KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil hari ini mendedahkan terdapat bukti bahawa penyedia platform media sosial TikTok secara sistematik telah menurunkan kandungan berkaitan konflik Palestin-Israel dari Malaysia.
Beliau berkata perkara itu terbukti apabila ramai pengguna platform berkenaan telah mengadu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bahawa kandungan dan siaran langsung yang dimuat naik mereka telah diturunkan atau disekat, termasuk mengenai ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Himpunan Malaysia Bersama Palestin, Selasa lepas.
"Saya bagi contoh, satu kandungan itu ucapan Perdana Menteri berserta dengan beberapa gambar dari Gaza.. berdasarkan maklum balas dari pihak TikTok mereka mengatakan ada gambar keganasan...Tetapi bila saya teliti balik kandungan itu, ia adalah seorang ayah yang mengangkat mayat anaknya yang diselimut.
"Tidak ada gambar darah, tidak ada yang orang kata macam yang menggerunkan. Bagi saya, ini tak masuk akal...Saya sangat-sangat marah dengan pihak TikTok dan kita telah memberi satu mesej yang kalau bagi saya mereka tak faham ini, kita kena fahamkan mereka," katanya.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Tabung Kemanusian Palestin Bagi Penjawat Awam, Peringkat Kementerian Komunikasi dan Digital di Angkasapuri Kota Media, di sini hari ini.
Tabung itu digerakkan selaras seruan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali agar setiap kementerian mengadakan kutipan sumbangan sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata beliau mengarahkan MCMC untuk membuat satu teguran keras kepada TikTok dan mengaturkan pertemuan mengenai isu tersebut.
Teguran itu katanya turut disampaikan kepada Meta.
"Kita tidak mahu hak bersuara kita terutama dalam isu Palestin ini dikekang oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab atas sebab-sebab tertentu," katanya.
Fahmi berkata satu pertemuan bersama TikTok untuk menyampaikan pendirian kerajaan mengenai perkara tersebut telah diadakan semalam dan ia akan disusuli dengan satu lagi pertemuan yang diadakan minggu hadapan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023
Fahmi berkata beliau mengarahkan MCMC untuk membuat satu teguran keras kepada TikTok dan mengaturkan pertemuan mengenai isu tersebut. - Gambar fail
Trump kutip tarif melalui perkhidmatan hasil luar
Trump berkata bahawa beliau akan mewujudkan Perkhidmatan Hasil Luar untuk mengutip tarif dan hasil lain dari negara asing.
AWANI Ringkas: Pihak berkuasa tangkap Presiden Korea Selatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PBB sediakan laluan bantuan Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sedang merancang untuk memperluaskan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza jika gencatan senjata dilaksanakan.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Bagaimanapun, akses sempadan dan keselamatan kekal sebagai halangan utama.
Anwar tiba di London, mulakan lawatan kerja lima hari
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di London, United Kingdom (UK) bagi memulakan lawatan kerja rasmi pertama beliau ke negara ini sejak menjawat jawatan sebagai Perdana Menteri, bermula 15 hingga 19 Januari.
Kelantan Darul Naim hilang khidmat tonggak utama Palestin
Pemain import Kelantan Darul Naim (KDN), Oday Kharoub, sah meninggalkan pasukan itu.
Aeroangkasa: Satelit penderiaan jauh Malaysia, UzmaSAT-1 dilancar
Satelit penderiaan jauh UzmaSAT-1, keluaran syarikat tempatan Uzma Berhad dilancarkan ke orbit rendah bumi awal pagi tadi menerusi roket Falcon 9 Transporter 12 milik syarikat SpaceX.
Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Bersama Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, Penganalisis Politik UUM bagi memahami impaknya kepada pentadbiran politik di Korea Selatan, susulan Penahanan Presiden Yoon Suk Yeol atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat.
WhatsApp mudahkan anda beri emoji reaksi dengan hanya ketik dua kali pada mesej
Pengguna hanya perlu mengetik dua kali pada sesuatu mesej, dan tetingkap untuk emoji akan hadir sebelum anda memilih.
PM Anwar bertemu rakan sejawatan di London
Perdana Menteri Anwar memulakan lawatan kerja lima harinya ke United Kingdom dengan bertemu rakan sejawatan Keir Starmer pada Rabu.
[TERKINI] Presiden Korea Selatan ditahan, didakwa salah guna kuasa
Pihak berkuasa Korea Selatan telah menahan Presiden Yoon Suk Yeol hari ini atas tuduhan hasutan yang berkaitan dengan pengisytiharan perintah darurat pada 3 Disember lalu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
Lapor media antarabangsa, kenderaan rasmi Yoon meninggalkan kediaman berbukit yang telah menjadi tempat perlindungannya selama beberapa minggu.
Bekas CEO Google muncul dengan Hooglee, fokus komunikasi menggunakan AI
Syarikat baharu ini dilihat akan memfokuskan kepada komunikasi yang dipermudahkan melalui penggunaan video dan kecerdasan buatan.
"Petaling Street" sekali lagi digempur, 34 pendatang tanpa izin ditahan
Jalan Petaling di sini, yang menjadi antara lokasi panas penjualan barangan tiruan melibatkan warga asing, sekali lagi digempur oleh JIM Kuala Lumpur menerusi operasi KL Strike Force", petang tadi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Peguam 'kotak pensel' positif Influenza B, dibenar keluar hospital hari ini
Peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar disahkan positif Influenza B selepas mengadu demam dan dikejarkan ke hospital pada Jumaat lalu.
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Empat penyedia perkhidmatan pesanan Internet, media sosial mohon lesen operasi di Malaysia
Tencent (WeChat) diberi Lesen ASP (C), menjadikannya penyedia perkhidmatan pertama dilesenkan di bawah keperluan pelesenan.
TikTok didenda AS$10 juta di Venezuela kerana gagal halang trend membawa maut
TikTok Didenda $10 Juta Di Venezuela Kerana Gagal Halang Trend Membawa Maut
Trump minta Mahkamah Agung tangguhkan tarikh akhir larangan TikTok
Trump, yang lantang mengkritik TikTok semasa penggal pertamanya, menyuarakan kebimbangan terhadap isu keselamatan negara.
Mahkamah Moscow denda TikTok US$28,600 gagal turunkan kandungan terlarang
Tik Tok Pte Ltd didapati bersalah atas kesalahan pentadbiran di bawah Bahagian 2 Artikel 13.41 Kod Kesalahan Pentadbiran Rusia.
Keindahan 'rumah tular' tarik pengunjung pelbagai kaum
Kebiasaannya orang ramai hanya berpeluang untuk melihat dekorasi sempena perayaan Krismas di pusat membeli-belah.