KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak melalui Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bagi meningkatkan pembekalan gas asli kepada negeri itu.
Melalui pemeteraian tersebut, akses bekalan gas asli Sarawak ditingkatkan kepada 1,200 juta kaki padu standard sehari (mmscfd) berbanding 450 mmscfd, menjelang 2030 melalui pelaksanaan projek yang dikenal pasti di bawah Sarawak Gas Roadmap (SGR).
Menurut Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, memorandum itu juga sebagai langkah pencapaian peningkatan bekalan melebihi 250 peratus, sekali gus menjamin sumber Sarawak untuk kemajuan negeri ini.
“Untuk melaksanakan hak kami dan CSA (Perjanjian Penyelesaian Secara Komersial) dengan berkesan, yang penting ialah syarikat Minyak dan gas Negeri kami - PETROS, ialah ‘One Stop Centre’ untuk mengendalikan rantaian nilai minyak dan gas Sarawak; dengan kerjasama pemain dalam pasaran termasuk pelabur dan PETRONAS,” katanya, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Bagi Pembekalan Gas Asli kepada Sarawak.
MOU tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif Petros Datuk Saau Kakok, manakala PETRONAS diwakili Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Huluan Petronas, Adif Zulkifli.
Ia disaksikan oleh Abang Johari dan Pengerusi PETRONAS, Tan Sri Mohd Bakke Salleh.
Mengenai SGR pula, Abang Johari berkata ia direka untuk merealisasikan potensi penuh sumber gas Sarawak, bertujuan mencapai Wawasan Sarawak 2030.
SGR dijangka menyumbang ke arah 10 peratus pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK), selain mewujudkan ribuan peluang pekerjaan yang "berpendapatan tinggi".
Tambah Abang Johari, Pada 7 Disember tahun lalu, Kerajaan Negeri Sarawak bersama PETRONAS turut memeterai CSA, yang akan membuka lembaran baharu dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas.
Perjanjian itu juga membolehkan PETROS, anak syarikat milik Kerajaan Negeri Sarawak, memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan PETRONAS.
"Kepada PETRONAS, kami menghargai kerjasama berterusan anda dengan Kerajaan Negeri, dan dengan rakan sejawatan, PETROS, untuk menyokong realisasi agenda strategik negeri.
"Dengan pemeteraian yang kami umumkan hari ini mengenai akses kepada peningkatan bekalan 1200 mmscfd menjelang 2030 untuk tujuan domestik, kami berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan SGR kami," ujarnya lagi.
Hasimi Muhamad
Sat Dec 11 2021
![Sarawak, Petronas meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli domestik Sarawak, Petronas meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639193891_MOUPETROS.jpg)
Pemeteraian MoU antara PETROS dan PETRONAS yang disaksikan Abang Johari pada Sabtu. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715597513_petros.jpg)
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
![Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670896276_PETROS.jpg)
Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros
Tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder LPG lain kepada silinder LPG Petros (merah) atau Gas Petronas (hijau).
![Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700696454_tbAbangHajiJohari.jpg)
Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak benarkan pemilik rumah jual lebihan kuasa - Abang Johari
Ia memberi sumber pendapatan baharu kepada pemilik rumah dan tiada lesen diperlukan untuk pemasangan panel dengan kapasiti sehingga 50KW.
![Petros tandatangani MoU dengan Posco untuk pembangunan perniagaan karbon di Sarawak Petros tandatangani MoU dengan Posco untuk pembangunan perniagaan karbon di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670896276_PETROS.jpg)
Petros tandatangani MoU dengan Posco untuk pembangunan perniagaan karbon di Sarawak
MoU itu ditandatangani dengan Posco Holdings, Posco International dan Posco Engineering and Construction Co Ltd.
![Petronas Dagangan, Petros lengkapkan pemindahan perniagaan dan operasi LPG Sarawak Petronas Dagangan, Petros lengkapkan pemindahan perniagaan dan operasi LPG Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61651724308_PertronasPetros.jpg)
Petronas Dagangan, Petros lengkapkan pemindahan perniagaan dan operasi LPG Sarawak
Keputusan muktamat pengoperasian LPG itu adalah komitmen Petros untuk memenuhi keperluan utama pengguna LPG di seluruh Sarawak.
![Sarawak, Petronas meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli domestik Sarawak, Petronas meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli domestik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/41639193891_MOUPETROS.jpg)
Sarawak, Petronas meterai MoU tingkatkan bekalan gas asli domestik
Memorandum itu juga sebagai langkah pencapaian peningkatan bekalan melebihi 250 peratus.
![Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607516865_AbangJoSarawakPetro.jpg)
Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari
Semua dilakukan demi kebaikan negeri Bumi Kenyalang, tiada niat lain.
![Perjanjian Petronas dan Petros, bukti kerajaan PN ikhlas dan terbuka - Dr Jeniri Perjanjian Petronas dan Petros, bukti kerajaan PN ikhlas dan terbuka - Dr Jeniri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51607325409_TanSriMuhyiddinYas.jpg)
Perjanjian Petronas dan Petros, bukti kerajaan PN ikhlas dan terbuka - Dr Jeniri
Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada Isnin membuktikan keikhlasan dan keterbukaan kerajaan Perikatan Nasional
![Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/81607317681_TanSriMuhyiddinYas.jpg)
Perjanjian Sarawak-Petronas bakal rancakkan pembangunan industri petroleum - PM
Penyelesaian isu berkaitan pengurusan minyak dan gas akan membolehkan kerajaan Sarawak meluaskan kutipan hasil untuk disalurkan kepada pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
![Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606114584_AbangJohariOpeng.jpg)
Sarawak rancang jual LPG, barang keperluan kepada Kalimantan
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata negeri berhasrat untuk membekalkan LPG ke Kalimantan, Indonesia selepas berjaya membekalkan tenaganya di sana.