KUCHING: Perbincangan antara Petroleum Sarawak Berhad (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata perbincangan antara kedua-dua syarikat minyak dan gas itu sedang berlangsung dan Petronas meminta Sarawak menangguhkan pelaksanaan kawal selia gas di negeri itu buat sementara waktu.
"Terdapat kebimbangan mengenai pengagihan gas asli cecair (LNG). Namun, pihak kami (Sarawak) menghormati peraturan tersebut kerana kita juga mempunyai ekuiti dalam LNG.
"Kita ada saham, jadi inilah perbincangan antara pihak Petros dan Petronas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwi di Dataran Ibu Pertiwi di sini hari ini.
Abang Johari menegaskan bahawa perbincangan tersebut mesti diselesaikan sebelum 1 Oktober, jika tidak kawal selia akan dilaksanakan.
"Semua pihak lain telah menandatangani perjanjian, termasuk Shell dan kini Exxon yang dijangka akan ke Sarawak. Peluang dari segi kawal selia dan pencarian gas telah pun dimulakan dengan perbincangan yang berterusan," katanya.
Menurut RHB Investment Bank Bhd, Petronas dijangka kehilangan sebahagian daripada pendapatannya kerana tidak menjadi agregator tunggal di Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 28 2024

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg melambai ke arah orang ramai pada Majlis Menaikkan Bendera Ibu Pertiwiku di Dataran Ibu Pertiwi di Petra Jaya, hari ini. - Foto Bernama

Polis tembak mati penjenayah di Bukit Mertajam
Seorang penjenayah maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Gajah Mati, Machang Bubok di Bukit Mertajam, awal pagi tadi.
AWANI Ringkas: Insiden keselamatan siber tunjuk trend menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

Manchester United jimat cermat, lepaskan Alex Ferguson sebagai duta
Pemilik Manchester United, Sir Jim Ratcliffe, mencadangkan kepada bekas pengurus, Sir Alex Ferguson, bahawa susulan status kewangan kelab itu bermakna khidmat Ferguson sebagai duta kelab tidak lagi di

Duterte ditahan polis susulan waran tangkap ICC
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte kini dalam tahanan polis berikutan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Tiga maut dalam kemalangan babitkan MPV, lori di Bintulu
Tiga maut manakala lima cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori tiga tan di Jalan Pesisir Pantai-Samalaju, Bintulu.

Kerajaan perluas program jualan murah sempena Aidilfitri
Mesyuarat NACCOL membincangkan peningkatan inflasi kos perubatan dan langkah-langkah untuk mengekang kenaikan premium Takaful Perubatan dan Kesihatan.

Transaksi 'beli dulu, bayar kemudian' naik ketara kepada RM7.1 bilion - Amir Hamzah
Jumlah transaksi skim pengguna 'beli sekarang, bayar kemudian' (BNPL) meningkat ketara pada separuh kedua 2024 kepada RM7.1 bilion.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

Mangsa banjir di Sabah 4,530 orang tengah hari ini
Jumlah mangsa banjir berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di Sabah tidak banyak berubah tengah hari ini, iaitu 4,530 orang.

Isu agregator gas Sarawak: Petronas, Petros perlu muktamad rundingan dalam tempoh tiga bulan
Perbincangan antara Petros dan Petronas mengenai kawal selia minyak dan gas di Sarawak perlu dimuktamadkan dalam tempoh tiga bulan.