TANJUNG KARANG: Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata adalah sesuatu yang mendukacitakan jika kerajaan negeri mengambil keputusan itu kerana pembangunan yang sedia ada sepatutnya diteruskan kesinambungannya walaupun diterajui oleh kerajaan dan parti berbeza.
Noh berkata sebagai anak Selangor, Stadium Shah Alam mempunyai nilai sentimental kepada dirinya dan rakyat negeri itu.
"Kalau nak diruntuhkan, saya rasa dukacita kerana sepatutnya stadium terbesar dan terhebat di negeri Selangor itu diteruskan (tidak diroboh) dan penyelengaraan perlu dibuat.
"Sepatutnya bila sudah tiga penggal memerintah, stadium itu diselenggara dan dijaga sebagaimana yang kita (kerajaan Barisan Nasional) buat dahulu.
"Ia seperti rumah, kalau dibiarkan 10 tahun baru nak baiki, memang ia kena runtuh... sayang kalau nak roboh dan bina baharu," katanya kepada pemberita semasa Program Korban Perdana Parlimen Tanjung Karang di sini hari ini.
Noh, yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, berkata persoalan sama ada kerajaan negeri melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ke atas stadium yang dibina pada 1994 itu perlu dijawab oleh Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Sebelum ini, media melaporkan Amirudin tidak menafikan terdapat cadangan untuk merobohkan Stadium Shah Alam dan pihaknya akan menjelaskan secara terperinci mengenai cadangan pembangunan terbaharu stadium itu pada 16 Julai ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 11 2022

Noh berkata sebagai anak Selangor, Stadium Shah Alam mempunyai nilai sentimental kepada dirinya dan rakyat negeri itu. - Gambar/ Wikipedia

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Pembangunan semula KSSA: Pasar Tani Stadium Shah Alam masih beroperasi
Buat masa ini lokasi pasar tani itu dialihkan sedikit dari tapak biasa namun masih di dalam pekarangan Stadium Shah Alam.

Perobohan Stadium Shah Alam: Proses pasang dinding adang, rungkai struktur sedia ada hingga pertengahan 2025
Pembangunan Stadium Shah Alam harus menepati segala piawaian yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

MB Selangor tetap pertahan kos naik taraf stadium RM787 juta
Kos pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) berjumlah RM3.28 bilion didakwa masih belum diluluskan kerajaan negeri.

Stadium baharu Shah Alam lebih moden
Venue yang bakal menggantikan Stadium Shah Alam itu bukan sahaja akan tertumpu kepada bola sepak semata-mata, namun turut memberi fokus kepada aktiviti lain.

Sayang kalau nak roboh, bina baharu Stadium Shah Alam - Noh Omar
Stadium Shah Alam, yang menjadi ikon kepada pembangunan sukan negeri, tidak sepatutnya dirobohkan jika diselenggara dengan baik oleh kerajaan negeri.

Stadium Shah Alam gagal capai piawaian keselamatan
Tiga pemeriksaan telah dilakukan pihak MFL, masing-masing pada 10 Januari, 21 dan 28 Februari lalu.

Stadium Shah Alam akan dibaik pulih secara berperingkat
Disebabkan jumlah kos mencecah RM250 juta, kerajaan negeri buat keputusan untuk tidak melaksanakan kerja-kerja membaik pulih secara sekali gus.

Rajagobal berang dengan persembahan anak buahnya
Pemain gagal mencipta peluang menjaringkan gol dan kekurangan kesungguhan pada separuh masa pertama.

'Main lebih daripada 100%' - Ultras Malaya mahu kemenangan untuk Malaysia
Bagi penyokong Ultras Malaya perlawanan malam ini adalah misi wajib menang bagi Malaysia untuk melayakan mereka ke Piala AFC B23 tahun 2020.

5,000 penyokong JDT banjiri Dataran MBJB
Dataran MBJB berubah wajah hari ini apabila dibanjiri kira-kira 5,000 penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia.