LENGGONG: Lebih 50 tapak geologi di Lenggong dikaji untuk diperakukan sebagai Geopark Lembah Lenggong sekali gus mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi di kawasan tersebut.
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak, selepas Geopark Lembah Kinta.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, berdasarkan kajian itu, terdapat beberapa geotapak yang lebih bernilai berbanding yang terdapat di Langkawi.
“Ramai yang tidak mengetahui bahawa nilai yang ada di Lenggong ini begitu tinggi. Umpamanya, Gunung Pulut di Lenggong ini yang usianya menyamai apa yang ada di Gunung Mat Chincang di Langkawi, usianya lebih daripada 500 juta tahun.
“Itu salah satu daripada geotapak yang sedang dinilai. Jika pengiktirafan ini diberi, maka ia akan membolehkan kawasan ini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara,” ujar Shamsul Anuar.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan B40 di Kampung Kelantan, Lenggong pada Sabtu.
Kerajaan menyasarkan untuk menjadikan Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan tahun ini sebelum diisytiharkan sebagai Geopark Global pada 2025.
Menurut Shamsul Anuar, Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad akan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan Galeri Geopark Lembah Lenggong minggu hadapan.
Pengiktirafan sebagai Geopark Kebangsaan dan seterusnya Geopark Global akan memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi di Lenggong, khususnya sektor pelancongan, sekaligus memberi manfaat kepada masyarakat tempatan.
** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, pemotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 06 2021
Lembah Lenggong menjanjikan pelbagai tarikan alam yang boleh menarik perhatian pengembara sedunia pada masa akan datang. - Foto: JMG
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Radio Sinar kembali ke slogan asal ‘Muzik Retro Terbaik’
Stesen radio Sinar di bawah Astro Radio Sdn Bhd kini memperkenalkan kembali slogan ‘Muzik Retro Terbaik’. Sinar yang telah 20 tahun bersiaran sebelum ini menggunakan slogan ‘Sinar Menyinari Hidupmu’, yang cukup sinonim dengan pendengar setianya.
Lebih 50 tapak geologi dikaji untuk penentuan status Geopark Lembah Lenggong
Kajian sedang dilakukan sebelum pengiktirafan diberi kepada Geopark Lembah Lenggong sebagai Geopark Kebangsaan kedua di Perak.
Lenggong bakal diiktiraf Geopark Kebangsaan kedua Perak
Geopark Lenggong bakal diiktiraf sebagai tapak geologi Geopark Kebangsaan kedua di Perak pada Julai ini.