KUALA LUMPUR: Lebih 100 pengamal media berkumpul di Dataran Merdeka di sini hari ini, bagi membawa suara solidariti kepada rakan media yang bertaruh nyawa menyampaikan berita di Gaza, Palestin.
Wakil perhimpunan Save Press 4 Gaza (SP4G) Sairien Nafis berkata pengamal media Malaysia daripada 26 persatuan serta agensi hadir bagi menyokong penuh kepada pengamal media di Palestin untuk terus menyebarkan kebenaran kepada dunia.
"Kami sebulat suara berdiri di sini untuk mengecam tindakan kejam rejim Zionis terhadap pengamal media di Gaza dan juga keluarga mereka, serta seluruh anak-anak kecil dan penduduk Palestin yang tidak berdosa," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya menggesa pengamal media di seluruh dunia untuk bangkit bersuara menentang keganasan rejim Zionis dan menunjukkan sokongan kepada media di Gaza agar perjuangan mereka menyampaikan berita tidak sia-sia.
"Kami juga menggesa agar media-media barat menyampaikan berita yang benar dan tepat tentang pembantaian rakyat Palestin oleh rejim Zionis Israel. Tugas kita ialah menyebarkan kebenaran bukan pembohongan dan propaganda," katanya.
Dalam pada itu, Sairien berkata pihaknya turut memuji rakyat di seluruh dunia yang bertindak menjadi "mata dan mulut" kepada media di Gaza dengan berkongsi hantaran menerusi media sosial dan turun bersolidariti bagi menggesa gencatan senjata serta mengheret orang-orang yang bertanggungjawab dalam serangan berdarah itu ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa.
"Semoga suara kami hari ini sampai kepada pengamal media di Gaza dan seluruh dunia, supaya kita dapat bersama-sama menentang kezaliman dan pembunuhan beramai-ramai di bumi Palestin," katanya.
Setakat ini, lebih 40 pengamal media yang majoritinya wartawan Palestin terkorban akibat tindakan terkutuk rejim Zionis di Gaza sejak awal bulan lepas.
Fareez Azman
Sat Nov 18 2023
Pengamal media Malaysia daripada 26 persatuan serta agensi hadir bagi menyokong penuh dan meniup semangat kepada pengamal media di Palestin. - Gambar/ Bernama
'Benny dan Jenny' tarikan mini zoo di Pesta Pulau Pinang
Keletah kedua-dua haiwan berasal dari Australia itu mencuri perhatian pengunjung kanak-kanak dan juga dewasa.
Jojo One Nation Emcees meninggal dunia ketika hadiri program dakwah
Jojo, atau nama sebenarnya Nur Hasan Baias, rebah ketika menghadiri sebuah program dakwah di sebuah masjid di Seri Petaling.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup dadah bernilai RM360,000
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Johor menggagalkan cubaan menyeludup dadah bernilai RM360,000 di muara Sungai Rambah dekat sini semalam.
KPKT gesa PBT kekalkan dasar sedia ada demi menjaga harmoni
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disaran mengekalkan dasar sedia ada berhubung isu penjualan arak di kawasan majoriti penduduk beragama Islam.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, ia bagi menjaga keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum, serta mengelakkan isu itu menjadi polemik politik.
Chatbot AI Perplexity kini boleh menjadi pembantu maya lalai peranti Android anda
Perplexity menyokong ciri perbualan dan memfokuskan kepada konsep enjin carian dengan AI, membolehkan pengguna berbual dengannya untuk melakukan carian.
Kerang terdampar bukan petanda bencana, selamat dimakan - Penyelidik UMT
Beliau berkata meskipun fenomena itu kelihatan luar biasa, sebenarnya ia adalah kejadian semula jadi yang lazim berlaku dan tidak perlu dirisaukan.
Sanusi sebak terima menantu
Muhammad Sanusi sedondon berbusana Melayu rona hijau bersama isteri, Tok Puan Jusmalailani Jusoh menerima kehadiran menantu pertama, Muhammad Luqman Al Hakim Yusoh.
AWANI Ringkas: Petugas kaunter kerajaan perlu mesra, responsif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.
Ciri pengesahan identiti apabila berlaku kecurian akan diterima semua peranti Android
Ia memberikan perlindungan tambahan kepada pengguna apabila peranti dicuri, data peribadi tidak boleh diakses oleh pencuri.
"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.
Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.
Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Serangan Israel rosakkan hampir 1,000 masjid di Gaza, kata pihak berkuasa
Sebanyak 815 rumah ibadat Islam musnah sepenuhnya manakala 151 lagi mengalami kerosakan separa.