KUALA LUMPUR: “Saya tak berhasrat untuk kekal lebih lama dalam jawatan ini... setiap yang bermula itu pasti akan berakhir,” kata Tan Sri Abdul Hamid Bador yang akan menyerahkan jawatan Ketua Polis Negara kepada timbalan beliau Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani pada Isnin.
Dua tahun menerajui pasukan Sang Saka Biru, dan sepanjang tempoh itu ada sesuatu yang beliau terkilan kerana tidak dapat dilaksanakan iaitu melawat Sabah dan Sarawak bagi menyelesaikan masalah-masalah pasukan di dua negeri itu.
“Tiada apa yang hendak saya sesali tapi hasrat saya adalah untuk ke sana (Sabah dan Sarawak) kerana di sana begitu banyak isu yang tidak dapat diselesaikan antaranya kes perjudian dan persempadanan negara.
"Saya tidak dapat pergi ke Sabah dan Sarawak sebab COVID-19 ini, banyak isu di Sarawak tapi saya mohon maaflah sebab sekiranya saya pergi (perlu) dengan kuarantin dan macam-macam…,” katanya.
Beliau berkata sesuatu yang drastik perlu dilakukan di Sarawak dan berharap pucuk pimpinan PDRM selepas ini dapat memberi perhatian terhadap isu integriti, penyeludupan, perjudian dalam talian dan maksiat yang dikatakan banyak berlaku di sana.
BACA: Ada gerakan dalam PDRM mahu jatuhkan saya - KPN Hamid Bador
BACA: SUARAM gesa Hamid Bador diberi lebih masa 'bersihkan' PDRM
Memegang jawatan tertinggi pasukan keselamatan negara pada 4 Mei 2019, Abdul Hamid akan menamatkan kontrak perkhidmatan beliau pada 3 Mei 2021.
Sebagai Ketua Polis Negara ke-12, Abdul Hamid dilihat melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya untuk membersihkan maruah pasukan itu dengan memerangi habis-habisan rasuah dalam pasukan polis.
Tidak kira anggota, pegawai, pegawai kanan mahupun pegawai kanan tinggi dalam pasukan pasti tidak akan terlepas daripada diambil tindakan baik secara dalaman atau dihadapkan ke muka pengadilan jika didapati terbabit dalam rasuah, salah laku dan bersekongkol dengan pesalah jenayah.
“Pedih rasa dalam hati saya apabila melihat seorang demi seorang anak buah saya dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Abdul Hamid juga dikenali sebagai Ketua Polis Negara yang lantang bersuara menegur warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mendedahkan kes-kes anggota dan pegawai yang terlibat masalah integriti, salah guna kuasa dan salah laku serta lain-lain kes jenayah lagi.
BACA: Tindakan tegas terhadap samseng ugut penguat kuasa - Abdul Hamid Bador
BACA: KPN kritik campur tangan menteri dalam PDRM
Kelantangan dalam mendedahkan pelbagai kartel dalam pasukan bagaimanapun mendapat kritikan dan kecaman daripada pelbagai pihak termasuk warga PDRM sendiri dan ahli politik yang kurang senang dengan tindakannya dan menyifatkannya sebagai membuka pekung di dada.
Antara kejayaan besar polis di bawah kepimpinan Abdul Hamid ialah mematahkan cubaan penyeludupan dan pengedaran dadah di Pulau Pinang dengan nilai rampasan terbesar RM2.4 bilion, menggempur sindiket Macau Scam dan judi dalam talian yang turut membongkar penglibatan anggota dan pegawai PDRM sendiri.
Berikutan itu, seramai 31 warga PDRM yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian itu diambil tindakan, antaranya akan dibuang kerja, penurunan pangkat atau memindahkan mereka ke jawatan tidak sensitif dan lain-lain lagi yang difikirkan adil dan setimpal oleh Suruhanjaya Pasukan Polis.
Apa pun bak kata Abdul Hamid, setiap yang bermula pasti akan berakhir dan mulai Selasa 4 Mei ini, tugas, amanah serta tanggungjawab itu akan digalas oleh Acryl Sani sebagai Ketua Polis Negara ke-13 untuk terus meningkatkan integriti dan maruah pasukan Sang Saka Biru.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 02 2021
Abdul Hamid dikenali sebagai Ketua Polis Negara yang lantang bersuara menegur warga PDRM dengan mendedahkan kes-kes anggota dan pegawai yang terlibat masalah integriti, salah guna kuasa dan salah laku serta lain-lain kes jenayah. - Gambar fail
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
Eksport beras Vietnam melebihi lapan juta tan
Eksport beras Vietnam mencecah 8.05 juta tan setakat 15 Nov, menjana pendapatan sebanyak AS$5.05 bilion.
KPWKM perkenal Skuad Waja Gen Z santuni remaja - Noraini
Skuad Waja Gen Z dapat membantu meningkatkan kesedaran terhadap pendidikan kesihatan reproduktif dan sosial terutama kepada golongan remaja dalam komuniti setempat.
Selangor perluas inisiatif kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan
Selangor pergiat usaha pemuliharaan alam sekitar dengan memperluaskan program kitar semula ke 1,200 lokasi kejiranan di negeri itu.
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
PDRM tidak berniat jahat atau cuai untuk tahan suami Indira Gandhi - Bekas KPN
Abdul Hamid berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan atau memberi petunjuk bahawa dirinya atau PDRM tidak menahan Patmanathan walaupun tahu lokasinya.
Mahmood Razak CEO baharu Puspakom
Puspakom mengumumkan pelantikan Mahmood Razak Bahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu, berkuat kuasa 1 Oktober.
PRU15: Tun Mahathir akan jumpa Hamid Bador
Menurutnya, buat masa ini beliau masih belum berjumpa secara peribadi dengan Abdul Hamid bagi membincangkan soal itu.
Hamid Bador calon terbaik bertembung dengan Tok Mat
Sifat Abdul Hamid Bador yang berani bercakap benar dan tegas melengkapi ciri-ciri kepimpinan yang diharapkan oleh rakyat.
Bekas KPN Hamid Bador akhiri zaman duda, kahwini pegawai polis - Laporan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan telah menamatkan zaman dudanya apabila menikahi seorang pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.
Kartel PDRM: Timbalan Menteri KDN minta bekas IGP lapor, berikan bukti dan nama
Pendedahan Abdul Hamid itu adalah dakwaan berat dan beliau berpendapat ada baiknya ia tidak dibuat secara umum sebaliknya dilaporkan.
Kartel PDRM: Hamid Bador hilang hak buat sebarang komen - EAIC
EAIC merumuskan perkara tersebut lantaran Abdul Hamid tidak memberi sebarang bukti yang menyokong dakwaannya.
Tiada kartel PDRM: "Ini bukan mahkamah" - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu.
Segerakan siasatan berhubung dakwaan bekas Ketua Polis Negara - Asyraf Wajdi
Pendedahan bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengenai kegiatan budaya rasuah dalam amalan lompat parti dan campur tangan yang serius dalam insitusi Polis.
Hamzah tidak hadir Majlis Serah Tugas Jawatan KPN
Majlis Serah Tugas Jawatan Ketua Polis Negara (KPN) di Mes Pegawai Kanan, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berlangsung tanpa kehadiran Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.