KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini beliau tidak terlibat dalam proses penilaian, sokongan mahupun kelulusan dalam projek kerja operasi dan penyelenggaraan bagi sistem mekanikal dan elektrikal di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Syarikat Asli Jati Engineering Sdn Bhd dan ULink Property Sdn Bhd.
Mohd Irwan, 64, ketika membacakan penyataan saksinya berkata, beliau menandatangani dua dokumen berkaitan projek itu tetapi hanya sekadar pemakluman kepadanya mengenai proses serta tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Kontrak, Bahagian Perolehan Kerajaan (BPK) Kementerian Kewangan.
“Saya hanya mengetahui tentang projek tersebut setelah melihat Memorandum Pertimbangan Menteri Kewangan. Jawatan saya selaku Ketua Setiausaha Perbendaharaan perlu mengambil maklum mengenai projek-projek di bawah Kementerian Kewangan.
“Saya tidak menyimpan sebarang dokumen mengenai projek ini kerana ia diuruskan oleh Bahagian Kontrak yang ketika itu diterajui oleh Datuk Hashmuddin Mohamad selaku Setiausaha BPK di kementerian,” katanya.
Saksi kelima pendakwaan itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Francine Cheryl Rajendran pada hari kedua perbicaraan kes bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony yang berdepan pertuduhan menggunakan dokumen palsu.
Peter adalah Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati Engineering manakala ULink Property merupakan anak syarikat milik penuh UMS.
Mohd Irwan Serigar turut mengesahkan beliau menandatangani dua memorandum pertimbangan kepada Menteri Kewangan berkenaan permohonan kelulusan bagi projek itu.
“Saya tidak menulis sebarang catatan ke atasnya kerana tidak terlibat dalam membuat keputusan atau proses lain yang terlibat dalam projek tersebut dan saya juga tidak menghantar memorandum ini kepada Menteri Kewangan,” katanya.
Peter, 50, sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati, didakwa melakukan pemalsuan kepada surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 dengan memasukkan pernyataan palsu pada tajuk surat itu dengan niat digunakan untuk tujuan menipu di pejabat Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 13 Jun 2014 dan 21 Ogos 2014.
Beliau juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai Pengarah Urusan Syarikat Asli Jati telah menggunakan suatu dokumen palsu sebagai tulen iaitu surat pejabat Timbalan Naib Canselor UMS bertarikh 9 Jun 2014 yang mempunyai pernyataan palsu pada tajuk surat itu dan beliau mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa dokumen tersebut adalah palsu di tempat dan masa yang sama.
Pertuduhan mengikut Seksyen 468 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun dan denda serta Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 465 kanun sama yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung esok.
- Bernama
Bernama
Tue Apr 06 2021

Mohd Irwan Serigar turut mengesahkan beliau menandatangani dua memorandum pertimbangan kepada Menteri Kewangan berkenaan permohonan kelulusan bagi projek itu. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

'Saya tak terlibat proses lulus projek UMS dengan Asli Jati, ULink Property' - Irwan Serigar
Mohd Irwan Serigar turut mengesahkan beliau menandatangani dua memorandum pertimbangan kepada Menteri Kewangan berkenaan permohonan kelulusan bagi projek itu.

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan sambut baik langkah perkenal semula GST
Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim menyambut baik langkah yang dirancang oleh kerajaan untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Isu tuntutan GST: Bekas KSU Perbendaharaan buat laporan SPRM
Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah membuat laporan SPRM berhubung isu bayaran balik cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bernilai RM18 bilion yang didakwa dirompak.