SHAH ALAM: Satu mayat lelaki ditemukan terapung 500 meter dari Jeti Bagan Muara Esbee berdekatan Jambatan Sungai Buloh Sasaran di Jeram, Kuala Selangor, kira-kira 40km dari sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Supt Ramli Kasa berkata ia susulan pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 8.05 pagi tadi memaklumkan penemuan mayat lelaki yang belum dikenal pasti identitinya.
"Pada 9.45 pagi, mayat tersebut telah diangkat oleh pihak bomba dan diserahkan kepada anggota polis Balai Polis Kuala Selangor untuk dibawa ke Hospital Tanjong Karang bagi bedah siasat.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR)," katanya dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu, Ramli berkata dipercayai penemuan mayat tersebut mempunyai kaitan dengan Operasi Tapis yang dilaksanakan pihaknya pada 6.30 petang, Jumaat lepas di sebuah jeti berdekatan kawasan itu.
Katanya, ketika pihak polis cuba menghampiri jeti itu, sekumpulan lelaki yang belum dikenal pasti identiti telah melarikan diri dengan terjun ke dalam sungai dan berenang ke seberang sungai.
"Namun, segala maklumat lanjut mengenai identiti mangsa lemas itu akan diketahui selepas proses bedah siasat," katanya.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung insiden sekumpulan lelaki terjun ke dalam sungai itu pada malam 3 Feb lepas.
Menurutnya, sepasukan 15 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor serta Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) JBPM Selangor terlibat dalam operasi mencari mangsa berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 05 2023

Satu mayat lelaki ditemukan terapung 500 meter dari Jeti Bagan Muara Esbee berdekatan Jambatan Sungai Buloh Sasaran di Jeram, Kuala Selangor, hari ini. - BERNAMA/JBPM

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung bersama jala di tangannya di Sungai Kinta berhampiran Taman Desa Aman, Pasir Puteh.

Mayat lelaki dipercayai tekong bot terbalik ditemukan
Mayat seorang lelaki dipercayai tekong bot yang terbalik dalam kejadian pada Rabu lepas ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan.

Satu mayat lelaki ditemukan terapung
Satu mayat lelaki ditemukan terapung 500 meter dari Jeti Bagan Muara Esbee berdekatan Jambatan Sungai Buloh Sasaran di Jeram, Kuala Selangor, hari ini.