Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat disaran supaya membentuk jawatankuasa parlimen masing-masing bagi semua kementerian sebagai sebahagian daripada usaha ke arah politik baru yang berasaskan kepada muafakat.
Penganalisis politik, Dr. Ooi Kee Beng berkata, pendekatan jawatankuasa parlimen bagi setiap kementerian itu penting kerana perbezaan pendirian antara BN dan Pakatan dalam isu-isu tertentu tidak harus dilihat sebagai satu permusuhan politik.
"Ia (adalah perbezaan pendapat) antara mereka yang mahukan sesuatu yang terbaik untuk negara tetapi tidak dapat bersetuju tentang cara (untuk melaksanakannya) dan kerana itu sistem jawatankuasa boleh jadi forum yang baik untuk mencapai hasrat itu," katanya kepada Astro AWANI.
Kee Beng ditemui selepas forum analisis keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 anjuran Institut Kajian Asia Tenggara (ISEAS) di Singapura pada Isnin.
Dalam PRU-13 yang baru lalu, BN menang 133 kerusi di Dewan Rakyat iaitu kurang 15 kerusi untuk membentuk majoriti dua pertiga, manakala Pakatan Rakyat mempunyai 89 kerusi.
Dewan Rakyat memerlukan majoriti dua pertiga untuk meminda Perlembagaan Persekutuan tetapi cukup dengan majoriti mudah bagi undang-undang lain.
Timbalan Pengarah ISEAS itu memberikan contoh mengenai isu persempadanan semula dan pengagihan setara jumlah pengundi dalam sesebuah kawasan pilihan raya dan pembentukan kawasan pilihan raya baru yang memerlukan kelulusan dua pertiga di Dewan Rakyat.
Menurut beliau, keputusan PRU-13 menunjukkan bagaimana kedudukan jumlah pengundi yang tidak seimbang memberikan kelebihan kepada BN untuk menang dan pada dasarnya, pengagihan yang tidak setara itu sudah sampai pada hadnya.
"Itu sebabnya saya rasa mereka (BN dan Pakatan) perlu mula bekerjasama melangkaui perbezaan parti atas isu-isu tertentu.
"Tidak boleh kalau sesuatu cadangan itu datang daripada Pakatan, BN tak boleh terima dan begitu juga sebaliknya. Ia sepatutnya berasaskan kepada isu. Mereka perlu mengetepikan perbezaan dan berkompromi," katanya.
Jelas beliau, perbezaan antara BN dan Pakatan itu bukannya sesuatu yang tidak boleh diubah.
Kee Beng menarik perhatian bahawa perselisihan pendapat akan terus berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat namun pertembungan yang akan berlaku di Parlimen lebih menarik untuk diperhatikan.
Sementara itu, mengulas mengenai kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor, Kee Beng menarik perhatian bahawa kedua-dua kerajaan negeri itu kini berdepan dengan cabaran untuk memenuhi harapan rakyat sebagai pemerintah yang mentadbir untuk penggal kedua.
Beliau menyifatkan "masa untuk berbulan madu sudah berakhir".
"Jadi kerajaan penggal pertama tidak sama dengan kerajaan penggal kedua," katanya.
Menurut Kee Beng, kemenangan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang dan Selangor untuk adalah mesej daripada rakyat bahawa mereka dapat menerima beberapa kelemahan sebelum ini tetapi mereka
mengharapkan sesuatu yang lebih baik kali ini.
Pakatan Rakyat menang dua pertiga di kedua-dua negeri itu dengan menambah lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dan satu kerusi di DUN Pulau Pinang.
Dalam PRU-13, Pakatan Rakyat menang 44 daripada 56 kerusi di DUN Selangor manakala di Pulau Pinang, 30 daripada 40 kerusi.
Astro Awani
Tue May 21 2013
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
PRK Mahkota: PN boleh menang jika petik isu rakyat, bukan balah bab logo halal - Penganalisis
Taktik Perikatan Nasional (PN) yang didakwa cuba memancing undi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota dengan memainkan isu sijil halal gagal membuahkan hasil.
BN sifatkan kemenangan di Mahkota sebagai manifestasi keyakinan rakyat
BN menyifatkan kemenangan gabungan itu dalam PRK DUN Mahkota, Johor pada Sabtu sebagai manifestasi keyakinan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan negeri.
Saya berjaya lakukan bersama pasukan - Syed Hussien
Perkara pertama yang akan dilakukan beliau ialah menziarahi pusara bapanya yang meninggal dunia empat hari sebelum hari penamaan calon.
[TIDAK RASMI] BN menang di PRK Mahkota
Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN, Syed Hussien Syed Abdullah memperoleh kedudukan selesa mengatasi pencabarnya dari PN.
PRK Mahkota: BN berpotensi menang, tapi berapa besar majoriti?
Di atas kertas, peluang calon BN Syed Hussien Syed Abdullah untuk menang pada PRK Mahkota lebih cerah jika dibandingkan dengan lawannya.
[KOLUMNIS] PRK Mahkota: Pertarungan strategi komunikasi dan taktik politik
PRK DUN Mahkota menjadi pentas penting untuk menilai sejauh mana keberkesanan strategi komunikasi dan taktik politik yang diterapkan oleh BN dan PN.
PRK Mahkota: Pilih wakil rakyat selari kerajaan bawa kelebihan kepada pengundi - Ahmad
Memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan kerajaan negeri mempunyai kelebihan dalam merealisasikan usaha membangunkan kawasan atau kebajikan penduduk setempat.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK DUN Mahkota: Tengku Zafrul optimis undi awal berpihak kepada BN
Tengku Zafrul berkata, BN meletakkan calon yang berkualiti, berkredibiliti dan berpengalaman berkhidmat di DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Fasa pertama kempen harmoni, santai mengikut 'cara Johor'
Kempen 'Cara Johor', itu peringatan diberikan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi sebaik sahaja tempoh penamaan calon bagi PRK DUN Mahkota tamat pada Sabtu lepas.