KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Pfizer bermula hari ini di seluruh negeri melalui proses janji temu kepada golongan yang layak.
Kata Timbalan Pengarahnya Dr Rosemawai Ariffin, suntikan dos ketiga akan diberikan kepada 11,900 individu disasarkan daripada golongan ‘immunocompromised’ atau mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan.
Menurutnya, pemberian dos ketiga ini boleh diberikan selang tempoh sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua.
"Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series),” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Jelas Dr Rosemawati, dos ketiga berfungsi untuk memberi perlindungan tambahan kepada golongan rentan yang mana sistem imun bermasalah menjadikan dua dos sahaja tidak mencukupi untuk merangsang sistem imun melawan jangkitan COVID-19.
Manakala bagi dos penggalak pula, suntikan boleh diberikan hanya selepas enam bulan menerima dos kedua dan akan mengutamakan pemberian kepada warga emas berusia lebih 60 tahun seramai 80,300 serta petugas barisan hadapan perubatan seramai 30,340 orang.
"Dos penggalak vaksin COVID-19 merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun yang cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (Primary Vaccine Series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.
"Primary Vaccine Series didefinisikan sebagai rangkaian dos vaksin yang diberikan secara berturut-turut untuk mencapai tindak balas awal imun perlindungan dalam kalangan populasi sasaran untuk tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.
Untuk makluman orang ramai, pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 boleh didapati di klinik-klinik kesihatan kerajaan terpilih, hospital swasta dan klinik- klinik swasta.
Mereka yang layak boleh menghubungi klinik-klinik tersebut terlebih dahulu sekiranya ingin mendapatkan janji temu.
Bagaimanapun senarai nama klinik kesihatan kerajaan, klinik dan hospital swasta akan dimaklumkan kepada orang ramai dari semasa ke semasa melalui saluran media massa dan media sosial untuk memudahkan proses janji temu.
"JKNS berharap dengan pemberian dos ketiga dan dos penggalak ini khususnya kepada kumpulan berisiko tinggi akan dapat membawa Sarawak khususnya, dan Malaysia amnya, keluar daripada krisis pandemik ini dan mulai memasuki kehidupan dalam suasana endemik,” katanya.
Fadilah Sulaiman
Wed Oct 13 2021

Pemberian dos ketiga dan dos penggalak itu tidak bermakana vaksin yang telah diberi sebelum ini tidak memberi kesan perlindungan klinikal seperti dikehendaki. - Foto Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.

COVID-19: Perancis rekod lebih 30,000 kes baharu
Kadar jangkitan tinggi ini dilaporkan di sebalik peraturan baharu berkaitan penjarakan fizikal dilaksanakan.

COVID-19: Perak kaji keperluan vaksin dos ketiga
Jabatan Kesihatan Negeri menyerahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membuat keputusan berhubung perkara itu.

Dos ketiga vaksin COVID-19 perlu dikaji dengan teliti - Pakar kesihatan awam
Pemberian suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 perlu dikaji dengan teliti kerana tiada maklumat yang jelas negara memerlukannya pada masa sekarang.

Suara rakyat: Masyarakat setuju golongan rentan diberi keutamaan dos ketiga vaksin COVID-19
Masyarakat termasuk golongan rentan, warga emas dan barisan hadapan menyambut baik cadangan pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 kepada rakyat negara ini.

Pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 dijangka bermula Oktober - Khairy
Pemberian dos ketiga atau dos penggalak vaksin COVID-19 untuk golongan rentan dan berisiko dijangkiti COVID-19 dijangka bermula pada Oktober ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Vaksin COVID-19: Sarawak bincang dos penggalak hujung minggu ini
Perkara itu akan diketengahkan dalam pertemuan bersama Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar hujung minggu ini di Kuching.

COVID-19: Henti beri dos ketiga sehingga hujung tahun ini - WHO
Tidak ada satu pun negara berpendapatan rendah yang mencapai mana-mana sasaran, kata Dr Tedros.

COVID-19: Sepanyol lulus dos ketiga untuk golongan lemah sistem imunisasi
Suruhanjaya Kesihatam Awam Sepanyol berkata, dos penggalak itu perlu diberikan 28 hari selepas dos kedua.