KOTA BHARU: “Saya perlukan tujuh orang peguam untuk mewakili saya”.
Itu kata suspek kes tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, Selangor selepas dikenakan perintah tahanan reman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.
Perintah reman terhadap suspek berusia 38 tahun terbabit dibuat di hadapan Majistret, Rais Imran Hamid.
Suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Tempoh remannya berkuat kuasa mulai 16 hingga 22 April ini.
Turut dikenakan perintah reman bagi membantu siasatan Peraturan 25(1)(o) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara (PPPN) 1990 (memiliki kad pengenalan individu lain) dan Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (menggunakan nombor plat kenderaan palsu).
Sebelum itu, suspek yang berbaju lokap berwarna ungu dibawa dengan menggunakan kenderaan black maria dan tiba di pekarangan mahkamah pada jam 8.25 pagi.
Suspek dikawal ketat sepasukan polis dari Cawangan D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Dia kemudian sekali lagi diiringi pihak polis keluar meninggalkan pekarangan mahkamah terbabit pada jam 9.45 pagi selepas selesai proses mengambil reman.
Sebelum itu, lelaki terbabit ditahan pada jam 3 petang di Jalan Bayam, di sini, di hadapan sebuah hospital swasta kira-kira 300 meter dari IPK Kelantan pada Isnin.
Difahamkan, berlaku pergelutan dalam proses penahanan itu dan sepucuk pistol jenis Glock 19 Austria berisi sebutir peluru hidup turut ditemukan.
Dalam kejadian 1.30 pagi, Ahad itu, seorang pengawal peribadi kepada isteri suspek, cedera parah apabila tembakan dilepaskan mengenai perut mangsa.
Isteri suspek yang menjadi sasaran sebenar bagaimanapun terselamat dalam kejadian itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Apr 16 2024
![Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA Saya perlukan tujuh peguam mewakili saya - Suspek kes tembak di KLIA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713245076_SUSPEKjpg.jpg)
Suspek kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 1 dibawa ke Mahkamah Majistret 3 Kota Bharu hari ini bagi prosiding permohonan reman. -- fotoBERNAMA
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665739806_TBROSMAHCOURT.jpg)
Bekas kontraktor dipenjara lima tahun, miliki item berkaitan Daish
Seorang bekas kontraktor dihukum penjara lima tahun kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Daish dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Penggunaan data EO dorong tambahan US$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Peningkatan penggunaan data Pemerhatian Bumi (EO) di serata Asia Tenggara dijangka menyumbang penambahan US$100 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) rantau ini secara kumulatif bagi tempoh 2023 hingga 2030, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Menteri Luar ASEAN tegaskan sokongan terhadap hak Palestin
Menteri-menteri Luar ASEAN menegaskan sokongan berterusan terhadap hak rakyat Palestin yang tidak boleh dinafikan, termasuk hak menentukan nasib sendiri serta tanah air mereka.
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
![Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739255332_memukulanak.jpg)
Video tular: Disyaki pukul anak, pekerja kantin direman bantu siasatan
Perintah reman bermula hari ini terhadap wanita berumur 37 tahun itu dibenarkan Majistret Mahkamah Kangar Ana Rozana Mohd Nor.
![Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739251028_HandcuffGari.jpg)
Kemuka dokumen palsu, pengarah syarikat direman
Perintah reman sehingga Sabtu dikeluarkan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman selepas permohonan dibuat Mahkamah Majistret Ayer Keroh.
![Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738531198_TBbuangbayi.jpg)
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
![Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51732005348_RazaruddinHusain.jpg)
Op Ragada: Reman dilanjut, siasatan tertumpu kepada transkasi mencurigakan - KPN
Siasatan membabitkan penahanan empat individu termasuk CEO sebuah syarikat penyiaran di Sarawak berhubung pengubahan wang haram tertumpu kepada pengesanan aliran transkasi yang mencurigakan.
![Reman suspek kes bunuh remaja perempuan disambung hingga Jumaat depan Reman suspek kes bunuh remaja perempuan disambung hingga Jumaat depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735894225_PolisLogo.jpg)
Reman suspek kes bunuh remaja perempuan disambung hingga Jumaat depan
Reman ke atas tiga suspek termasuk teman lelaki kepada mangsa bunuh remaja perempuan Yap Xin Yuan disambung sehingga Jumaat depan.
![Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735255752_wanitamembakarmo.jpg)
Tular bakar motosikal, seorang wanita ditahan
Penahanan wanita berumur 40-an itu dibuat ekoran laporan polis yang dibuat seorang lelaki kira-kira jam 4.27 petang semalam.
![Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734594941_PolisLogo.jpg)
Lagi kes penuntut IPTA dipukul beramai-ramai, tiga suspek direman tiga hari
Ketiga-tiga suspek yang berumur antara 18 hingga 20 tahun adalah warganegara Malaysia.
![Koperal direman kes minta rasuah RM80,000 Koperal direman kes minta rasuah RM80,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734577751_koperalpolisreman.jpg)
Koperal direman kes minta rasuah RM80,000
Suspek disyaki meminta wang rasuah kononnya bagi membantu membebaskan suaminya yang ditahan di bawah SOSMA 2012.
![Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734212999_rampasdadahpolis.jpg)
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
![Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733195294_TBZahnita.jpg)
Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.