NAMA-NAMA besar seperti Muhamad Lutfi Ishak, Wan Nor Azriq, Roslan Djomel dan Ruhaini Matdarin dianggap suara sasterawan muda paling prominan masa kini.
Cuma, empat nama besar ini seperti diabaikan. Dalam banyak keadaan, agenda sastera masih kekal dimonopoli elitis.
Dunia sastera kita masih jenuh berkisar seputar Sasterawan Negara (SN) atau penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award).
Tanpa pergelaran kuranglah perhatian.
Apabila editor hebat seperti Sutung Umar RS (1948-2016) dan akademis berjiwa besar Dr. Othman Puteh (1944 - 2003) meninggal dunia - kita kehilangan tokoh yang prihatin dalam mempromosi dan mencungkil bakat muda.
Hari ini pengkritik, ahli akademik dan pentadbir sastera tidak berminat memberikan perhatian kepada pengembangan bakat.
Kalau buat pun sekadar ada - tidak dengan kesungguhan luar biasa.
Empat penulis muda - Lutfi, Azriq, Roslan dan Ruhaini berada dalam kelas tersendiri. Walaupun terabai dan dipinggirkan, mereka tetap kekal tegar dan mandiri dalam berkarya.
Sumbangan Lutfi melalui antologi puisi Dondang Pembukaan (Pemenang Hadiah Utama Sayembara ITBM-Pena-BH 2015) dan Wan Nor Azriq dengan novel D.U.B.L.I.N (Pemenang Hadiah Utama Sayembara ITBM-Pena-2014) mengubah landskap sastera Melayu di tangan sasterawan muda.
Roslan Djomel anak Sarawak dengan kumpulan cerpen Roden Yang Cenderung Ingin Terjun Dari Bangunan Tinggi (Pemenang Hadiah Sastera Perdana 2017/18) dan Ruhaini, puteri Sabah dengan novel Hari-hari Terakhir di Jeselton (Pemenang Hadiah Sastera Perdana 2017/18) meletakkan penulis Borneo dalam katalis "perlu dihormati".
Empat penulis muda ini dianggap simbol utama dan indikasi betapa prestijnya sasterawan muda Malaysia masa kini.
Tanpa broker dan pelobi karya sastera yang prihatin, sasterawan muda mengalami 'kemandoman' promosi. Apa lagi usaha meletakkan mereka di tahap elit.
Ini satu vakum yang benar-benar terasa tanpa Sutung Umar RS dan Dr Othman Puteh.
KLWBC 2020 dan salut hormat kepada sasterawan muda
KLWBC 2020 perlu menyediakan ruang bagi memulakan budaya mempromosi penulis muda dalam kelas yang sewajarnya. Bukan tempelan atau picisan.
Bukan acara yang sekadar menjaja nama, tetapi membicarakan karya-karya dan pemikiran tajam sasterawan muda yang dilihat penting demi kecemerlangan sastera Melayu.
KLWBC 2020 melihat kehadiran penulis muda sebagai entiti penting demi masa depan sastera Melayu.
Litfi, Azriq, Roslan dan Ruhaini wajar diberikan ruang berkelas elit sebagai tanda pada 2020 - sasterawan muda bukan lagi berkelas dua.
Sampai masanya, sastera Melayu tanpa prejudis harus menerima hakikat; sasterawan muda harus diraikan minda dan idea karyanya.
KLWBC 2020 wajar menjadi ruang sasterawan muda mempromosi pemikiran kritis mereka.
Sekali gus suara dan idea mereka dalam mendepani cabaran perbukuan, pemikiran dan dinamisme Malaysia masa kini.
Minda dan suara sasterawan muda wajar diberikan ruang untuk dikongsi dengan khalayak.
Empat nama sasterawan muda ini tidak dapat diketepikan. Mereka nuansa baharu yang berjaya membuktikan standard mengisi katalis sastera masa kini.
Azriq sentiasa kritis. Itu jenama peribadinya. Azriq di mata saya : "si autisme yang genius".
