KUCHING: PetrosNiaga Sdn Bhd (PetrosNiaga), anak syarikat Petroleum Sarawak Berhad (Petros) memberi jaminan bahawa harga silinder LPG bersubsidi 14 kilogram (kg) tidak berubah bagi pelanggan domestik di Sarawak.
PetrosNiaga dalam kenyataan hari ini berkata syarikat itu bekerjasama rapat dengan Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak untuk memastikan tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder LPG lain kepada silinder LPG Petros (merah) atau Gas Petronas (hijau) selain kos pengisian semula.
"Harga silinder Petros LPG bersubsidi untuk kegunaan isi rumah dikekalkan pada RM26.60 (bagi pembelian sendiri di kedai).
"PetrosNiaga juga telah memaklumkan kepada rangkaian 65 pengedar di seluruh negeri bahawa pelanggan boleh bertukar kepada silinder Petros LPG tanpa sebarang caj tambahan," katanya.
Menurut kenyataan itu, pelanggan turut diminta untuk melaporkan mana-mana peniaga yang mengenakan bayaran tambahan menerusi khidmat pelanggan PetrosNiaga di talian 1300-882-122 agar tindakan sewajarnya dapat diambil.
Bermula esok (1 Dis), PetrosNiaga akan menjadi pembekal tunggal LPG bersubsidi 14kg untuk kegunaan isi rumah di Sarawak.
Menurut kenyataan itu, silinder Petros LPG bersubsidi 14kg boleh dibeli melalui rangkaian pengedar PetrosNiaga di seluruh Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 30 2023
![Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670896276_PETROS.jpg)
Bermula 1 Dis, PetrosNiaga akan menjadi pembekal tunggal LPG bersubsidi 14kg untuk kegunaan isi rumah di Sarawak. Silinder Petros LPG bersubsidi 14kg boleh dibeli melalui rangkaian pengedar PetrosNiaga di seluruh Sarawak.
![EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720240313_KylianMbappe.jpg)
EURO 2024: Perancis pertahan tindakan Kylian Mbappe tidak habiskan permainan
Deschamps berkata adalah menjadi satu tindakan yang sia-sia untuk membiarkan Kylian Mbappe yang tampak keletihan untuk 15 minit terakhir masa tambahan.
!['Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji 'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720240200_AmyMasturatunaih.jpg)
'Dugaan memang banyak, tapi Allah rezekikan kami' - Amy Mastura selamat tunai haji
Amy juga mendoakan agar Allah mengurniakan ibadah haji yang mabrur buatnya dan jemaah yang lain.
![PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720239876_tbmengundi.jpg)
PRK Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini - Polis
Proses pengundian PRK Sungai Bakap pagi ini berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku setakat ini.
PRK Sg Bakap : Calon PN Abang Abidin selesai buang Undi
Calon Perikatan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri pada jam 8.20 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Bakap hari ini..
PRK Sg Bakap: 16.74 peratus sudah mengundi setakat 10 pagi
Sebanyak 16.74 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat 10 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Dr Joohari yakin menang di kawasan “hitam”
Calon Pakatan Harapan (PH) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Dr Joohari Ariffin yakin kedudukannya sebagai anak tempatan memberi kelebihan buatnya meraih sokongan pengundi pada pilihanraya kecil (PRK) kali ini.
Pengundi mula beratur seawal jam 8 pagi
Cuaca yang baik pada sebelah pagi membolehkan pengundi keluar seawal mungkin bagi menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
![Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720239109_tbJohanJojoGhaza.jpg)
Jojo idam buka gelanggang Muay Thai sendiri di Sarawak
Jojo ingin mewujudkan arena gelanggang Muay Thai di tempat dia membesar sendiri iaitu di Sarawak.
[TERKINI] Calon PH punyai kelebihan ekoran gelombang hijau mereda
Perwatakan, dan pembawaaan kedua-dua calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bagi PRK DUN Sungai Bakap mempunyai kekuatan tersendiri.
![Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720238197_TBSaifuddinNasution.jpg)
Buru Jho Low? Fokus pemulangan aset 1MDB ketika ini - Saifuddin
Penyelesaian telah dicapai antara DOJ dan ahli perniagaan dalam buruan itu, dan ia menjadi urusan kedua-dua pihak terbabit.
![Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670896276_PETROS.jpg)
Tiada caj tambahan bertukar kepada silinder LPG Petros
Tiada caj tambahan apabila pelanggan menukar silinder LPG lain kepada silinder LPG Petros (merah) atau Gas Petronas (hijau).