KULAI: Tahap celik kewangan digital rakyat Malaysia amat membimbangkan apabila satu daripada tiga individu didapati berkongsi kata laluan perbankan mereka.
Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, lebih 70 peratus rakyat di negara ini pula tidak mengendahkan faktor keselamatan ketika berurusan di platform kewangan digital.
Menurutnya, tindakan berkongsi kata laluan perbankan akan mendedahkan mereka dengan penipuan kewangan.
"Sejak tahun lalu, inisiatif untuk meningkatkan celik kewangan digital telah dilancarkan oleh FEN dan industri kewangan termasuk program jelajah FEN ke luar bandar dan institusi pengajian tinggi yang memberi tumpuan kepada pengukuhan keselamatan siber pengguna kewangan.
"Justeru, program literasi kewangan FEN (Jaringan Pendidikan Kewangan) Proaktif yang dilancarkan semalam (Sabtu) untuk belia di IPT (institusi pengajian tinggi) turut mengintegrasikan satu modul celik kewangan digital.
"Oleh itu, dengan persekitaran kewangan dan ekonomi yang sangat dinamik, perjalanan memperkasakan pendidikan kewangan tidak ada titik noktahnya," katanya.
Adnan Zaylani berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Celik Kewangan Sempena Bulan Literasi Kewangan di AEON Mall Kulai Jaya yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan semalam.
Sementara itu, Adnan Zaylani berkata, pandemik COVID-19 telah membuka peluang baharu terutamanya kepada perniagaan yang beralih ke dalam talian atau memberi tumpuan kepada agenda ekonomi Hijau.
Katanya, pihak Bank Dunia turut menganggarkan sebanyak 79 peratus rakyat di negara inui menggunakan perkhidmatan kewangan digital pada 2021 dengan 45 peratus menggunakannya buat pertama kali.
"Perkembangan ini sememangnya membuka peluang ekonomi baharu kepada rakyat Malaysia terutama bagi golongan peniaga dalam meningkatkan produktiviti, mengurangkan kos dan meneroka model perniagaan baharu yang lebih berdaya saing," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 30 2023

Adnan Zaylani ketika berucap pada Majlis Penutup Karnival Celik Kewangan Sempena Bulan Literasi Kewangan di AEON Mall Kulai Jaya, 29 Okt 2023. - Foto Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Satu daripada tiga rakyat Malaysia kongsi kata laluan perbankan
Lebih 70 peratus rakyat di negara ini tidak mengendahkan faktor keselamatan ketika berurusan di platform kewangan digital.