Karektor karyanya yang intriq terlihat sangat unik dan turut menjarah pemikiran baru sastera Melayu.
Selain novel D.U.B.L.I.N, Azriq meneruskan gaya pemikiran tajam dan eksperimen estetika melalui cerpen-cerpennya.
Selain esei-eseinya yang jelas berani dan lugu dalam melahirkan ketajaman intrignya terhadap sikap sastera nasional itu sendiri.
Realiti "genius autismenya" terlihat ketara dalam novel-novelnya lainnya; Soneta Roda Basikal, Boneka Rusia Guido, Dompet Kulit Buaya dan Di Kala Bulan Bermain Biola.
Azriq juga kritis terhadap kehadiran KLWBC 2020.
"Harapan saya ialah melihat industri terjemahan karya sastera di negara ini dipergiatkan, terutama sekali dalam membina hubungan dengan agen sastera dari luar negara," katanya.
Sebagai seniman muda yang sentiasa mendedahkan diri pada jendela sastera dunia, Azriq melihat - sastera Melayu ketinggalan jauh berbanding jangkauan karya Indonesia yang kini menabur luas di rak perbukuan antarabangsa.
Ditanya secara skeptisme mengenai elit sastera yang jarang memberi ruang kepada sasterawan muda, Azriq tidak melihatnya sebagai kekangan.
Satu lagi karektor "autisme" luar biasa. Betapa jiwa lugunya tidak mempedulikan respon alam keliling selain kecekalan untuk terus teguh berkarya.
"Abai atau tidak abai, saya fikir penulis tidak peduli. Penulis muda sudah ada khalayak dan pengikut sendiri. Mereka akan terus menulis," katanya.
Walaupun KLWBC 2020 tidak memikul beban mempromosi penterjemahan per se, berdasarkan hasrat Azriq untuk melihat karya nasional diangkat ke jagat global - ia satu aspirasi yang wajar didengarkan.
Pemikiran dan sarannya sekali pun kerap sinis - tidak wajar disenyapkan.
Selain aktiviti bersifat fizikal, KLWBC 2020 wajar meluaskan budaya mengangkat pemikiran dan mempromosi karya-karya sasterawan muda.
KLWBC 2020 wajar menyediakan pengiktirafan bahawa sastera bukan sekitar sejarahnya saja; tetapi masa depannya juga satu keutamaan.
Apa lagi ketika Malaysia berdepan ketepuan idea baharu.
Malah, defisit usaha dalam melahirkan sasterawan muda. Malah, lagi teruk, kita enggan menerima hakikat - karya sastera bermutu hari ini diwarnai sasterawan muda.
Azriq turut menyentuh soal kelesuan pemasaran dalam persekitaran industri perbukuan masa kini.
Sesuatu yang disifatkannya memerlukan perhatian segera dan serius.
"Pemasaran ialah masalah nombor satu. Tidak kisah penerbit besar atau indie. Karya harus diperkenalkan terlebih dahulu kepada pembaca sama ada melalui iklan konvensional, digital, atau video," katanya.
Azriq melihat sikap culas penerbit masa kini yang tenggelam dalam budaya kerja cara lapuk; sekadar cetak dan jual.
Secara lateral; sekadar menjadi penerbit tanpa minda strategis.
"Perlu ada fokus dalam “menjual” nama atau judul baru yang mereka sedang laburkan," katanya.
KLWBC 2020 platform terbaik memulakan budaya baru: "meletakkan penulis muda pada tempat yang wajar dan sejajar dengan prestij karya mereka."
KLWBC 2020 tidak harus menjadi peti sejuk beku tanpa usaha agresif mencairkan idea baharu.
Idea baharu yang mampu merubah rona kedudukan sasterawan muda.
2020 ialah tempo perubahan; masa untuk berkata yang benar dan menyampaikan maksud paling berharga mengenai perjuangan sastera Malaysia.
Ruhaini kekal dengan sikap mandiri. Memang sejak dua dekad lalu, akauntan ini prolifik dengan menulis dari Kota Kinabalu.
