Pendakwah yang juga pemilik Maahad Tahfiz Darul Barakah, Datuk Kazim Elias, akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi membantu siasatan berhubung isu pencabulan seksual yang didakwa berlaku melibatkan pelajarnya.
Tegasnya, beliau sedia menyerahkan kepada pihak berkuasa sesiapa sahaja yang terlibat, termasuk darah dagingnya sendiri, jika benar kejadian seperti dakwaan ibubapa pelajar itu.
"Kami berikrar untuk tidak berkompromi dalam apa jua, sekiranya benar insiden berkenaan berlaku.
"Kami akan menyerahkan siapa jua, sekiranya berlaku, pihak yang terlibat kepada pihak berkuasa, mengikut lunas negara, walaupun beliau adalah darah daging saya sendiri.
"Tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dan seorang warganegara Malaysia yang baik," katanya yang lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Kazim, pada satu sidang media di sekolah tahfiz tersebut hari ini.
Bagaimanapun, beliau sekali lagi menafikan wujud kejadian liwat seperti didakwa itu di maahad tahfiz tersebut dan melibatkan seorang bekas pelajarnya.
"Saya juga ingin menegaskan bahawa kejadian liwat tersebut tidak berlaku sama sekali sepertimana yang didakwa pada peringkat awalnya.
"Dan saya menegaskan bahawa, bila siasatan dalaman kita buat, tidak berlaku kes liwat. Aduan yang datang kepada saya adalah, aduan kononnya anaknya diliwat. Dan bila kita buat siasatan, tidak berlaku seperti didakwa," jelasnya.
Pada masa sama, Ustaz Kazim menegaskan, beliau tidak pernah melakukan ugutan terhadap bapa mangsa dengan mengatakan bahawa beliau dilindungi individu dikenali.
"Saya tidak pernah mengeluarkan apa-apa perkataan yang didakwa konon ada ugutan daripada saya kepada bapa mangsa. Ini merupakan satu fitnah.
"Dan saya tidak pernah katakan bahawa jangan main-main dengan saya, ada orang besar di belakang saya. Ini adalah fitnah yang sangat besar yang dilontarkan kepada saya," kata beliau lagi.
BACA: Pencabulan seksual luar tabii tidak berlaku di maahad tahfiz - Ustaz Kazim
Selain itu, beliau menjelaskan, bekas pelajar yang membuat aduan berkenaan tidak pernah dibuang sekolah, sebaliknya berhenti dari maahad tahfiz berkenaan atas pilihan ibu bapanya.
"Pelajar tersebut yang kononnya diganggu, diseksa dan sebagainya, tidak pernah dibuang daripada sekolah.
"Sebaliknya, beliau berhenti daripada sekolah kami atas pilihan ibu bapanya sendiri, dan tidak langsung dia sebut dia dicabul dan sebagainya," kata Ustaz Kazim.
Malah, tegasnya, beliau dan pihak sekolah mempunyai bukti yang kukuh bagi menyangkal tuduhan jenayah.
"Jika ada yang mengatakan bahawa anaknya dibuang selepas dicabul, ini adalah fitnah. Dan beliau berhenti atas kehendak ibu bapanya sendiri. Kami mempunyai dokumen-dokumen yang berpaksikan kepada saksi," ujarnya.
Baru-baru ini, tersebar di laman sosial mengenai beberapa orang pelajar baharu di maahad tahfiz berkenaan yang dikatakan dicabul selain didakwa berlaku kejadian seks luar tabii.
Susulan itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Seri Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan berhubung dakwaan pencabulan seksual di sekolah itu.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak Datuk Mohd Yusop Husin pula berkata, pihaknya telah membuat lawatan ke maahad berkenaan dan pegawainya turut menemuramah beberapa pelajar.
BACA: Insiden cabul: Maahad tahfiz dalam seliaan negeri, kementerian tidak campur tangan - Mahdzir
BACA: Syed Azmi dedah dakwaan cabul pelajar tahfiz: 'Cium Abi sebelum tidur'
BACA: Cabul: Saya tiada agenda, hanya mahu lindungi kanak-kanak - Syed Azmi
Astro Awani
Fri Aug 26 2016
![Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71472208912_KazimElias.jpg)
USTAZ KAZIM: Kami berikrar untuk tidak berkompromi dalam apa jua, sekiranya benar insiden berkenaan berlaku. - Astro AWANI
![Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721272234_bekaspengurusbesar.jpg)
Bekas Pengurus Besar PPK mengaku tidak bersalah rasuah
Tertuduh didakwa atas tuduhan menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan bagi diri sendiri, empat tahun lalu.
Platform media sosial culas buat pengesahan umur pemilik akaun - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil minta bantuan semua Ahli Parlimen yang bertemu dengan kanak-kanak bawah 13 tahun untuk memastikan mereka tidak membuka akaun media sosial.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
![Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Buli siber: TikTok tambah moderator, kawal kandungan dan 'live' pelbagai bahasa
Kebanyakan sesi siaran langsung di TikTok didapati dibuat pada waktu tengah malam atau awal pagi yang memerlukan perubahan dalam mod pemantauan.
Jangan anggap komen dalam sesi 'live' hilang - Fahmi
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata MCMC dan PDRM dapat kerjasama platform sosial media bagi kenal pasti komen dalam sesi live.
#SisiTVParlimen
#SisiTVParlimen
!['Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini 'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721271693_keluargaNurFarah.jpg)
'Doakan urusan kami dipermudahkan' - Keluarga Nur Farah Kartini
Keluarga Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah berharap urusan tuntutan jenazah berjalan lancar dan disegerakan.
![Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721270150_tbCavanSullivan.jpg)
Remaja berusia 14 tahun menjadi pemain termuda dalam sejarah MLS
Cavan Sullivan menjadi pemain termuda dalam sejarah untuk menyertai Liga Bolasepak Utama (MLS) pada usia 14 tahun.
![Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703646010_duitringgit.jpg)
Ringgit terus melonjak berikutan potensi penurunan kadar faedah di AS
Ringgit terus melonjak dan mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh enam bulan pada sesi pembukaan hari ini.
![Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721268369_tbminyakmasaksubsi.jpg)
Jual minyak masak subsidi lebih mahal, peniaga berdepan tindakan undang-undang
Peniaga tersebut didapati menjual minyak masak paket itu pada harga RM3 sekilogram, berbanding RM2.50 yang ditetapkan.
![Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/61597409479_Obese.jpg)
Prevalen bantut, obesiti kanak-kanak dan dewasa meningkat - KKM
Pevalen obesiti dalam kalangan kanak-kanak bawah lima tahun juga telah meningkat daripada empat peratus pada 2015, 5.6 peratus pada 2019 dan 6.0 peratus pada 2022.
Menilai prestasi 1H, mengejar kejayaan 2H
Separuh pertama 2024 menyaksikan peningkatan dalam sektor teknologi dan eksport, serta usaha pengurangan hutang negara. Cabaran menanti di separuh kedua, termasuk pemulihan ekonomi pasca-pandemik, kestabilan politik, pengurusan inflasi, dan pembangunan infrastruktur. Dengan strategi yang tepat, Malaysia berpotensi mencapai kejayaan lebih besar. Perbincangan bersama Pakar Ekonomi, Prof. Emeritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.
![Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71472208912_KazimElias.jpg)
Saya sanggup serah sesiapa sahaja, termasuk darah daging sendiri - Ustaz Kazim
Tegasnya, beliau sedia menyerahkan kepada pihak berkuasa sesiapa sahaja yang terlibat, termasuk darah dagingnya sendiri, jika benar kejadian seperti dakwaan ibubapa pelajar itu.