"Saya tahu anak saya dalam keadaan ketakutan biarpun dia menyatakan mereka sekeluarga selamat di sana," demikian luahan Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara.
Maznah, 63, merupakan ibu kepada Iza Karmila Ramli, 33, iaitu isteri penasihat kedutaan di Kedutaan Malaysia di Pyongyang, Mohd Nor Azrin Md Zain yang masih berada di Korea Utara bersama tiga lagi anak mereka selepas tidak dibenarkan meninggalkan negara itu sejak 7 Mac lalu.
Tiga anak Iza Karmila dan Mohd Nor Azrin yang berasal dari Perlis adalah Annur Zulaikha, Aynur Zhafirah serta Ayscha Zinnirah.
Maznah, yang juga suri rumah sepenuh masa berkata kali terakhir beliau bercakap dengan anaknya adalah pada petang Selasa lepas menerusi panggilan telefon selama beberapa minit.
"Dia menyuruh saya banyak bersabar dan jangan risau kerana tiada yang serius berlaku, tetapi sebagai seorang emak saya tahu dia dalam ketakutan cuma tidak mahu saya risau," katanya ketika ditemui Bernama di kediamannya di sini hari ini.
BACA: Dua rakyat Malaysia dibenar tinggalkan Korea Utara
BACA: Kuala Lumpur teliti apa kehendak sebenar Pyongyang - PM
Semenjak anak ketiganya daripada enam beradik itu dilarang meninggalkan Korea Utara, Maznah berkata sebagai ibu, perasaan risau dan gelisah setiap masa memang tidak boleh dielakkan apatah lagi untuk tidur dengan nyenyak.
"Kita tahu macam mana negara tersebut, memang sensitif jika melibatkan negara mereka dan saya sangat susah hati memikirkan perkara itu," katanya sambil menambah sukar untuk menghubungi anaknya kerana sekatan komunikasi.
Iza Karmila merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik tetapi kini sedang bercuti kerana mengikuti suaminya bertugas sejak dua tahun lepas dan kali terakhir kembali ke tanah air adalah ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.
Beliau berkata semenjak anaknya tinggal di Korea Utara, dia tidak pernah menceritakan sebarang permasalahan kecuali kesukaran mendapatkan bekalan makanan halal.
"Cuma semenjak ditahan, pergerakan memang terbatas kerana dia sekeluarga sendiri takut untuk keluar dari kawasan kedutaan termasuk menghantar anak ke sekolah," katanya.
Bercerita lebih lanjut, Maznah berkata dia mengetahui anaknya bersama keluarga serta rakyat Malaysia lain tidak dibenarkan meninggalkan Pyongyang melalui seorang daripada ahli keluarga dan berasa sangat terkejut.
Sebagai ibu, beliau hanya mampu melakukan solat hajat memanjatkan doa supaya segala kemelut dapat diselesaikan secepat mungkin dan semua rakyat Malaysia di sana selamat pulang ke tanah air.
"Malah, hari ini anggota keluarga mengadakan majlis tahlil serta doa selamat untuk mendoakan keselamatan keluarga anak saya di sana," katanya.
Sebelas rakyat Malaysia termasuk tiga pegawai kedutaan dihalang daripada meninggalkan Korea Utara sebagai tindak balas sejurus Malaysia mengusir keluar dutanya, Kang Chol selepas diisytiharkan sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan.
Namun dua rakyat Malaysia yang sedang mengikuti Program Makanan Sedunia (WFP) di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) telah dibenarkan keluar dari Pyongyang dan kini telah selamat tiba di Beijing.
Kang Chol diusir selepas kerajaan Malaysia mengisytiharnya sebagai Persona Non Grata atau orang yang tidak dialu-alukan setelah gagal menghadirkan diri ke Wisma Putra, pada 6 petang 4 Feb lalu.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata semua rakyat Malaysia termasuk pegawai kedutaan dan keluarga di Pyongyang selamat selain bebas menjalani kehidupan harian seperti biasa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 09 2017
![Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan - Ibu Iza Saya tahu anak saya di Pyongyang dalam ketakutan - Ibu Iza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-03/61489055097_MohdNorAzrin.jpg)
"Saya tahu anak saya dalam keadaan ketakutan biarpun dia menyatakan mereka sekeluarga selamat di sana," demikian luahan Maznah Adnan, ibu kepada seorang daripada rakyat Malaysia di Korea Utara. - fotoBERNAMA
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang
Menurut, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Malaya, Dr. Safiah Omar hutang boleh menjadi alat untuk memperoleh dana yang diperlukan tetapi pergantungan yang berlebihan boleh membawa kepada masalah kewangan jangka panjang, termasuk beban hutang yang tinggi serta mendorong kepada ketidakstabilan ekonomi
![Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704603925_TBMAYBANK.jpg)
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
![Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721188868_HBREAKHUTANG.jpg)
Teroka peluang baharu ekonomi, kurangkan kebergantungan hutang - Pakar
Negara-negara yang mempunyai hutang yang tinggi sering menghadapi kesukaran untuk membayar semula hutang.
