SETIAP ibu yang menerima perkhabaran duka mengenai anak mereka, pasti akan tergamam serta hilang kata-kata.
Begitu juga yang sedang dilalui pelakon tersohor tanah air, Fauziah Nawi yang kini diuji dengan musibah yang melanda anaknya, Pitt Hanif.
Tiada kata-kata yang dapat menterjemahkan betapa hibanya Fauziah apabila dimaklumkan mengenai kehilangan Pitt pada tengah hari Sabtu.
Sekalipun, belum mengetahui kedudukan sebenar Pitt yang dilaporkan hilang di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang semasa memancing, Fauziah menyerahkan nasib anaknya pada ketentuan Allah.
"Saya hanya mampu berdoa. Itu sahaja keupayaan yang saya ada sekarang," luah Fauziah dalam perbualan dengan Astro AWANI sebentar tadi.
Getar suara pelakon filem Sayang Salmah itu sudah cukup menterjemahkan betapa emosinya sedang berat menanggung kerisauan.
Masakan tidak, Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif adalah anak kandungnya yang masih belum ditemui selepas dilaporkan hilang sekitar pukul 1 tengah hari.
BACA: Anak Fauziah Nawi dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis
Kepada semua pihak, Fauziah merendah diri memohon untuk mendoakan kesejahteraan Pitt yang juga seorang pengarah drama dan filem.
"Saya buntu, pelbagai perasaan sedang dirasakan. Hanya pada Allah saya mohon segala kebaikan," kata Fauziah lagi.
Pada masa ini, Fauziah berada di Kuala Lumpur bersabar menanti hasil pencarian Pitt yang sedang digiatkan oleh pasukan keselamatan.
"Kaki saya tidak kuat, tidak mampu ke sana (lokasi pencarian). Menantu saya (isteri Pitt) sudah ke sana untuk bersama-sama pasukan keselamatan.
"Sekalipun saya di sini (Kuala Lumpur), namun doa saya buat Pitt tidak pernah putus. Ya Allah mohon permudahkan segala urusan pencarian," ujar Fauziah lagi.
Berita sedih yang melanda Pitt, 43, menjadi tular di media sosial.
Rakan-rakan seperjuangan Pitt dalam industri perfileman masing-masing berkongsi rasa sedih serta menitipkan doa buat sahabat mereka yang dilanda musibah.
Isteri Pitt, Fara Ahmad turut memuat naik entri di laman Instagram memohon seluruh kenalannya mendoakan kesejahteraan suaminya yang sehingga kini masih belum dapat dikesan.
"Mohd Firdaus Mohamad Hanif. I know u still there u strong. Pls stay strong i otw jerantut Pahang to be with u & save you my man.
"Our princesses are so strong so same goes to u my hero my soulmate my king my man my radio .pls stay strong for me pls for Dhia for mhia for Thia. Pls @pitthanif.
"Guys i need everyone positive vibes & doa. Only Allah knows the best for us . Aammin," tulis Fara di Instagram peribadinya.
Saharudin Musthafa
Sat Oct 26 2019
![Saya buntu, hanya mampu berdoa - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata Saya buntu, hanya mampu berdoa - Fauziah Nawi kehilangan kata-kata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-10/51572086377_FauziahNawi.jpg)
Tiada apa yang diharapkan oleh Fauziah Nawi selain memohon Allah selamatkan anaknya, Pitt Hanif yang hilang semasa memancing. - Gambar Facebook FAUZIAH NAWI
![Apple dan Samsung terus dominasi senarai telefon pintar paling laris pada Q2 2024 Apple dan Samsung terus dominasi senarai telefon pintar paling laris pada Q2 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723348878_AppleSamsungTele.jpg)
Apple dan Samsung terus dominasi senarai telefon pintar paling laris pada Q2 2024
Apple dilihat mengekalkan bilangan tempat dalam senarai dengan empat model iPhone yang tersenarai.
![Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723349357_penggunaanmediasos.jpg)
Pengunaan media sosial tidak terkawal, risiko jejas nikmat perpaduan
Menjadi tanggungjawab semua untuk tidak menggunakan platform berkenaan bagi menyebarkan sebarang bentuk komen sensitif berbaur perkauman.
AWANI Ringkas: Kotak hitam dianalisis makmal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723349011_NurDhabitahSabri.jpg)
Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
![967 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu fokus ubah suai motosikal, samseng jalanan 967 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu fokus ubah suai motosikal, samseng jalanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723347757_AzryAkmarAyob.jpg)
967 saman dikeluarkan dalam operasi bersepadu fokus ubah suai motosikal, samseng jalanan
Sebanyak 967 saman dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.
![Acara Intel Innovation ditangguh ke 2025 kerana isu yang melanda syarikat Acara Intel Innovation ditangguh ke 2025 kerana isu yang melanda syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51723347051_intelinnovation.jpg)
Acara Intel Innovation ditangguh ke 2025 kerana isu yang melanda syarikat
Penangguhan dilakukan berikutan pelbagai yang melanda syarikat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
![‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza ‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723346390_konsertSitiNurhali.jpg)
‘Cinta Di Awan’ konsert solo penutup 2024 buat Siti Nurhaliza
Konsert itu berlangsung selama dua jam setengah dan menyaksikan Siti mempersembahkan rangkaian lebih 30 lagu hits terhebatnya.
![Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723346278_SusanWojcicki.jpg)
Mantan CEO YouTube dan tokoh penubuhan Google meninggal dunia
Mendiang Wojcicki terlibat dalam penubuhan Google pada tahun 1998 apabila menyewakan garaj miliknya di Menlo Park untuk dijadikan pejabat oleh pengasas Google.
![Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723344594_gelangemashilang.jpg)
Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula
Gelang emas seberat 19.53 gram itu dipercayai milik penghuni rumah terdahulu yang sudah lama meninggalkan kediaman berkenaan.
![PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721438703_AnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar tekad pastikan persekitaran sekolah baik, terurus
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad memastikan persekitaran sekolah di seluruh negara sentiasa berada dalam keadaan baik.
![Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-09/41442737822_kemalangan.jpg)
Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.
![KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714004716_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
![Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713109272_TBkebumi.jpg)
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
![Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710819280_tbWanitadireman.jpg)
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
![Pasangan buta berjaya didik lapan anak Pasangan buta berjaya didik lapan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708738091_Pasanganbuta.jpg)
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
!['Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor 'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707449155_TBPESANAZRAAIjp.jpg)
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
![Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61706765556_Neymar.jpg)
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
![Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705109647_MakananHarian.jpg)
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
![7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak? 7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703218736_MariahCarey.jpg)
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
![Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61701403240_TBtinggalanak.jpg)
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.