KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dalam kes projek solar hibrid, malah sepatutnya menjadi saksi pendakwaan terhadap bekas pembantunya, Datuk Rizal Mansor.
Rosmah, 69, berkata Rizal, selaku saksi pendakwaan ke-21 (SP21), dalam keterangan bersumpah di mahkamah, secara terang-terangan mengaku meminta RM25 juta iaitu RM5 juta setahun selama lima tahun daripada Saidi Abang Samsuddin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd dan turut mengaku menerima rasuah sebanyak RM500,000 daripada Saidi.
"Rizal juga mengaku menerima wang rasuah sebanyak RM30,000 daripada Rayyan Radzwill Abdullah (SP16) untuk dibayar kepada Datuk Ahmed Farriq Zainul Abidin (SP9) dan mengaku menerima wang rasuah dalam enam ke tujuh kali daripada Saidi, sekurang-kurangnya RM50,000 setiap kali dan menerima wang rasuah daripada Saidi melalui Rayyan untuk perjalanan umrahnya bersama keluarga.
"Sedangkan saya pula, tidak pernah sama sekali meminta atau menerima sebarang wang rasuah daripada Saidi mahupun Rayyan, baik secara terus atau melalui Rizal, dan saya tidak pernah membuat atau mengaku berbuat demikian.
"Saya ingin merekodkan bahawa saya tidak mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu. Yang Arif, saya telah bersumpah dan saya berikrar bercakap benar di sini di mana saya memang tidak melakukan apa-apa jenayah seperti mana pertuduhan-pertuduhan tersebut. Ini adalah fitnah-fitnah terhadap saya," katanya.
BACA: Kes rasuah projek solar: Pembelaan akan buktikan Rosmah dijadikan kambing hitam, Rizal dalang sebenar
Isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari pertama prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.
Rosmah berkata beliau juga menafikan meminta RM187.5 juta kepada Saidi semasa disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan tidak pernah dengar atau tahu berkenaan jumlah wang itu daripada Rizal, Saidi dan Rayyan.
"Tindakan Rizal mengaitkan saya di sini adalah bertujuan untuk mencemarkan nama baik dan kredibiliti saya sebagai isteri mantan perdana menteri, melalui inter alia 'deal' yang dibuat olehnya dengan pihak pendakwaan dengan balasan pihak pendakwaan akan menarik balik pertuduhan-pertuduhan ke atasnya dan beliau bertindak menjadi 'crown witness' (saksi utama) pihak pendakwaan," kata Rosmah.
Pada 8 Jan 2020, Rizal dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada empat tuduhan meminta dan menerima suapan untuk dirinya dan Rosmah berjumlah RM6.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.
Sementara itu, Rosmah yang tenang semasa memberi keterangan dari tempat duduk saksi berkata Rizal adalah Penolong Pegawai dengan Tugas-Tugas Khas secara kontrak di Jabatan Perdana Menteri dan bukan seorang pegawai khas kepada beliau.
"Beliau (Rizal) menjalankan tugas sebagai pegawai media di Bahagian First Lady of Malaysia (F.L.O.M) Jabatan Perdana Menteri sepanjang tempoh perkhidmatannya di jabatan itu. Saya ingin tegaskan, saya tidak mempunyai pegawai khas sama sekali," katanya.
Rosmah berkata, Rizal bukanlah seorang pekerja yang cekap dan bertanggungjawab dalam menguruskan kerjanya kerana beliau tidak dapat menulis teks ucapan dengan baik.
"Rizal mempunyai masalah disiplin dalam pekerjaan, di mana beliau sering kali 'hilang' semasa bekerja. Saya memang tidak berpuas hati dengan mutu kerjanya, kerana beliau boleh saya gambarkan seperti 'pahat dengan penukul', yang bermaksud perlu sentiasa dipantau dan diperiksa untuk mengelakkannya lalai daripada menyiapkan tugasannya.
"Saya juga selalu mendengar rungutan Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod (pegawai khas F.L.O.M) dan pegawai-pegawai lain berkenaan sikap Rizal yang culas dalam pekerjaannya. Saya tidak mempunyai hubungan yang rapat dengan Rizal.
"Komunikasi antara saya dengan Rizal hanya berkenaan urusan kerja sahaja dan kebanyakannya saya akan berurusan dengan Datuk Seri Siti Azizah secara terus," katanya.
Sementara itu, Rosmah berkata suaminya, Najib pernah memberi peringatan kepadanya agar tidak berjumpa dengan mana-mana kontraktor dan tidak mencampuri urusan beliau sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Rosmah berkata beliau juga tidak mahu melayan permintaan Rizal untuk berjumpa dengan Saidi dan Rayyan kerana beliau memang tidak akan membantu mana-mana kontraktor bagi mendapatkan kontrak kerajaan dan tidak akan masuk campur hal berkenaan.
Wanita itu turut menegaskan bahawa beliau tidak pernah sama sekali menyuruh Rizal berbincang mahupun berusaha mendapatkan apa-apa 'sumbangan politik' daripada Saidi dan Rayyan atau mana-mana individu lain selama tempoh beliau mengenali Rizal.