Prabayar Siswa: KPT sambut baik pengumuman pakej rahmah
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menyambut baik pengumuman Kementerian Komunikasi yang menawarkan Pakej Rahmah Prabayar Siswa pada harga tidak melebihi RM30 dengan permulaan data minimum sebanyak 30GB untuk tempoh sah laku selama 180 hari.
![George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712139037_Beca.jpg)
George Town dikenali semua, tiada keperluan tukar nama - Wong
George Town telah dikenali seluruh rakyat Malaysia dan dunia sekian lama, justeru tiada keperluan untuk menukar nama ibu negeri Pulau Pinang itu.
Generatif AI berpotensi besar dalam sektor kewangan negara - Pakar
Generatif AI meningkatkan kecekapan dan keselamatan sektor kewangan Malaysia melalui analisis data yang cepat dan pengesanan penipuan. Namun, menurut pakar, pelaburan dalam teknologi dan keselamatan siber adalah kunci untuk kejayaan ini.
Aerotrain KLIA beroperasi semula awal tahun depan
Kementerian Pengangkutan berkata, langkah itu selaras dengan pelan penggantian Aerotrain di Terminal 1, KLIA yang dijadual siap sepenuhnya pada 31 Januari 2025.
Pemberian insentif, anak pokok Musang King perkukuh penanaman durian
Pemberian insentif kepada petani bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran buah-buahan tempatan bagi tujuan eksport dan mengurangkan kebergantungan import buah-buahan.
KKM ingatkan APHM tumpu kepada pay for outcome
Pemilik dan pemain industri kesihatan swasta khususnya Persatuan Hospital Swasta (APHM) mengambil kira menyediakan perkhidmatan untuk menampakkan hasil dan bukan menyediakan perkhidmatan tertumpu kepada kemudahan semata.
Penubuhan National Health Fund bertujuan kumpul sumber pembiayaan dirancang -KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan penubuhan dana kesihatan negara dengan izin National Health Fund yang diuruskan secara telus, efisien dan berintegriti sedang dipertimbangkan untuk mengumpul pelbagai sumber pembiayaan yang dirancang.
![Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41719784371_pinpotrait.jpg)
Pegawai Korea Utara pakai pin potret Kim Jong Un buat pertama kali
Pin itu disematkan pada sut semua pegawai Korea Utara yang menghadiri mesyuarat pleno Jawatankuasa Pusat ke-8 Parti Pekerja Korea pada Jumaat.
![Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719295987_tbNorthKorea.jpg)
Pemimpin Korea Utara lawat Rusia 'apabila semua syarat dipenuhi' - Moscow
Lawatan Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un ke Rusia akan berlangsung apabila "semua syarat yang diperlukan dipenuhi".
!['Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin 'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706333140_KimJongUn.jpg)
'Korea Selatan, jangan bekalkan senjata kepada Ukraine' - Putin
Kata Putin, Moscow akan bertindak balas terhadap perkara itu dengan cara yang lebih besar terhadap Seoul.
![Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718865599_tbNorthKorea.jpg)
Putin datang bawa kereta mewah, Kim Jong Un senyum dapat hadiah
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyampaikan hadiah limosin Aurus, kepada rakan sejawatan di Korea Utara, Kim Jong Un, dalam lawatannya ke Pyongyang pada Rabu.
![Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717986918_tbloudspeakers.jpg)
Adik perempuan Kim Jong-un beri amaran kepada Korea Selatan
Kim Yo Jong beri amaran tindak balas baharu sekiranya Korea Selatan terus melakukan penghantaran risalah propaganda mengecam pemerintahan Kim Jong-un.
![Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan 2018 dengan Korea Utara berikutan insiden belon Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan 2018 dengan Korea Utara berikutan insiden belon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717430151_TBNKBALLOON.jpg)
Korea Selatan gantung pakatan ketenteraan 2018 dengan Korea Utara berikutan insiden belon
Keputusan ini dibuat berikutan insiden terkini Korea Utara yang melancarkan belon berisi sampah ke Korea Selatan.
![Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716258015_NorthKorea.jpg)
Helikopter terhempas: Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Kematian Raisi disifatkan sebagai 'kehilangan besar' kepada Iran.
![Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716013455_NorthKorea.jpg)
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
![Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712795354_KimJongUn.jpg)
Kini adalah masa untuk Korea Utara siap hadapi perang - Kim Jong-un
Keadaan geopolitik tidak stabil beri petanda untuk Korea Utara lebih bersedia menghadapi peperangan berbanding sebelum ini, kata Kim Jong-un.
![FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-03/61522380101_FIFALogo.jpg)
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.