IPOH: Sampel ujian air kencing pegawai kanan polis yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini, negatif dadah.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan dijalankan ke atas lelaki berkenaan selepas ditahan Jumaat lepas.
"Ujian urin telah dibuat dan disahkan negatif. Polis juga ada mengambil sampel darah dan sedang menunggu keputusan daripada pihak patalogi," katanya ketika dihubungi di sini pada Ahad.
Beliau meminta orang ramai tidak memberikan sebarang andaian negatif berhubung siasatan kes itu terutama di media sosial.
Katanya, semua pihak perlu memberi ruang kepada polis termasuk tampil menyalurkan maklumat yang dapat membantu siasatan dijalankan.
"Saya baca semua yang tular di media sosial, kononnya polis akan melindungi suspek kerana dia pegawai kita. Tuduhan itu fitnah dan tidak benar sama sekali," katanya.
Pegawai kanan berusia 44 tahun berpangkat Deputi Superintenden dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu telah direman selama tiga hari bermula Sabtu sehingga Isnin depan.
Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari pada Jumaat, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar dari arah belakang sebuah kereta.
Difahamkan sebelum kejadian, berlaku keadaan tidak puas hati membabitkan pemandu kereta berkenaan dengan mangsa kerana membuat bising motosikal.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Dec 17 2023
![Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702787849_TBnegatifdadah.jpg)
Mohd Yusri berkata, keputusan itu diperoleh hasil saringan dijalankan ke atas lelaki berkenaan selepas ditahan Jumaat lepas. - Foto Bernama
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736437519_MohdNazriAbdulRaz.jpg)
Kes bunuh Muhammad Zaharif: Pendakwaan tutup kes, pembelaan fail hujahan bertulis 14 Mac
Pihak pendakwaan hari ini menutup kes pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak, yang dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, dua tahun lepas.
![Kes bunuh Zaharif: Saksi tidak sempat siasat elemen pandu melulu, siasatan bawah kesalahan jenayah Kes bunuh Zaharif: Saksi tidak sempat siasat elemen pandu melulu, siasatan bawah kesalahan jenayah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731491663_Zaharif.jpg)
Kes bunuh Zaharif: Saksi tidak sempat siasat elemen pandu melulu, siasatan bawah kesalahan jenayah
Jong berkata dia tidak sempat untuk membuat siasatan lanjut ke atas elemen pandu melulu kerana siasatan ditukar kepada pegawai penyiasat bahagian jenayah.
![Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tidak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tidak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733136507_NazriAbdulRazak.jpg)
Kes polis bunuh pelajar: Pemandu Ativa tidak keluar kereta serta-merta selepas perlanggaran - Saksi
Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa pegawai kanan polis DSP Mohd Nazri Abdul Razak dilihat tidak serta merta turun selepas perlanggaran berlaku, namun hanya turun selang beberapa saat k
![Kes polis bunuh pelajar: Tertuduh angkat Zaharif 'seperti dalam keadaan marah' - Saksi Kes polis bunuh pelajar: Tertuduh angkat Zaharif 'seperti dalam keadaan marah' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731491663_Zaharif.jpg)
Kes polis bunuh pelajar: Tertuduh angkat Zaharif 'seperti dalam keadaan marah' - Saksi
Seorang saksi memberitahu mahkamah Deputi Superintenden Mohd Nazri Abdul Razak mengangkat Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, ke tepi bahu jalan seperti dalam keadaan marah.
![Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729828200_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Pemandu mabuk langgar murid Tahun Lima depan sekolah direman
Seorang lelaki direman berikutan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sekolah di Port Dickson.
![Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728964879_Handcuffedwomen.jpg)
Polis tahan lelaki langgar lari pelajar dalam sekolah
Penganggur berumur 47 tahun yang ditahan itu dirujuk ke hospital Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut kerana disyaki keadaan mentalnya tidak stabil.
![Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81725512965_tbpolislanggarpel.jpg)
Mahkamah tolak permohonan jaminan pegawai polis didakwa bunuh pelajar
Mahkamah Tinggi Ipoh pada Khamis menolak permohonan jaminan seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah dengan melanggar motosikal ditunggang remaja itu, Disember lalu.
![Kes langgar pelajar: Keluarga lantik peguam, kumpul bukti lanjut Kes langgar pelajar: Keluarga lantik peguam, kumpul bukti lanjut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702808324_langgarseretkeret.jpg)
Kes langgar pelajar: Keluarga lantik peguam, kumpul bukti lanjut
Keluarga pelajar yang maut dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru, Ipoh telah melantik peguam untuk mewakili mereka.
![Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/71702787849_TBnegatifdadah.jpg)
Kes pelajar dilanggar: Ujian air kencing pegawai kanan polis negatif dadah
Sampel ujian air kencing pegawai polis yang ditahan berhubung kes kematian pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta adalah negatif dadah.