Secara individu - Ruhaini disisihkan dari Kuala Lumpur. Namun, penyisihan ini tidak mampu membunuh usaha Ruhaini melahirkan karya-karya yang mencapai tahap nasional.
Pada usia 39 tahun, Ruhaini telah menghasilkan 17 buah novel dan lapan kumpulan cerpen.
Angka yang tidak mungkin dicapai tanpa disiplin yang komitmen yang tinggi terhadap kerja-kerja kesusasteraan. Apa lagi bagi seorang akauntan.
Kumpulan cerpen Cerita-Cerita Yang Merayap di Dermaga (2018) dianggap hasil kerja Ruhaini yang mencipta tanda aras baharu bagi standard cerpen moden di negara ini.
Kerja kuat dan fokus yang energetik serta keberanian meneroka ruang baharu dalam pengkaryaan antara kunci komitmen Ruhaini.
"Pengarang muda harus berani meneroka pembaharuan sekali pun bukan elitis sastera," katanya.
Ruhaini mengakui, ramai penulis muda belum berani meneroka padang sastera yang lebih luas.
Bagi masyarakat awam yang tertanya-tanya - siapa penulis generasi baharu yang bakal meneruskan kecemerlangan sastera Melayu - maka KLWBC 2020 wajar menyediakan jawapannya.
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain. Zainal Rashid Ahmad juga pernah memenangi 38 hadiah sastera.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Fri Mar 13 2020
Adakah empat nama besar ini seperti diabaikan?
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
PBAKL 2022: 1.24 juta pengunjung dicatatkan dalam tempoh 10 hari
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 yang berakhir hari ini, mencatatkan kunjungan seramai 1.24 juta pengunjung dalam tempoh 10 hari pesta buku itu diadakan.
Cubaan memperbetulkan sudut pandang tentang Rusia
Buku Senandika Cinta & Korona di Rusia tulisan bakal doktor, anak muda warga Malaysia, bermatlamat menukar sudut pandang tidak tepat tentang Rusia, Covid-19 dan cabaran jihad menimba ilmu di Rusia
Wanita UMNO gesa pihak berkuasa rampas buku Tommy Thomas
Wanita UMNO bahagian seluruh negara telah membuat laporan polis dan berharap tindakan segera dapat diambil berhubung perkara itu.
Dakwaan memfitnah: Polis panggil bekas Peguam Negara, Tommy Thomas
Polis Selangor membuka kertas siasatan terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berhubung dakwaan memfitnah.
KLWBC 2020: 'Live Streaming' dan potensi penjualan buku cara baharu
Banyak perkara sedang berubah di media sosial terutama Facebook. Sekaligus mengubah landskap media sosial yang kini dipenuhi akaun perniagaan.
KLWBC 2020: Berhijrah ke platform digital
Pengalaman terbang ke sana-sini bersama ibunya membuatkan Tony berfikir: perlu wujud syarikat tambang murah bagi peniaga kecil seperti ibunya.
Siapa Cempaka Putih? Saksikan kesudahan SYOK Seram: 'Buku' malam ini
Drama ini mengisahkan seorang penyampai radio yang telah menerima sebuah buku pemberian wanita misteri bernama Cempaka Putih.
KLWBC2020: Muzik perpaduan Andy Flop Poppy
Andy sudah 25 tahun melalui kehidupan 'havoc' dalam dunia muzik sebagai bintang pop bersama band Flop Poppy.
KLWBC 2020: Mengenal Pyanhabib lelaki sunyi yang berani
Ketika muda dan mula menyerap populariti di dunia hiburan dan dikenali di bidang kesusasteraan - Pyanhabib sebenarnya lelaki sunyi.
KLWBC 2020: Apabila novelis menulis skrip
Menonton telefilem Pencipta Pegang Waktu (PPW) pada Jumaat, 31 Julai jam 10 malam terasa sentuhannya. Malah, melahirkan rasa kagum.