ALOR SETAR: Seorang anggota polis berpangkat Sarjan mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Alor Setar hari ini atas pertuduhan menerima rasuah bernilai RM1,500, tiga tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail, 32, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa terhadapnya di depan Hakim, Rohatul Akmar Abdullah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menerima wang rasuah tersebut daripada seorang lelaki yang kini berusia 26 tahun.
Suapan tersebut didakwa diterimanya setelah dia kononnya telah membantu menyelesaikan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 terhadap lelaki berkenaan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 11.34 malam, 18 November 2020 di luar pintu utama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
Ketika itu tertuduh bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat di Cawangan Narkotik, IPD Kubang Pasu.
Kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamad Fauzee Azizan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 (Akta 694) manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Terdahulu pihak pendakwaan mencadangkan agar mahkamah menetapkan kadar jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin, dan memohon agar tertuduh diperintahkan untuk melapor diri di Pejabat SPRM terdekat setiap bulan.
Peguam mewakili tertuduh bagaimanapun memohon agar kadar jaminan dipertimbangkan untuk ditetapkan pada tahap minimum, memandangkan tertuduh tidak pernah gagal hadir bagi melapor diri di pejabat SPRM sejak ditahan pada 18 November 2020.
Mengambil kira perkara itu dan latar belakang lain, peguam tersebut percaya bahawa tertuduh yang sudah lapan tahun berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan berisiko untuk melarikan diri.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.
Tertuduh turut diarahkan untuk melapor diri di Pejabat SPRM Langkawi sebulan sekali.
Tarikh serahan dokumen dan sebutan semula kes ditetapkan pada 6 Mac depan.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Jan 24 2023

Tertuduh, Muhamad Fitry Ismail (kiri) didakwa menerima wang rasuah daripada seorang lelaki yang kini berusia 26 tahun, tiga tahun lalu. - Gambar Astro AWANI

Pengerusi baharu PSM dijangka diumum esok - Iliyas Jamil
Keputusan siapa yang akan menyandang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) baharu bagi menggantikan Datuk Hans Isaac dijangka akan diketahui esok.

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Sarjan didakwa minta rasuah gelang emas
Tertuduh didakwa meminta suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas suspek wanita berusia 39 tahun berkaitan kes pukul.

Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi
Suspek berusia lingkungan 42 tahun itu ditahan 28 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sarjan didakwa peroleh suapan RM20,000
S.Usha Nanthiny didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.

Sarjan tak mengaku terima rasuah RM1,000
Mohamad Khairol Fazli Mohd Azali mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Kematian Sarjan: Polis lengkapkan dokumen, mohon prosiding inkues - KPN
Acryl Sani berkata, pihaknya sedang mengemas kini dokumen berkaitan berhubung kejadian yang berlaku di Balai Polis Bayan Lepas itu.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,500
Tertuduh didakwa terima wang rasuah daripada seorang lelaki untuk bantu selesaikan kes berkaitan dadah.

Guna nama SPRM, inspektor, sarjan minta rasuah RM100,000 dari pegawai polis ditahan
Tiga individu termasuk Inspektor dan Sarjan ditahan kerana menggunakan nama SPRM meminta suapan sejumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis kononnya bagi menutup kes.

Sarjan didakwa terima rasuah RM2,500
Tertuduh didakwa terima rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki mencuri telefon bimbit.

Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan
Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan tersebut sekitar 8.45 malam.

2 anggota URB bongkar sindiket dadah dinaik pangkat
Dua anggota terbabit dinaikkan pangkat secara khas ke jawatan sarjan.