadir ke SC bagi memohon status terkni siasatan melibatkan seramai 500 mangsa itu.
Beliau berkata ini merupakan kali kedua MHO hadir ke SC, selepas kali pertama pihaknya berbuat demikian ialah pada 5 April lepas, bagi menyerahkan laporan aduan kepada suruhanjaya terbabit untuk tindakan lanjut.
Hishamuddin berkata sebelum ini pihaknya telah pun membuat laporan polis, kemudian dirujuk kepada SC, dan pihaknya turut membawa perkara itu ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Katanya hasil pertemuan dengan SC, beliau dimaklumkan bahawa kes itu masih dalam siasatan dan diberikan keutamaan oleh suruhanjaya itu, namun ia mengambil masa berikutan melibatkan jumlah kerugian yang banyak selain mangsa yang ramai.
Sementara itu Pengarah Sekuriti dan Perundangan MHO Rezza Khalid berkata kes ini akan dibawa ke mahkamah dan ke peringkat Parlimen untuk tindakan lanjut sekiranya MHO tidak mendapat sebarang maklum balas SC berhubung perkembangan kes berkenaan.
Katanya beliau difahamkan seramai 15 orang daripada mangsa telah pun memberikan kerjasama kepada pihak SC bagi membantu siasatan.
Pada 5 April lepas 500 mangsa yang terlibat dengan penipuan pelaburan yang dipercayai mencecah RM1 bilion telah menghantar laporan aduan kepada SC bagi membolehkan suruhanjaya itu menyiasat syarikat-syarikat disyaki melakukan pecah amanah dan menipu duit pelaburan orang ramai.
Syarikat pelaburan berkenaan yang menawarkan skim pelaburan kepada orang ramai dengan kadar dividen dan pulangan lumayan, turut menggunakan nama tokoh terkenal, kerabat diraja, bekas pegawai kerajaan dan agamawan, sedangkan tokoh-tokoh berkenaan tidak langsung terlibat dengan skim pelaburan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 15 2023

Hishamuddin berkata pihaknya bimbang sekiranya semua wang pelaburan yang telah diseleweng itu akan dilesapkan oleh pihak syarikat berkenaan sekiranya tiada sebarang tindakan diambil terhadap aduan itu. - Gambar Sinar Harian

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

MITI sedang siasat dakwaan cip AI Nvidia dipindahkan ke Malaysia dari Singapura
Pelayan yang dikaitkan dengan kes penipuan di Singapura yang mungkin mengandungi cip AI Nvidia, disyaki dipindahkan ke Malaysia.

Dua rakan kekal bebas tuduhan tipu urus niaga sarung tangan getah lebih RM1 juta
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan membebaskan dua rakan daripada satu pertuduhan menipu dua lelaki berkaitan pengedaran 180,000 kotak sarung tangan getah bernilai lebih RM1 juta.

5,091 kes penipuan dalam talian direkod di Selangor tahun lepas - MB
Sebanyak 5,091 kes penipuan dalam talian dengan kerugian RM386.4 juta direkodkan di Selangor pada 2024.

Penganggur ditahan, tujuh kes penipuan selesai
Polis Selangor berjaya menyelesaikan tujuh kes penipuan di beberapa negeri termasuk menyamar sebagai pihak berkuasa dengan penahanan seorang lelaki warga tempatan.

Suspek wanita didakwa tipu isteri Along Cham ada lima kes jenayah - Polis
Wanita itu kini direman empat hari manakala suaminya direman tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes tipu isteri pelawak: Polis tahan pasangan suami isteri
Hussein Omar Khan berkata kedua-duanya yang berusia lingkungan 20-an ditahan di kediaman mereka di Salak Tinggi, Sepang, Selangor, malam tadi.

Ejen insurans kerugian lebih RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud di FB
Seorang ejen insurans mengalami kerugian RM666,546 selepas terperdaya dengan tawaran skim pelaburan tidak wujud.

Polis siasat dua kes penipuan bernilai lebih RM2.3 juta
Polis sedang menyiasat dua kes penipuan membabitkan pembekalan produk kecantikan dan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.

Dua wanita warga emas rugi lebih RM300,000 diperdaya 'phone scam'
Dua wanita warga emas di Pahang kerugian RM327,829 selepas menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menyamar sebagai pegawai polis dan pegawai Bank Negara Malaysia (BNM).

Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.