SEMALAMAN saya 'membersihkan' beratus-ratus sistem pesanan ringkas (SMS) yang menyemakkan peti masuk telefon bimbit.
Sambil membaca satu persatu SMS, takut-takut ada yang masih belum terjawab sejak mula kempen sehingga hari pengundian Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 minggu lalu, saya sedar 90 peratus daripadanya adalah informasi kempen PRU selain selebihnya pesanan provokasi kawan-kawan dari parti pembangkang dan kerajaan.
Menariknya,selepas seminggu PRU ke-13 dan kandungan 90 peratus SMS yang diterima,boleh saya simpulkan lebih 85 peratus daripadanya adalah kiriman Timbalan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed.
Pelbagai mesej saya klasifikasi sebaik-baik ayat sehingga 'menggetar' jiwa jika disebut dari segi perang saraf 'hitam', 'kelabu' dan 'putih' diterima - saya yakin 2,048,828 pengundi di negeri itu yang berdaftar, termasuk pengundi awal dan pengundi luar negara turut menerima SMS serupa.
Saya tidak boleh melelapkan mata, kasihan mengenang usaha bersungguh-sungguh BN negeri itu yang tidak mahu menghampakan harapan menakluk kembali Selangor dari genggaman pakatan rakyat (PR).
Namun apa daya, walau populariti BN di Selangor secara peribadi saya lihat lebih baik dari PR, realiti kekalahan parti yang diterajui Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak di negeri itu sendiri harus diterima dengan hati terbuka.
Kemenangan besar PR di 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan status quo -sama dengan kiraan PRU ke-12 bagi kerusi Parlimen sebenarnya jumlah yang agak banyak,saya rasa itu bukan pengakhiran untuk BN melupakan terus negeri walau ini penggal kedua PR memerintah Selangor.
Impak lagu 'Sayangi Selangor, Yakini BN' sebenarnya sudah meresap dalam jiwa anak-anak muda negeri ini. Walau ramai menuding jari kepada kaum Cina sebagai punca kekalahan BN, saya tahu lagu itu sendiri ada kesannya dalam hati mereka.
''Itu lagu manyak syok.Hari-hari main dekat tv sama lalio (radio).Itu channel Cina pun main litu lagu.
''Ini hanpon (handphone) pun manyak sms, satu family lapat (dapat), ini macam manyak baik lor,'' kata seorang pekedai dalam telor Cina yang saya jumpa minggu lepas.
Sengaja saya simpan dialog itu kerana mahu menunggu keputusan PRU Selangor - jujur juga saya tidak mahu meneka siapa yang diundi pekedai itu.
Dan pasca seminggu PRU,pelbagai persepsi dibincang,macam-macam andaian diberi, timbulan alasan dan hujah dihambur untuk mempertahankan kredibiliti parti - ada juga yang mahu menutup kelemahan diri dan tidak kurang yang meninggalkan parti selepas menyalahkan orang lain.
Selain isu Cina, perhimpunan gergasi di Stadium Kelana Jaya baru-baru ini turut menimbul pelbagai andaian terhadap kekuatan PR di negeri itu - juga rungutan rakyat terhadap kesesakan lalu lintas yang menyusahkan pengguna jalan raya.
Untuk Selangor sendiri, PR mungkin memulakan langkah dengan sedikit tempang.Isu perlantikan Menteri Besar (MB) yang masih belum selesai dan pergolakan dalaman PKR, DAP dan PAS terutamanya yang dilihat penganalisis politik paling layak mengambil kerusi MB Selangor disifat tidak boleh berlarutan.
Kepada jentera BN Selangor, ini tugas pertama anda untuk 'cucuk jarum' walau PRU ke-14 masih berbaki sekurang-kurangnya 48 bulan untuk diadakan!
Rakyat menanti dengan debar siapa MB Selangor.Adakah tokoh korporat, individu yang menjadi anak didik Anwar Ibrahim dalam politik atau seorang Pesuruhjaya PAS - yang pasti DAP akan terima sahaja.
Tak kira siapa juga MB yang akan dipilih, individu itu perlu kuat menahan sedikit ombak PR yang dijangka melanda Selangor selain cuba mempertahankan tahaluf siyasi (permuafakatan politik) antara PR - khabarnya akan timbul ketegangan walau sesiapa sahaja yang dilantik kelak.
Dan sekali lagi BN harus bijak 'cucuk jarum' menggunakan isu yang ada untuk mula menarik minat rakyat Selangor kepada mereka.
Jangan ambil mudah. Sekelip mata sahaja PRU ke-14 akan tiba. Kerja keras harus dimula segera kedua-dua pihak untuk menawan hati pengundi.
Walau keputusan PRU ke-13 mungkin tidak baik bagi sesetengah calon BN Selangor, rasanya kerja berkempen tidak boleh ditinggal terus begitu sahaja.
Ditambah orang kuat SMS BN Selangor, Mohd Zin yang turut tewas di P113 Sepang - Saya terfikir, siapa pula hendak hantar SMS kali ini selepas tidak menerima sebarang SMS dari BN seminggu selepas PRU ke-13.
Datuk,'kredit' dah habis ke?
Wan Syamsul Amly
Sun May 12 2013
[TERKINI] Amaran hujan berterusan tahap waspada di 6 negeri hingga 29 November
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Malaysia teguh kerana tolak ansur, memuliakan perbezaan kaum
Malaysia 'teguh' kerana wujudnya sikap ansur dan memuliakan antara satu sama lain.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Waran tangkap Netanyahu: Tun Mahathir sokong keputusan ICC
Tun Dr Mahathir Mohamad menyokong keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) yang mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM)
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir Majlis Perasmian Program 2 Tahun Kerajaan Madani (2TM) & Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2024 di Pusat Konvensyen KLCC.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di enam negeri hingga 29 Nov
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kelantan, Terengganu dan Pahang hingga 29 Nov.
AWANI Ringkas: Apa jadi kes Faisal Halim?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4 anggota pengaman Itali cedera serangan roket di pangkalan UNIFIL di Lubnan
Empat tentera Itali cedera, namun tidak parah, selepas pangkalan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) di Lubnan diserang dengan tembakan roket pada Jumaat.
BAM lantik Kenneth Jonassen ketua jurulatih baharu perseorangan kebangsaan
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) umum pelantikan Kenneth Jonassen dari Denmark sebagai ketua jurulatih perseorangan negara yang baharu.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen USAS ke-17
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Konvokesyen Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ke-17 hari ini.
Manifesto BN Selangor mampu dilaksanakan - Mohd Zin
Barisan Nasional (BN) Selangor yakin manifesto tambahan untuk negeri itu yang dilancarkan malam ini mampu dilaksanakan dalam bulan pertama selepas BN kembali memerintah negeri itu selepas Pilihan Ray
BN Selangor bersedia untuk kempen rumah ke rumah
Barisan Nasional (BN) Selangor bersedia membuat kempen rumah ke rumah.