KUALA LUMPUR: Masalah berat badan berlebihan dan obesiti kini meningkat pada kadar yang membimbangkan di negara ini dengan satu daripada dua orang dewasa mempunyai berat badan berlebihan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
Beliau berkata hasil kajian Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS), yang dijalankan setiap empat tahun, mendapati 50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.
"Ini bermakna satu dalam dua orang dewasa kini berlebihan berat badan. Bagi kanak-kanak pula, 30 peratus daripada mereka berumur lima hingga 13 tahun mencatitkan masalah obesiti.
"Kebimbangan kami (kerajaan) adalah perkara ini akan menjadi semakin teruk. Lebihan berat badan boleh meningkatkan risiko penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit," katanya semasa melancarkan sambutan Minggu Obesiti Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata berbanding hasil kajian sama yang dijalankan pada 2015, hanya 29.4 peratus rakyat Malaysia direkodkan mempunyai berat badan berlebihan dan hanya 15.1 peratus termasuk dalam kategori obesiti, justeru membuktikan masalah tersebut semakin serius.
Noor Azmi berkata antara inisiatif diambil bagi menangani masalah itu adalah mengadakan kolaborasi bersama syarikat industri makanan dan minuman dalam menggalakkan penghasilan produk memenuhi kriteria nutrisi ditetapkan, serta pendekatan pelaksanaan duti ekais terhadap minuman bergula.
"Literasi awam terhadap kesihatan adalah penting dalam usaha memerangi masalah obesiti yang perlu dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat, dengan harapan dapat menurunkan kadar obesiti di negara dan rakyat boleh menjadi lebih sihat.
"Kami nak semua orang faham, tahu dan boleh mengambil tindakan secara kendiri," katanya.
Minggu Obesiti Malaysia yang diadakan dengan kerjasama Persatuan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), disambut pada setiap Mac dengan tujuan meningkatkan kesedaran awam tentang bahaya obesiti selain langkah pencegahan dan rawatan masalah itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 25 2022
Literasi awam terhadap kesihatan adalah penting dalam usaha memerangi masalah obesiti yang perlu dipikul bersama oleh segenap lapisan masyarakat. - Gambar hiasan
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Olimpik Paris 2024: Ahli gusti India, Vinesh Phogat dibatal bertanding di final kerana berat badan berlebihan
Phogat didapati mempunyai berat berlebihan sebanyak 100 gram semasa penimbangan pada pagi Rabu.
Satu daripada dua dewasa hadapi masalah berat badan berlebihan
50.1 peratus rakyat Malaysia mencatatkan berat badan berlebihan dengan 19.7 peratus daripada mereka menghadapi masalah obesiti pada 2019.
Obesiti punca 13 kanser di Malaysia - Dr Lee Boon Chye
Malaysia mempunyai penduduk paling ramai gemuk di rantau Asia dengan kelaziman obesiti adalah 17 peratus dan 30.0 peratus berat badan berlebihan.
Ibu hidap obesiti bakal lahirkan anak yang obes - Kajian
Kajian mendapati bahawa ibu-ibu yang mengalami lebihan berat badan adalah tiga kali lebih tinggi kemungkinan untuk mempunyai anak perempuan yang juga akan menjadi gemuk.
Restoran 'bogel' di Tokyo tidak benar pelanggan gemuk masuk
Restoran bogel pertama di Tokyo, Jepun yang bakal dibuka bulan hadapan hanya benarkan pelanggan kurus untuk masuk menjamu selera.