IPOH: Selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bersara wajib mulai hari ini.
Sekalipun sudah menamatkan perkhidmatan dalam pasukan keselamatan, namun, jiwa Mior Faridalathrash untuk terus berbakti kepada orang ramai tidak pernah pudar.
Justeru, Mior Faridalathrash memberitahu, selepas ini beliau akan memberi tumpuan sebagai pengamal undang-undang pula melalui firma guamannya.
Sepanjang berkhidmat sebagai polis, beliau sangat berpuas hati dapat memakai seragam Sang Saka Biru dan kerana itu, Mior Faridalathrash berikrar akan terus memberi sokongan kepada pasukan keselamatan negara itu.
“Selama saya menerajui kontinjen Perak, kita bersungguh-sungguh untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awan di negeri Perak ini terjaga dan terkawal.
“Harapan saya adalah apa yang kita telah laksanakan sebelum ini, harap kepimpinan selepas ini akan meneruskan apa sahaja yang kita usahakan bagi mencapai misi dan visi Pasukan Polis Diraja Malaysia,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas perbarisan khas sempena persaraan beliau di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini, hari ini.
Mior Faridalathrash diraikan dalam Majlis Paluan Berundur yang dihadiri 250 pegawai kanan, pengurusan tertinggi termasuk anggota polis.
Majlis yang bermula pada jam 4 petang itu turut dimeriahkan dengan persembahan Pancaragam PDRM dan deklamasi sajak sebelum majlis paluan berundur dimulakan.
Mior Faridalathrash, 60, turut diberikan penghormatan menaiki kenderaan istiadat polis bersama isteri, Datin Nor Qhadhijah Abdul Wahab dan meninggalkan acara itu.
Merumuskan perkhidmatannya di Perak, Mior Faridalathrash menyatakan rasa puas hati kerana sepanjang berkhidmat di negeri itu, kadar jenayah terkawal dan masih merekodkan kadar yang rendah.
Dalam masa sama, katanya, beliau turut mendapat kerjasama baik daripada semua pegawai dan anggota kakitangan awam.
Sehubungan itu, beliau berharap dengan kerjasama semua masyarakat, Perak akan terus berada dalam keadaan selamat dan terkawal.
Abd Razak Mohd Ali
Thu Aug 04 2022

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid bersara wajib mulai hari ini selepas hampir 40 tahun berkhidmat dalam PDRM. - Gambar Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.

Siasatan laporan kes culik di Gerik: Polis siasat kes pertama, sahkan kes kedua hanya rekaan
Polis sedang memburu suspek kes cubaan culik di kawasan berhampiran tanah perkuburan Kampung Padang, Gerik, Isnin lepas.

Polis tahan banduan warga Iran miliki dadah di Penjara Tapah
Seorang banduan warga Iran yang sedang menjalani hukuman di Penjara Tapah didapati memiliki dadah jenis heroin.

Tiga penjenayah diberkas selepas dikejar polis lebih 30 kilometer di Perak
Tiga das tembakan turut dilepaskan kerana suspek bertindak agresif menghimpit kenderaan polis.

Azizi dilantik Ketua Polis Perak baharu
Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu hari ini.

Warga Myanmar lolos: Polis nafi 13 etnik Rohingya maut kemalangan
Polis menafikan dakwaan kononnya 13 etnik Rohingya maut dalam kemalangan di Kilometer 335 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara, seperti yang tular.

Kes pelajar dilanggar: Polis terima 12 laporan
Polis telah menerima 12 laporan setakat ini berhubung kes seorang pelajar lelaki maut akibat dilanggar dan diseret kereta di Ipoh, pada Jumaat.

Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah
Sampel ujian air kencing pegawai polis yang ditahan berhubung kes kematian pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta adalah negatif dadah.

Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak
Polis Perak pula mengesahkan menerima laporan sebuah sekolah antarabangsa di sini menerima ancaman bom menerusi emel pagi tadi.

Ahli Parlimen didakwa tafsir ayat al-Quran: Siasatan diserah kepada Bukit Aman - Polis Perak
Polis menyerahkan kertas siasatan berhuhung video tular yang memaparkan seorang Ahli Parlimen didakwa membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran kepada Bukit Aman.