BELAGA:Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Baleh, Tan Sri James Jemut Masing dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang akan dikekalkan bertanding bagi merebut kerusi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN 12).
Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kepimpinan Sarawak harus dibarisi oleh pemimpin yang berwibawa dan penuh kredibiliti.
Jelasnya, sifat-sifat itu ditonjolkan oleh kedua-dua pemimpin tersebut yang terus komited membawa pembangunan kepada rakyat di kawasan mereka.
“Jika saya diberi kuasa untuk mentadbir, pelbagai masalah boleh diselesaikan. Akan tetapi, barisan kepimpinan GPS perlu dikekalkan.
“Ini termasuk ADUN Baleh, Tan Sri James Jemut Masing dan ADUN Belaga, Datuk Liwan Lagang,” katanya.
Malah menurut Abang Johari, sekiranya diberikan peluang memegang mandat rakyat bagi penggal yang seterusnya, GPS di bawah kepimpinan beliau akan terus komited dalam membangunkan keperluan serta kebajikan rakyat.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Tebingan Belaga dan pecah tanah Masjid Daerah Belaga pada Sabtu.
Untuk rekod, pada PRN Ke-11 yang lalu, James Masing telah menewaskan satu-satunya lawan beliau, Agop Linsong dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) dengan majoriti 4,793 undi.
Manakala Liwan pula menang dengan majoriti 2,928 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ali Basah Kesing.
Astro Awani
Sat Oct 17 2020
![Sarawak Memilih: GPS kekalkan Masing dan Liwan untuk bertanding Sarawak Memilih: GPS kekalkan Masing dan Liwan untuk bertanding](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602931484_CMBelagaKapit.jpg)
Kata Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, mandat tetap akan diserahkan kepada rakyat menjelang PRN ke-12 akan datang untuk memilih barisan kepimpinan Bumi Kenyalang. -Gambar Astro AWANI
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740004505_TBlemas.jpg)
Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.
![Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator' Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740002917_TBTrumpZelenskiy.jpg)
Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.
![Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002631_TBOlimpian.jpg)
Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.
![Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740002324_TBShaikhAbdulrahman.jpg)
Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602997736_TBAbangJo.jpg)
PRN Sarawak tidak boleh dielak, tetap diadakan - Abang Johari
Ini melihat kepada kebolehan Sarawak dalam mengawal pandemik di negeri itu. Namun, masih ada masa sebelum mandatnya berakhir pada Jun 2021.
![GPS perkenalkan muka baharu dalam PRN ke-12 Sarawak GPS perkenalkan muka baharu dalam PRN ke-12 Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41594710207_TBABANGJOx.jpg)
GPS perkenalkan muka baharu dalam PRN ke-12 Sarawak
Namun, jumlah sebenar yang bakal dipertaruhkan belum dapat didedahkan.