KUALA LUMPUR: Pendakwah yang dikenali dengan kerja kemasyarakatan dan kebajikan, Ustaz Ebit Lew, meluahkan rasa kesal apabila masih ada berprasangka buruk biarpun dia cuba membawa dan menyebarkan kasih sayang sesama manusia.
Ia dipercayai susulan kontroversi membabitkannya dengan seorang penyanyi rap, yang diperkatakan sejak beberapa hari kebelakangan ini.
Dalam satu video yang tular di media sosial, Ebit berkata beliau tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain.
"Apa yang saya buat adalah demi Allah SWT semata-mata. Kalau orang ugut saya pun, saya tak takut. Setakat kata-kata (tak berasas), saya tak kisah tetapi apabila ramai orang lain terlibat sama (dalam situasi itu), saya jadi sedih.
"Walaupun saya cuba nak bawa kasih sayang, pun ada orang nak lawan, nak benci. Saya tak faham.
"Dahulu saya tak kenal Tuhan, saya jahat. Saya bergaul dengan kawan-kawan yang jahat juga, tetapi tak pula jumpa benda-benda begini.
"Tetapi apabila saya cuba jadi baik dan cuba berdakwah, ujian pula datang tidak berhenti," katanya yang dilihat menitiskan air mata dalam video berkenaan.
BACA: Ebit Lew lama menyepi kerana lalui proses saringan di sempadan
BACA: Ebit Lew selamat pulang selepas misi di Gaza
Kontroversi yang memalitkan nama Ebit itu timbul selepas penyanyi rap itu mendakwa ada banyak 'rahsia' di sebalik misi kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini, selain memberi bayangan seolah-olah Ebit adalah punca dia masih tidak dibenarkan memasuki Gaza sehingga hari ini.
Dia juga mendakwa tindakan Ebit memuat naik gambar kanak-kanak Gaza hanyalah untuk tujuan 'content' di media sosial.
Dakwaan itu bagaimanapun telah disangkal pembantu peribadi Ebit, Arief Farhan menerusi hantaran di Instagram.
“Salahkah jika UEL (Ustaz Ebit Lew) beri mainan kepada anak-anak di Palestin? UEL ke sana atas dasar misi bantuan dan sumbangan.
“Hubungan UEL dan Menteri Luar Gaza juga baik-baik sahaja. Terbaharu, Menteri Luar Palestin beri surat ucapan takziah ketika pemergian ayahanda UEL," kata Arief.
Malah Arief memaklumkan pihak mereka juga menempuh jalan sukar untuk memasuki Gaza, dan terpaksa tinggal di Mesir lebih sebulan sebelum mendapat kebenaran.
BACA: Ebit Lew terharu dianugerah Duta Muhibbah Palestin
Madiha Abdullah
Sun Jul 18 2021
Ebit tidak kisah dengan kejian atau tuduhan tidak berasas mana-mana pihak, namun sedih apabila ia turut membabitkan ramai pihak lain. - Instagram
Suspek bunuh Nur Farah Kartini dibawa ke lokasi kejadian
Suspek kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dibawa ke lokasi kejadian di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam, Selangor.
Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat, bagi memperketatkan undang-undang berkaitan buli siber.
Denda terhadap syarikat ADSSB lewat bekal Black Hawk
Adly berkata, pihak ADSSB juga turut telah memohon tuntutan lanjutan masa kedua kepada pihak kementerian.
Faisal Halim berduka pemergian Kim Pan-gon
Pemain kebangsaan, Faisal Halim, meluahkan rasa kekecewaan menerusi laman Instagramnya ekoran pengumuman mengejut Kim Pan-gon meletakkan jawatan sebagai Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan serta-merta.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
Sebelum ini, jurulatih berusia 55 tahun itu meluangkan masa melawat tonggak Selangor itu ketika dimasukkan ke hospital akibat terkena simbahan asid di sebuah pusat beli belah di Lembah Klang.
Bapa bunuh anak tiri, Mahkamah Persekutuan kekal hukuman mati
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang bapa yang membunuh anak tiri lelakinya yang berusia enam tahun, 13 tahun lepas.
[TERKINI] MCMC rakam percakapan dua suspek
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyiasat dua suspek berhubung komen jelik dan bersifat provokatif menerusi siaran ulangan sesi parlimen di platform TikTok pada 9 Julai lalu.
Sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam.
Sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua suspek dijalankan semalam setelah aduan diterima daripada orang awam.
Kim Pan Gon letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon telah mengumumkan perletakan jawatannya atas sebab-sebab peribadi yang beliau enggan dedahkan.
Dalam sidang media khas di Wisma FAM pada Selasa, Kim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
Dalam sidang media khas di Wisma FAM pada Selasa, Kim berkata, beliau telah mengadakan pertemuan beberapa kali dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, sebelum kedua-dua mereka mencapai persetujuan berhubung keputusannya itu.
Malaysia akan terajui pembangunan pusat data bagi suku ketiga 2024 - Juwai IQI
Prestasi ekonomi Malaysia yang teguh membantu melonjakkan permintaan dalam industri pusat data.
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
Tidak pernah goda atau punya hubungan dengan Ebit Lew - Saksi
Saksi kesembilan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu mahkamah dia tidak pernah menggoda atau mempunyai sebarang hubungan dengan pendakwah tersebut.
Buat laporan polis untuk hentikan perbuatan Ebit Lew - Saksi
Saksi memberitahu bahawa dia membuat laporan polis untuk menghentikan perbuatan pendakwah itu supaya tidak ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Pengadu terima panggilan pertama Ebit Lew jam 3.40 pagi - Saksi
Seorang wanita hari ini memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia menerima panggilan telefon pertama daripada Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada jam 3.40 pagi, 4 Mac 2021.
Semua cawangan Elews Mart ditutup bermula 15 Januari lepas?
Tinjauan di laman sesawang rasmi Elews Mart mendapati tiada notis dikongsikan di dalamnya.
Perbicaraan Ebit Lew disambung Mei depan
Perbicaraan pendakwah terkenal Ebit Lew, akan bersambung pada Mei depan dengan memanggil semula pengadu sebagai saksi kesembilan untuk memberi keterangan di Mahkamah Majistret Tenom.
'Berdosa sangat pada suami, di belakang saya layan ustaz Ebit Lew' - Saksi kesembilan
Pengadu dalam pada itu turut membaca salah satu gambar tangkap layar yang memaklumkan bahawa dia sempat membuat tangkap layar termasuk wajah pendakwah tersebut.
Saksi tolak panggilan video daripada Ebit Lew
Saksi itu berkata ada ketika Lew membuat panggilan video kepadanya tetapi beliau tidak mahu memperlihatkan wajahnya kerana berada dalam keadaan tidak bertudung.
Ebit Lew kerap hubungi, hantar gambar, tunjuk kemaluan - Pengadu
Pengadu kes Ebit Lew memberitahu mahkamah dia kerap menghubunginya melalui panggilan telefon dan video selain menghantar gambar serta menunjukkan kemaluan.
Kes Ebit Lew: Sedia penghadang untuk pengadu beri keterangan
Pengadu wanita merupakan saksi pendakwaan yang kesembilan bagi memberi keterangan di mahkamah.