KUALA LUMPUR: Kalau sebelum ini pakaian bercorak yang dipakai oleh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setiap kali muncul di sidang media mencuri tumpuan warganet.

Namun, kali ini bukan pakaian yang menjadi buah mulut, sebalik kemas kini yang dimuat naik Menteri Kanan Pertahanan itu di laman sosialnya.

Menerusi hantaran tersebut, Ismail Sabri hanya menulis "saya dah tutup pintu depan tapi...", selain ia
disertakan dengan emoji sedih di akhir catatan berkenaan.


Kemas kini status Ahli Parlimen Bera itu turut diiringi sekeping gambar yang memaparkan beliau sedang menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Meskipun tidak dimaklumkan dengan jelas maksud di sebalik kemas kini tersebut, namun ia mencetuskan perbualan dan perdebatan hangat di media sosial.


Semakan Astro AWANI juga mendapati rata-rata warganet menyifatkan catatan tersebut membawa makna tersirat yang cukup besar.

Ketika ini, kerajaan memutuskan melaksanakan sekatan penuh terhadap sektor ekonomi dan sosial berkuat kuasa semalam (1 Jun) .