Pada 18 Feb lepas, Mahkamah Tinggi memerintahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi melalui Rizal sebagai ganjaran kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 05 2021
![Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah Saya tidak lakukan apa-apa kesalahan jenayah, ini fitnah terhadap saya - Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41633427514_TBROSMAH.jpg)
Datin Seri Rosmah Mansor hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi memberi keterangan dalam prosiding membela diri terhadap tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bagi sekolah di pedalaman Sarawak. - Foto BERNAMA
KPM pastikan tiada pelajar cemerlang tercicir - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan isu pelajar cemerlang 10A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang belum mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian akan diselesaikan.
Heret pelaku ke muka pengadilan
Membahaskan LKAN di Parlimen tanpa mengambil sebarang timdakan susulan daripada hasil penemuan itu tidak akan memperbaiki tatakelola agensi kerajaan.
Nota diplomatik kepada PBB tegaskan kedaulatan Malaysia
Mengesahkan perkara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata nota diplomatik itu juga turut menjelaskan kedaulatan negara yang merangkumi Sabah dan Sarawak seperti termaktub dalam Perlembagaan.
AWANI Ringkas: Nota diplomatik diserah kepada PBB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol 6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720276393_TBpamplona.jpg)
6 cedera hari pertama festival larian lembu di Sepanyol
Seramai enam orang cedera pada hari pertama acara larian lembu tahun ini di Pamplona, Sepanyol, menurut pegawai perubatan pada Ahad.
![Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357336_TuankuMuhrizATM.jpg)
Tuanku Muhriz sempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 Rejimen Semboyan DiRaja
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menyempurnakan Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji 71 RSDPMB.
![Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720357777_lemassungai.jpg)
Pasangan suami isteri dan anak lelaki nyaris lemas kereta terbabas dalam sungai
Pasangan suami isteri serta anak lelaki mereka berusia tiga tahun nyaris lemas selepas kereta jenis Proton Pesona dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai di Jalan Kangar-Alor Setar.
![KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024 KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720355095_KejohananUniversit.jpg)
KPT ucap tahniah kejayaan kontinjen negara di AUG 2024
KPT merakamkan ucapan tahniah kepada kontinjen negara yang berjaya melepasi sasaran 35 pingat emas dan menduduki tempat ketiga negara terbaik pada kejohanan Sukan Universiti ASEAN (AUG) 2024.
![Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Demam denggi landa negeri selatan India Karnataka, Delhi pula catat 240 kes
Demam denggi melanda beberapa bahagian di negeri selatan India, Karnataka, dengan hampir tujuh orang disyaki meninggal dunia akibat penyakit itu dan lebih 7,000 kes direkodkan.
![Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024 Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720360503_TBSkuasy.jpg)
Skuasy: Aifa-Aira juara beregu wanita Asia 2024
Gandingan adik beradik, Aifa Azman-Aira Azman menepati ramalan apabila bergelar juara beregu wanita Kejohanan Skuasy Beregu Asia 2024.
![Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Rosmah nafi barang kemas, beg tangan, aksesori mewah dibeli hasil aktiviti haram
Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa barang kemas, beg tangan dan barangan mewah lain yang berada dalam milikannya bukan dibeli dengan wang hasil aktiviti haram.
![Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719389753_TBrosmah.jpg)
Rosmah kemuka permohonan hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil US$346 juta difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) terhadapnya.
![Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719215525_TBROSMAHMANSORj.jpg)
Rosmah mohon tangguh prosiding kes saman syarikat barang kemas Lubnan
Datin Seri Rosmah Mansor memfailkan permohonan untuk menangguhkan prosiding kes saman difailkan syarikat barang kemas Global Royalty Trading SAL terhadapnya.
![Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Kes 1MDB: Rosmah beri aku janji tidak lupuskan barangan mewah RM1.6 bilion
Datin Seri Rosmah Mansor memberikan aku janji untuk tidak melupuskan barangan kmewah yang kini berada dalam milikan atau kawalannya yang dituntut oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
![Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705309353_RosmahMansor.jpg)
Mahkamah tolak permohonan Rosmah masukkan kerajaan, polis sebagai pihak ketiga
Mahkamah Tinggi menolak permohonan Rosmah untuk memasukkan kerajaan dan polis sebagai pihak ketiga dalam kes saman syarikat barangan kemas.
![Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716888562_RosmahMansor.jpg)
Saman fitnah: Rosmah peroleh penghakiman ingkar terhadap pemilik akaun TikTok
Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh penghakiman ingkar terhadap seorang pemilik akaun TikTok dalam kes saman fitnah yang dikemukakannnya.
![Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877769_RosmahMansor.jpg)
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
![Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715615986_DeepakJaikishan.jpg)
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
![Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692877769_RosmahMansor.jpg)
Projek solar: Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23 dan 24 Okt
Dalam pengurusan hari ini, Rosmah diwakili Akberdin dan Datuk Jagjit Singh manakala Timbalan Pendakwa Raya K. Mangai hadir mewakili pihak pendakwaan.
![Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81711436750_NAJIBRAZAKMAHKAMA.jpg)
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Rosmah
Datin Seri Rosmah Mansor gagal mendapat kebenaran untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan berhubung usahanya mencabar kesahihan pelantikan mendiang Datuk Gopal Sri Ram sebagai ketua pendakwa.