KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini berkata beliau tidak mengeluarkan sebarang arahan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk menyekat sesiapa di mana-mana platform.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan berita sebelum ini yang menyatakan bahawa sebuah portal berita, UtusanTV telah disekat kepada pengguna di Malaysia oleh MCMC.
Fahmi berkata beliau masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu daripada MCMC, namun akan mendapatkan butiran lanjut daripada suruhanjaya berkenaan.
"Saya percaya media seharusnya bebas. Tetapi saya tidak memberi apa-apa arahan kepada MCMC untuk menyekat sesiapa, sama ada media (konvensional) atau media sosial. Tiada arahan dikeluarkan daripada saya atau pejabat saya.
"Sebagai contoh, kadang-kadang jika laporan polis atau aduan dibuat oleh orang ramai, MCMC mempunyai kuasanya sendiri dan ia boleh melakukannya (membuat sekatan). Kadang-kadang laporan juga datang daripada polis," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Dana Iklan Digital OHSEM di sini hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan portal berita UtusanTV tidak dapat diakses sejak Isnin (7 Ogos) selepas ia disekat oleh MCMC.
Selain itu, Utusan Malaysia juga telah mengeluarkan notis menjelaskan Utusan Malaysia dan permit penerbitannya adalah milik sah syarikat Media Mulia Sdn Bhd iaitu tidak mempunyai kaitan dengan UtusanTV.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Fahmi melawat reruai pameran selepas melancarkan Dana Iklan Digital Ohsem, hari ini. -fotoBERNAMA
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Fahmi berkata ia termasuk isu Internet di kawasan terpencil, pedalaman dan pulau-pulau dalam memastikan akses Internet berkelajuan tinggi lebih meluas.
Malaysia, Korea Selatan berhasrat tambah baik MoU ICT, fokus teknologi AI
Malaysia dan Korea Selatan berhasrat untuk menambah baik inti pati Memorandum Persefahaman (MoU) melibatkan kerjasama dua hala dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).
Fahmi hadir persidangan GSMA Mobile APAC 360 di Korea Selatan
Fahmi dijadual menyampaikan ucaptama bertajuk "Building the AI-Enabled Digital Backbone" pada persidangan yang berlangsung dari 1 hingga 2 Okt.
Malaysia alu-alu kerjasama syarikat telekomunikasi dengan media tempatan, bangun aplikasi AI - Fahmi
Fahmi memberi Huawei sebagai contoh syarikat dari China yang memiliki aplikasi AI serba canggih dan boleh digunakan dalam pelbagai bidang.
Media Malaysia disaran bangun teknologi baharu guna kaedah AI
Organisasi media di Malaysia disaran membangunkan teknologi baharu bagi menambah baik kualiti kandungan, dengan mengambil kira aspek kecerdasan buatan (AI) yang semakin meluas digunakan ketika ini.
Malaysia hasrat pelajari kejayaan China dalam pelaksanaan 5G
Perkara itu antara yang dibincangkan Fahmi dalam mesyurat dua hala bersama Menteri Industri dan Teknologi Maklumat China Jin Zhuanglong.
Malaysia-China meterai MoU pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif
Malaysia dan China akan melaksanakan pertukaran serta penghasilan kandungan kreatif menerusi MoU yang termeterai hari ini.
Fahmi tiba di China untuk lawatan kerja tiga hari
Menteri Komunikasi memulakan lawatan kerja ke China, yang antara lain bertujuan untuk meningkatkan kerjasama dalam sektor penyiaran dan komunikasi digital.
MOTAC akan ulas isu daftar masuk hotel lewat, keluar awal - Fahmi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memberi maklum balas isu daftar masuk hotel dan inap desa yang semakin lewat sekitar jam empat petang seperti tular baru-baru ini.
Akaun TikTok jual dadah dalam bentuk lolipop telah disekat - Fahmi
TikTok telah mengambil tindakan terhadap satu akaun pengguna dengan menurunkan kandungan jualan dadah dalam bentuk lolipop selepas ia tular di media sosial.