JOHOR BAHRU: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM20,000 berhubung kes pecah amanah, dua tahun lepas.
S.Usha Nanthiny, 35, yang berkhidmat di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.
Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk tidak menahan isteri lelaki itu bagi kesalahan yang dilakukannya mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang sedang disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.
Pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Siti Noraida Sulaiman membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin warganegara dengan syarat tambahan supaya pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah dan melapor diri di pejabat SPRM Segamat setiap sebulan sekali.
Mahkamah menetapkan 24 Mac untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Zander Lim Wai Keong manakala tertuduh yang juga ibu kepada dua anak itu diwakili peguam S.Selvantheran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 15 2024

Usha Nanthiny ketika di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pagi ini. - Foto BERNAMA

Dua lelaki didapati bersalah curi tandas emas di Istana Blenheim
Dua lelaki didapati bersalah mencuri tandas emas bernilai 4.75 juta pound (AS$6.17 juta) dari Istana Blenheim di selatan England.

Anwar arah Kabinet teliti cadangan had tempoh jawatan PM - Fahmi
Cadangan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun akan diteliti oleh Kabinet,

Lima didenda RM3,000 kemuka maklumat palsu untuk dapatkan sijil kelahiran bayi
Lima individu masing-masing didenda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini, selepas mengaku bersalah mengemukakan maklumat palsu semasa mendaftar kelahiran lima bayi.

ASEAN perku kekal aman, berkecuali untuk tarik lebih banyak pelabur - Johari
Perkara itu penting kerana tidak ada pihak yang mahu melabur di kawasan bergolak dan susah untuk melakukan perniagaan.

Tun Ameerul Luqman juarai Jelajah PBA dengan perbelanjaan sendiri
Pengorbanan jaguh tenpin boling negara Tun Ameerul Luqman Al-Hakim Tun Hasnul Azam yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan sendiri demi bersaing wajar diberi pujian penuh.

Ismail Sabri keluar dari SPRM selepas lebih 6 jam rakam percakapan
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari ibu pejabat SPRM, di Putrajaya, pada pukul 4.35 petang selepas memberi keterangan lebih 6 jam pada Rabu.

Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur
Sri Pahang, Kedah masih belum terkubur

Santan, dua jenis bawang India dalam Skim Kawalan Harga sempena Aidilfitri 2025
Sebanyak 26 jenis barangan telah dimasukkan ke dalam senarai skim tersebut, termasuk bawang kecil India, barang kecil ros India, dan santan.

Hujan berterusan di empat negeri - MetMalaysia
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri hingga Jumaat ini.

Pesara mengaku tidak bersalah cederakan lelaki bukan Islam tidak berpuasa
Seorang pesara kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencederakan seorang pemuda bukan Islam yang tidak berpuasa Ahad lalu.

Sarjan didakwa minta rasuah gelang emas
Tertuduh didakwa meminta suapan itu sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas suspek wanita berusia 39 tahun berkaitan kes pukul.

Reman sarjan didakwa rogol pelajar disambung sehari lagi
Suspek berusia lingkungan 42 tahun itu ditahan 28 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sarjan didakwa peroleh suapan RM20,000
S.Usha Nanthiny didakwa memperoleh suapan untuk diri sendiri daripada seorang lelaki di pejabatnya kira-kira 4.50 petang pada 28 Ogos 2022.

Sarjan tak mengaku terima rasuah RM1,000
Mohamad Khairol Fazli Mohd Azali mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rushan Lutfi Mohamed.

Kematian Sarjan: Polis lengkapkan dokumen, mohon prosiding inkues - KPN
Acryl Sani berkata, pihaknya sedang mengemas kini dokumen berkaitan berhubung kejadian yang berlaku di Balai Polis Bayan Lepas itu.

Sarjan mengaku tidak bersalah terima suapan RM1,500
Tertuduh didakwa terima wang rasuah daripada seorang lelaki untuk bantu selesaikan kes berkaitan dadah.

Guna nama SPRM, inspektor, sarjan minta rasuah RM100,000 dari pegawai polis ditahan
Tiga individu termasuk Inspektor dan Sarjan ditahan kerana menggunakan nama SPRM meminta suapan sejumlah RM100,000 daripada seorang pegawai polis kononnya bagi menutup kes.

Sarjan didakwa terima rasuah RM2,500
Tertuduh didakwa terima rasuah sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap individu yang disyaki mencuri telefon bimbit.

Lebih 200 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal di Kuantan
Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kuantan telah melakukan pemeriksaan terhadap kumpulan tersebut sekitar 8.45 malam.

2 anggota URB bongkar sindiket dadah dinaik pangkat
Dua anggota terbabit dinaikkan pangkat secara khas ke jawatan sarjan.