LENGGONG: Geopark Lenggong disasar untuk mendapatkan pengiktirafan global menjelang tahun 2024.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, untuk tujuan itu, sebuah jawatankuasa tidak formal telah ditubuhkan.
Menurutnya, setakat ini geopark itu telah memiliki sembilan geoekologi dan lima geotapak yang bertaraf antarabangsa.
“Ini sudah memiliki kriteria untuk membolehkan kita mendapat pengiktirafan di peringkat global. Ia sama seperti yang ada di Langkawi dan juga di Gunung Kinabalu,” katanya selepas merasmikan Festival Geopark Lenggong 2022 di Laman Budaya Lenggong di sini, hari ini.
Menurutnya, selain itu, terdapat beberapa lagi geotapak, geoekologi, geofood yang hanya memerlukan tambah nilai.
“Antara perkara yang hendak ditambah nilai ialah pembangunan infrastruktur serta maklumat-maklumat mengenainya,” ujarnya.
Geopark Lenggong mendapat pengiktarafan kebangsaan pada 16 Disember tahun lalu, dan merupakan yang kedua di Perak, selepas Geopark Kinta.
Shamsul Anuar berkata, sejak setahun lalu, kawasan itu menerima pelancong yang ramai, sehingga mewujudkan banyak tempat penginapan.
Bagaimanapun, katanya, ia masih belum mencukupi untuk menampung kedatangan pelancongan, khususnya apabila adanya program-program bertaraf antarabangsa.
“Kita harap juga untuk masa akan datang, pelaburan luar daripada syarikat-syarikat besar akan datang untuk mewujudkan kawasan penginapan bertaraf antarabangsa yang ada bintang,” katanya.
Beliau menambah, kewujudan pusat penginapan seumpama itu boleh menggalakkan penganjuran program seperti seminar atau bertaraf antarabangsa.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 16 2022

Shamsul Anuar ketika perasmian acara Festival Geopark Lenggong 2022 di Laman Budaya Lenggong hari ini. - Astro AWANI

Paras laut global naik lebih tinggi daripada jangkaan - NASA
NASA melaporkan bahawa paras laut global meningkat lebih tinggi daripada jangkaan pada 2024.

Aidilfitri: APAD pantau, pastikan pengendali bas patuhi jadual tambang ditetapkan
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bakal mengeluarkan 300 Lesen Perubahan Sementara kepada pengusaha bas ekonomi bagi menampung permintaan tinggi sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penjawat awam wanita diseru sertai SKSSR - CUEPACS
Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat menyifatkan skim ini mengiktiraf risiko peranan suri rumah itu demi keselamatan dan jaminan masa depan golongan berkenaan.
Memperingati 12 tahun pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu
Satu majlis bacaan Yassim dan tahlil diadakan bagi memperingati 10 perwira negara yang terkorban ketika mempertahankan kedaulatan negara daripada pengganas Sulu 12 tahun lalu.
Kes bunuh pelajar vokasional: Tertuduh kelapan dakwa tidak nampak mangsa dibelasah
Tertuduh kelapan kes bunuh pelajar vokasional Lahad Datu dakwa tidak nampak mangsa memaklumkan dibelasah dia dan rakan-rakan tidak menggunakan cara keganasan dalam menyelesaikan kes kecurian wang di asrama itu.
Pengemis cilik: Taktik licik sindiket meraih simpati
Wakil AWANI Borneo Sabah mendekati golongan pengemis kanak-kanak dan Palauh di Kunak yang dibimbangi menjadi mangsa sindiket yang cuba mengambil kesempatan di atas keprihatinan rakyat Malaysia khususnya Sabah.
ASEAN 2025 | 14 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Tiga bekas AJK JMB pangsapuri didakwa pecah amanah
Tiga bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) badan pengurusan bersama (JMB) sebuah pangsapuri kos rendah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah.

Aznan Abdul Aziz dilantik Timbalan Gabenor berkuat kuasa 1 April, 2025 - BNM
Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.
Kerajaan Indonesia akan bangunkan 200 sekolah asrama percuma
Kerajaan Indonesia mengumumkan rancangan membina 200 sekolah asrama di seluruh negara bagi menyediakan pendidikan percuma kepada pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.

Agensi pelaksana geopark disaran guna pakai dokumen pembangunan geopark yang baharu
Perkara itu penting, bagi menjadikan geopark negara bertaraf antarabangsa dan setara dengan UNESCO Global Geopark (UGGp).

Selangor sasar lebih 3.5 juta pelancong pada tahun ini
Kerajaan Selangor menyasarkan seramai lebih 3.5 juta pelancong dari dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.

Sasar Geopark Lenggong dapat pengiktirafan global menjelang 2024
Setakat ini geopark itu telah memiliki sembilan geoekologi dan lima geotapak yang bertaraf antarabangsa.

Gunung Stong bakal diiktiraf sebagai Geopark keenam di Malaysia - Takiyuddin
Gunung Stong dan kompleks Gua Ikan di Dabong, Kuala Krai bakal diiktiraf sebagai Geopark negara kerana nilai khazanah alam semulajadinya yang tidak ternilai.

Bencana Gunung Jerai boleh dikurangkan risiko jika ada kajian terperinci - IGM
Bencana geologi dan berkaitan dengannya boleh dielakkan atau dikurangkan risikonya di Gunung Jerai sekiranya kajian terperinci serta pelan tindakan dibangunkan.

Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak.

Pembangunan Geopark tidak halang pembangunan lain - Menteri
Pembangunan yang dilakukan di tapak Geopark, perlulah selari dengan usaha menjaga warisan yang terdapat di tapak tersebut.

Masa depan geopark dan kebiasaan baharu pasca COVID-19
Luas kawasan geopark pelbagai, bergantung kepada interaksi manusia dan alam, boleh bersaiz sehingga puluhan ribu kilometer persegi.

TM menggerakkan pelancongan pintar melalui 5G
Aplikasi pintar 'My Smart City' yang dibangunkan Telekom Malaysia Berhad (TM), membolehkan pengunjung atau pelancong yang berada tiba di Langkawi dengan mudah mendapatkan informasi diperlukan berkaita