SHAH ALAM: Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, tiada niat untuk melengah-lengahkan prosiding dua kes menyebut perkataan menghasut yang dipertuduhkan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Selayang.
Sebaliknya, Menteri Besar Kedah itu berkata, tuduhan itu merupakan suatu andaian semata-mata.
Sanusi, 50, berkata, sudah menjadi haknya untuk memindahkan kes malah ia dilakukan mengikut prosedur undang-undang.
“Saya menunjukkan contoh yang baik dari segi moral,” katanya selepas pengurusan permohonan Sanusi untuk memindahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen Selayang ke Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu.
Semasa prosiding, peguam, Hasshahari Johari Mawi yang mewakili Sanusi selaku permohon berkata, pihak pembelaan telah menerima afidavit jawapan daripada pihak pendakwaan menerusi e-mel, pada Selasa.
“Justeru itu, kami harap mahkamah memberi masa 14 hari untuk kami membalas afidavit tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Abdul Malik Ayob membantah perkara itu dengan menyatakan, mahkamah telah memberi masa yang lebih daripada mencukupi bagi pihak pembelaan berbuat demikian.
“Kami mohon notis itu didengar 31 Januari memandangkan tarikh perbicaraan kes di Mahkamah Sesyen Selayang, ditetapkan pada 5 Februari akan datang.
“Tarikh perbicaraan telah diputuskan maka tiada sebab untuk melengah-lengahkan lagi prosiding ini,” katanya.
Hasshahari: Dakwaan kami mahu melengah-lengankan prosiding adalah tuduhan yang amat serius.
Hakim: Afidavit jawapan itu, ringkas sahaja tidak perlu ambil masa yang lama.
Hasshahari: Yang Arif, sudah menjadi amalan di mahkamah untuk memberikan masa 14 hari untuk membalas afidavit tersebut, selain kami memerlukan masa untuk menyediakan dokumen tersebut.
Hakim, Datuk Aslam Zainuddin kemudiannya menetapkan 1 Februari depan untuk pendengaran permohonan Sanusi itu dan memerintahkan kedua-dua pihak memfailkan hujahan balas, pada atau sebelum 29 Januari.
Pada 18 Julai 2023, Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional didakwa telah menyebut perkataan menghasut di Simpang 4, Taman Selayang Mutiara-Kampung Bendahara, Gombak dekat sini pada jam 11 malam, 11 Julai tahun sama.
Kedua-dua kesalahan itu mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 24 2024
!['Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi 'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706077226_TBMuhammadSanusi.jpg)
Sanusi hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi pengurusan kes untuk memindahkan kes menyebut perkataan menghasut pada Rabu. - Gambar/ Sinar Harian
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714733210_AmirudinShari.jpg)
Amirudin tidak tahu pembatalan tempahan dewan program Himpunan Anak Kedah
Amirudin berkata beliau tidak mengetahui atau terlibat dengan apa jua keputusan berkaitan pembatalan tempahan dewan untuk Majlis Himpunan Anak Kedah.
![Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000 Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700972784_TBSUKKedah.jpg)
Penjawat awam di Kedah dapat bonus RM2,000
Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada 5,600 kakitangan awam dan anggota pentadbiran di negeri itu.
![PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/81689663966_SalahuddinAyobKPD.jpg)
PRN: Pendakwaan terhadap Sanusi tak akan sebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hari ini tidak akan menyebabkan 'gelombang hijau' di enam negeri.
![Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81622978141_DUAADUNKEDAH.jpg)
Pandu uji kereta: Sanusi serah kepada polis untuk siasat
Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dakwaan beliau memandu uji kenderaan di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan.
![Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/81590582900_balakKayuBalak.jpg)
Jumlah sebenar tuntutan konsesi balak bernilai RM1.5 bilion - Sanusi
Tuntutan itu melibatkan kira-kira 40 syarikat dengan jumlah 131 kelulusan konsesi dan kawasan seluas 22,098 hektar di Hutan Simpan Ulu Muda.
!['Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal' 'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81435307124_NAJIBMTUMNO.jpg)
'Keputusan penangguhan pemilihan UMNO belum muktamad, boleh terbatal'
Keputusan penangguhan pemilihan parti selama 18 bulan selepas Perhimpunan Agung parti tahun depan oleh Majlis Tertinggi (MT) UMNO dilihat boleh terbatal dengan suara majoriti perwakilan.
!['Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid 'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-05/41432803252_295x200.jpg)
'Najib hadapi risiko jika pemilihan UMNO 2016 ditangguh' - Sanusi Junid
Najib disifatkan berdepan risiko besar seandainya desas-desus pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 ditangguh sehingga selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.